Kekafiran Majoriti Para Sahabat Menurut
Catatan al- Bukhari Dan Muslim
Pengenalan.
I
Definisi kekafiran
Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan
“kafir”. Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-sifat
kafir.Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
Sementara perkataan “mengkafir/mengafir” bererti menganggap kafir/mengatakan
kafir (Kamus Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.514).Perkataan “murtad”
bererti seorang keluar daripada agamanya,tidak setia kepada agamanya (Kamus
Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.846) Justeru itu orang Islam yang menjadi
kafir atau murtad adalah orang yang keluar agama Islam.
Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi
kafir-murtad selepas kewafatan Nabi (Saw.) amat mencemaskan,tetapi ianya suatu
hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh
al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana kedua dua
kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-Qur’an
oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah dicatat
oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada mazhab Ahlu l-Bait(a.s) di dalam
buku-buku mereka.
Amatlah dikesali bahawa kaum Wahabi yang menyamar
sebagai Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sentiasa menyamarakkan sentimen anti Syi‘ah
dengan slogan “Syi‘ah mengkafirkan para sahabat” bagi mendapatkan sokongan
orang ramai kepada gerakan mereka.Walau bagaimanapun rencana ringkas ini
sekadar mendedahkan hakikat sebenar
bagi menjawab tuduhan tersebut,dan tidak sekali-kali bertujuan
meresahkan kaum Muslimin di rantau ini.
Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran
majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) di dalam Sahih-Sahih
mereka, kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain
pula? Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah (swt)Dan jika kita Ahlu s-Sunnah Nabi
(Saw.), nescaya kita menerimanya.Jika tidak, kitalah Ahli anti Sunnah/Hadis
Nabi (Saw.)
Definisi sahabat
Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah
dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.)
atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para
sahabatnya."
Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di
dalam Sahihnya(al-Bukhari, Sahih, v , hlm.1). Sementara gurunya
Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya, sekalipun satu
jam di siang hari, adalah sahabatnya(Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan
Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu
tahun atau berperang bersamanya satu peperangan."
Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya
mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama
Nabi (Saw.) dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.Ibn Hajar
berkata:"Definisi tersebut tidak boleh diterima(Ibn Hajr, Fath al-Bari,
viii, hlm.1)
Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya
yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi (Saw.)dalam masa yang lama
dan "mengambil (hadith) daripadanya(Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi,hlm.4-3)
Ada juga pendapat yang mengatakan:"Sahabat adalah orang Muslim yang
melihat Nabi (Saw.) dalam masa yang pendek(Ibid).
Kedudukan para sahabat
Kedudukan para sahabat di
bahagikan kepada tiga:
1.Sahabat
semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid.Ini adalah pendapat Ahlu s-
Sunnah wa l-Jama‘ah.
2.Sahabat
seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka
dinilai berdasarkan perbuatan mereka.Justeru itu yang baik diberi ganjaran
kerana kebaikannya.Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya.Ini adalah
pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah (Saw.)/Syi‘ah/Imam Dua belas.
3.Semua
sahabat adalah kafir-semoga dijauhi Allah-Ini adalah pendapat Khawarij yang
terkeluar daripada Islam.
II
Dikemukan dibawah ini lima hadis
daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English),
by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara,
Kazi Publications, Chicago, USA1987, jilid viii, hlm.378-384(Kitab
ar-Riqaq,bab fi l-Haudh)dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim,Sahih,
edisi Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi,
Cairo,1339H, jilid iv, hlm.1793-1800 (Kitab al-Fadha‘il, bab Ithbat Haudhi
n-Nabi (Saw.) yang berkaitan dengan topik kajian:
Terjemahan
hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari
1.Hadis no.578.Daripada Abdullah bahawa Nabi(Saw.)
