Assalamualaikum ... pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web saya ini . Sebuah laman web yang saya harapkan dapat memberi manafaat kepada anda semua.

Nama saya Noridah Osman dan dilahirkan di sebuah perkampungan kecil di Melaka pada 25.10.1974. Berkahwin pada usia 21 tahun dengan
Sheikh Mohd Yusni orang Ipoh, Perak

 

Saya mula berminat melayari internet pada sekitar tahun 1998. Bila melawat laman web orang lain ... saya mula menyimpan hasrat untuk memiliki laman web saya sendiri. Alhamdulillah ..inilah hasilnya.
Selain dari internet, saya juga suka membaca terutamanya novel , menjahit, memasak ,membuat cross-stitch dan juga kraftangan . ,

Semoga laman web ini dapat memberi manafaat kepada anda semua . Pendapat dan pandangan dari anda semua amat saya alu - alukan . Jika ingin menyumbangkan bahan- bahan untuk laman kraftangan,resepi dan sebagainya ...emaillah kepada saya . Bak kata pepatah ... kecil tapak tangan ,nyiru saya tadahkan .

Jangan lupa menulis pandangan anda di buku tetamu saya ya . Terima kasih .

Sorry, your browser doesn't support Java(tm).

Home