Petua
71: Kanji legakan ruam bayi
Ketika
memasak nasi, ambil sedikit kanjinya dan sejukkan.
Atau anda boleh juga memasak nasi sehingga menjadi
bubur dan ambil bubur ini sedikit untuk
disejukkan. Kemudian perah kanjinya dengan kain
jarang dan sapukan pada badan bayi anda.
Insya-Allah badannya tidak gatal-gatal lagi. Petua
72: Turunkan berat badan
Ambil
dua biji delima putih yang dicuci bersih dan
tumbuk sehingga halus. Kemudian gaul bersama tiga
sudu air masak. Masukan sedikit garam, tapis
delima ambil airnya. Kemudian minum tiga kali
sehari. Disamping itu mengamalkan makanan sihat
dan seimbang.
Petua
73: Udang kekal segar
Bersihkan
udang sebelum mengupas kulitnya, bilas udang
dengan air kelapa. sesudah itu bolehlah dikupas
kulitnya tetapi jangan dibuang kulitnya. Punjut
kulit udang dengan kain kasa yang bersih iaitu
rempah sup punjut. Masukkan ke dalam masakan
udang. Selepas masak bolehlah dibuang punjut itu.
Petua
74: Hindari asap rokok
Caranya:
1.Nyalakan beberapa lillin.
2.
Letakkan empat mangkuk di sudut ruang. Tuangkan
cuka kedalam mangkuku tadi.
3.
Kipaskan dengan tuala basah pada asap yang
berkepul seingga hilang.
Petua
75: Terminum racun
Jika
menyedari terminum racun, telungkupkan mangsa di
atas meja atau dengan kepalanya terjuntai ke bawah
atau biarkan kepalanya menghereng. Bagi membuat
mangsa memuntahkan semula racun, letakkan jari
atau sudu di belakang tekak mangsa atau beri dia
minum air panas yang suam-suam dibancuh dengan
sesudu serbuk garam.
Petua
76: Bendi berlendir
Bagi
mengelakkanya daripada berlendir, sebaiknya jangan
dipotong. Memadailah dengan memotong bahagian
hujung dan pangkalnya sedikit. Jika anda terpaksa
memotongnya, toskan bendi selepas dibasuh. Apabila
kuah gulai menggelegak, segeralah potong dan
masukkan bendi sebagai bahan terakhir.
Petua
77: Percikan minyak
Sebelum
memasuki minyak pastikan kuali kering dan panas,
kemudian barulah dimasukkan minyak untuk
menggoreng. Apabila minyak panas, renjiskan
sedikit air sejuk ke dalam minyak itu. Jika minyak
tenang, barulah masukkan barang yang hendak
digoreng.
Petua
78: Batuk malam hari
Ambil
sedikit cuka dan campurkan sedikit garam. Minum
tiga kali sehari. Sebelum meminumnya, lebih bik
buat latihan pernafasan. Lakukan tiga kali dalam
keadaan duduk tegak.
Petua
79: Batuk gatal
Mengalami
batuk dan terasa gatal pada tekak, kadang-kadang
terasa perit. bagi meredakannya, ambil lima cekur
dan sedikit garam. Kupas kulit cekur idan cuci
sehingga bersih. Kemudian lumurkan garam dan
kunyah mentah.
Petua
80: Batuk berdarah
Tumbuk
jintan hitam sehingga halus dan campurkan dengan
air panas. Kemudian makan mengikut kesukaan anda.
EPAL juga boleh digunakan. Caranya, ambil sebiji
epal dan potong empat bahagian. Letakkan ke dalam
bekas dan kukus antara 10 ~ 20 minit dengan api
kecil. Makan epal itu dengan kulitnya. Lakukan
sekali sehari dan ualng dua atau tiga kali. |