bersabda:Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu
akan dibawa di hadapanku.Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.Aku
akan bersabda: wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi).Maka
dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
2.Hadis no.584.Daripada Anas daripada Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian
daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai/Kolam Susu) sehingga
aku mengenali mereka,lantas mereka dibawa jauh daripadaku.Kemudian aku akan
bersabda:Para sahabatku(ashabi)!Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak
mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka
(inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka)
3.Hadis no.585.Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (Saw.) Nabi
(Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Dan siapa yang akan
melaluinya akan miminumnya.Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga
selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali,dan mereka
juga mengenaliku.Kemudian dihalang di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata
: Nu‘man bin Abi ‘iyasy berkata selepas
mendengarku: Adakah anda telah
mendengar sedemikian daripada
Sahl? Aku menjawab:Ya.Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa ‘id
al-Khudri berkata perkara yang sama,malah dia menambah:Nabi (Saw.) bersabda:Aku
akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi).Maka dijawab:
“Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda
meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah) /ke
Neraka mereka yang telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku)
selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba‘di) ”
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekumpulan
daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat.kemudian mereka
akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!mereka itu
adalah para sahabatku (ashabi).Dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui
apa yang mereka lakukan selepas anda
meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma
la-ka bima ahdathu ba‘da-ka)Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad
kebelakang (irtaddu ‘ala a‘qabi-bi-himu
l-Qahqariyy)
4.Hadis no.586.Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian
daripada para sahabatku akan mendatangiku
di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari
Haudh.Maka aku berkata:Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi),
maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh
mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi
kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba
‘da-ka ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy)
5.Hadis no.587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (Saw.)bersabda: Manakala
aku sedang tidur,tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku.Apabila
aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki(Malaikat) keluar di antara aku
dan mereka. Dia berkata kepada mereka :Datang kemari.Aku bertanya kepadanya:Ke
mana? Dia menjawab:Ke Neraka,demi Allah.Aku pun bertanya lagi:Apakah kesalahan
mereka?Dia menjawab:Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan
mereka( inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala
Adbari-himi l-Qahqariyy).Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat
melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar
daripada pengembalanya(fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘
am).
1.Hadis no.26.(2290)Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan
berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda:Aku akan mendahului kamu di
Haudh.Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya.Dan siapa yang meminumnya,dia
tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku
mengenali mereka dan mereka mengenaliku(para sahabatku).Kemudian dipisahkan di
antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata:Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah
mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini.Maka dia
berkata:Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian?Dia berkata:Ya.
(2291)Dia berkata:Aku naik saksi
bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah:Dia berkata:Sesungguhnya
mereka itu adalah daripadaku(inna-hum min-ni).Dan dijawab:Sesungguhnya anda
tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan
mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).Maka aku (Nabi (Saw.)
bersabda:Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah)/ke Neraka mereka yang telah
mengubah/menukarkan (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku ( Suhqan suhqan
li-man baddala ba‘di)
2.Hadis no.27(2293)Dia berkata:Asma‘ binti Abu Bakr berkata:Rasulullah
(Saw.) bersabda:Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat
mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu(man yaridu ‘alayya min-kum).Dan mereka akan ditarik
dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda:Wahai Tuhanku!Mereka itu
daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab:Tidakkah anda
merasai/menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan
mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)?Demi Allah, mereka sentiasa mengundur
ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka(Wa
Llahi!Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un ‘ala
a‘qabi-him)Dia berkata:Ibn Abi Mulaikah berkata: “ Wahai
Tuhanku!Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak
mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang
agama kami”
3.Hadis no.28.(2294) Daripada
‘Aisyah berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda ketika beliau
berada di kalangan para sahabatnya(ashabi-hi):Aku akan menunggu mereka di kalangan
kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas
dariku.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada(para
sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa
yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri
ma ‘amilu ba‘da-ka).Mereka sentiasa
mengundur ke belakang(kembali kepada kekafiran)(Ma zalu yarji‘un ‘ala
a‘qabi-him)
4.Hadis no.29(2295)Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah;isteri Nabi
(Saw.)Rasulullah (Saw.) bersabda:Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di
Haudh. Tidak seorang daripada kamu(para sahabatku) akan datang kepadaku
sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku(fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau/diusir unta yang tersesat(ka-ma
yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu).Aku akan bersabda:apakah salahnya?
Dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka
selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)Maka aku
bersabda:Jauh!(daripada rahmat Allah)
(suhqan).
5.Hadis no.32(2297)Daripada Abdillah, Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku
akan mendahului kamu di Haudh.Dan aku akan bertelagah dengan mereka
(aqwaman).Kemudian aku akan menguasai mereka.Maka aku bersabda:Wahai Tuhanku!
Mereka itu adalah para sahabatku.Mereka itu adalah para sahabatku(Ya
Rabb!Ashabi,ashabi).Lantas dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang
dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma
ahdathu ba‘da-ka)
6.Hadis no.40.(2304)Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (Saw.) bersabda:Akan
datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki(rijalun) daripada mereka yang telah
bersahabat denganku(mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat
kepadaku.Kemudian mereka dipisahkan daripadaku.Maka aku akan bersabda:Wahai
Tuhanku!Mereka adalah para sahabatku.Mereka adalah para sahabatku
(Usaihabi)Akan dijawab kepadaku:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang
dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma
ahdathu ba‘da-ka).
Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut.
Daripada hadis-hadis di atas kita dapati al-Bukhari telah
menyebut perkataan:
a. Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali
b.Inna-ka la tadri/la ‘ilma
la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang
dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka)
sebanyak tiga kali.Perkataan ahdathu bererti mereka telah melakukan
bid‘ah-bid‘ah/inovasi yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah nabi (Saw.).
c.Inna-hum Irtaddu(Sesungguhnya
mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.
d.Suhqan suhqan li-man gyayara ba‘di (Jauh! Jauh!(daripada rahmat
Allah) /ke Nerakalah mereka yang telah mengubah/menukarkan-hukum Tuhanku dan
Sunnahku- selepasku) satu kali.perkataan “Ghayyara” bererti mengubah/
menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
e. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na‘am (Aku tidak fikir
mereka terselamat melainkan(beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang
tersesat/terbiar daripada pengembalanya) satu kali.
Sementara Muslim telah menyebut
perkataan:
a.Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.
b.Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,
c. Sahaba-ni ( bersahabat denganku) satu kali
d.Usaihabi (para sahabatku) dua kali.
e.Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak
mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda
meninggalkan mereka) tiga kali.
f.Inna-ka la tadri/sya‘arta ma
‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui/menyedari apa yang
dilakukan(ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga
kali .Perkataan “Ma ‘amilu”(Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah
amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya..
g.Ma barihu/Ma zalu Yarji‘un
‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali
h. Suhqan suhqan li-man baddala
ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah)/ ke Nerakalah mereka yang
telah mengganti/ mengubah/ menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu
kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti/mengubah/menukar hukum Allah
dan Sunnah Nabi-Nya.
Justeru itu sebab-sebab mereka
menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:
(1) Ahdathu=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(2) ‘Amilu
=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(3)Ghayyaru=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(4)Baddalu=Irtaddu/ yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya
dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati(mal‘unin). Lantaran itu sebarang
justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Masalihu l-Mursalah,
Saddu dh-Dhara’i‘,Maqasidu sy-Syari‘ah‘, dan sebagainya bagi
mengubah/menukar/menangguh/membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah
Nabi-Nya adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.).Jika
mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi
(Saw.), malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi (Saw.)
Sebab utama yang membawa mereka menjadi
kafir-murtad (Irtaddu/La yazalun yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) di dalan hadis-hadis tersebut adalah kerana
mereka telah mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya (baddalu wa
ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid‘ah (ahdathu) dan amalan-amalan (‘amilu) yang
menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.). Perkara yang sama akan berlaku
kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama.Menurut
al-Bukhari dan Muslim,hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti
bilangan unta yang tersesat/terbiar (mithlu hamali n-Na‘am) .Justeru itu
konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy‘ari
(al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo,1958, hlm.12) dan dijadikan akidah Ahlu
s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah bertentangan dengan hadis-hadis tersebut.
Walau bagaimanapun hadis-hadis tersebut
adalah bertepatan dengan firma-Nya di dalam Surah al-Saba’(34):131 “Dan
sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”, firman-Nya di dalam Surah
Yusuf (12):103 “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman,
meskipun engkau harapkan”,dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38):24 “Melainkan
orang-orang yang beriman,dan beramal salih,tetapi sedikit (bilangan) mereka”
Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah hud(11):40 “ Dan tiadalah beriman
bersamanya melainkan sedikit sahaja.” Mukminun adalah sedikit.Justeru itu
tidak hairanlah jika di kalangan Para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah
Nabi (Saw.), tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Nabi (Saw.) Malah mereka
menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana
Allah (swt).
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV,
hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy
telah memberitahu kami bahawa dia berkata:"Aku mendengar Syaqiq berkata:
"Abdullah berkata:Suatu hari Nabi (Saw.) telah membahagikan-bahagikan
sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba
seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini
bukanlah kerana Allah (swt). Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan
memberitahu Nabi (Saw.) mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika
itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa
yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal
memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari
itu tetapi beliau bersabar."
Perhatikanlah bagaimana perlakuan (ma ‘amilu)
sahabat terhadap Nabi (Saw.)! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi (Saw.) itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi
(Saw.) itu harus ditaati?Tetapi mereka
tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi (Saw.).
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab
al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata:"Aisyah
berkata:Nabi (Saw.) pernah melakukan
sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian
para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi (Saw.),
maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda:"Kenapa mereka
menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah,
sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut
kepadaNya dari mereka."
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV,
hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan
bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata:"Aku
berjalan bersama Rasulullah (Saw.) di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian)
Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi
(Saw.) dengan kuat." Anas berkata:"Aku melihat kulit leher Nabi
(Saw.) menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut.
Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari
harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi (Saw.) berpaling kepadanya dan
ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."
Di kalangan mereka ada yang telah
menghina Nabi (Saw.)dan mempersendakan
Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau” di hadapan Nabi (Saw.)“ Kitab Allah adalah
cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih,
I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah Nabi (Saw.)
mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah
al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Mereka telah mengepung dan membakar rumah anak
perempuan Nabi (Saw.)Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian
sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh,
III, hlm. 198; Abu-l-Fida”,Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah
diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir
al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam
al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,
IV, hlm.79,92),menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana
Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa
menyakitiku ,dia menyakiti Allah”
“Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang
menyakitiku, dia menyakiti Allah”
“al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’
al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).
Mereka telah membakar Sunnah Nabi
(Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari
meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,
I ,hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau
kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II,
hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti,Tarikh
al-Khulafa’ hlm.136)
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa
al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib (r.a), lalu aku berkata: Alangkah
beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi (Saw.) dan
membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku!
Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu)
selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm.343 (Hadis no.488 )
Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati ayat
al-Inqilab firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 144:"Muhammad itu
tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa
orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang
(murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang(murtad), maka ia tidak dapat
mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang
bersyukur." Dan bilangan yang sedikit sahaja yang
"terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34):
13:"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."
Kesimpulan
Kekafiran majoriti para sahabat selepas
kewafatan Nabi (Saw.) sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih
mereka amat menakutkan sekali. Dan
ianya menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menegaskan bahawa semua
para sahabat adalah adil (kebal). Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia
seorang yang bergelar sahabat, tabi‘I, mufti, kadi dan kita sendiri,tidak boleh mengubah/ menannagguhkan/melanggar/
membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu
sy-Syari‘ah, Maslahah, dan sebagainya.Kerana Allah dan Rasul-Nya
tidak akan meridhai perbuatan tersebut.Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki
mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah
dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan
kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)
Firman-Nya “Tidak,demi Tuhan,mereka
tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk
mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di
dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan
sebenar-benarnya”(Al-Nisa’(4):65)Firman-Nya “Barang siapa yang tidak
menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang
kafir”(al-Ma ‘idah(5):44)
Firman-Nya “Barang siapa yang tidak
menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang
yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak
menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang
yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)
Dan firman-Nya “Barang siapa yang
menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan
orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke
dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali”(Al-Nisa
‘(4);115)
Semoga semua Muslimun dahulu dan sekarang, sama ada
sahabat atau tidak, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke Syurga-Nya.
Amin.