Tugasan 3 GE6353
Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Topik Pengenalan Kepada Komputer
Pengenalan
Teknologi komputer telah diperkenalkan kepada masyarakat dunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Tanpa disedari komputer telah menjadi sebahagian keperluan dan cara hidup kita (Aziz Romli 1991). Penggunaan komputer dalam setiap bidang dewasa ini sudah menjadi suatu kemestian.Teknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal, berkeupayaan tinggi dan sangat berkesan. Mempelajari teknologi komputer merupakan langkah pertama yang harus dilakukan sebelum seseorang itu dapat memahami dan mengguna komputer secara berkesan ( Norhashim et al. 1996). Pendedahan literasi komputer sangat perlu untuk membolehkan seseorang itu berperanan dengan baik dan berkesan terutamanya dalam era teknologi maklumat.
Walaupun pengetahuan literasi komputer sangat perlu pada masa kini, pendedahan awal mengenai komputer harus dilakukan dengan teliti. Sekiranya pelajar di dedahkan pengetahuan mengenai komputer secara terperinci yang melibatkan perkara yang abstrak dan sukar di fahami akan mendatangkan rasa bosan dan hilang minat. Oleh itu pengajaran dan pengetahuan yang hendak disampaikan memerlukan kepada teknik pengajaran dan penyampaian ilmu yang berkesan. Menurut Tengku Zawawi (2000) pengajaran yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya:
Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Komputer
Komputer telah digunakan untuk pelbagai tujuan di dalam pendidikan yang boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu (Zoraini et al.1991):
i. Pembelajaran tentang komputer.
ii. Pembelajaran melalui komputer.
Pembelajaran tentang komputer merangkumi berkenaan sejarah penciptaan komputer, bagaimana komputer berfungsi, komponen sistem komputer dan perisian. Dalam konteks pembinaan modul ini akan memfokaskan kepada pembelajaran tentang komputer di mana komputer sebagai objek.
Matlamat Dan Objektif
Di antara matlamat dan objektif kurikulum dengan matlamat dan objektif pengajaran merupakan dua perkara yang berbeza. Yusuf Ismail (1992) mengatakan bahawa objektif kurikulum merupakan proses untuk menyatakan kemampuan pelajar dalam melakukan dengan jayanya sesuatu tingkah laku yang dirancangkan itu setelah selesai mengikuti unit-unit pengajaran yang ditetapkan. Menurut Yusup Hashim (1998) pula matlamat dan objektif kurikulum adalah pernyataan yang luas, umum dan abstrak tentang haluan dan tujuan yang hendak dicapai oleh sesuatu program kurikulum. Manakala matlamat dan objektif pengajaran menurut Yusup Hashim (1998) lagi adalah pernyataan yang lebih spesifik tentang sesuatu unit pelajaran yang hendak dicapai atau ditunjukkan oleh pelajar setelah tamat sesuatu sesi pengajaran. Objektif pengajaran akan memperincikan lagi matlamat pengajaran dengan menetapkan perilaku dan tindakan yang boleh dilihat dan diukur.
Tyler (1996) menyatakan bahawa perlunya diperjelaskan objektif-objektif sesuatu modul supaya sesuatu program pendidikan dapat di laksanakan bersistematik dan bijaksana supaya matlamat dapat dicapai. Dalam proses pembinaan modul ini objektif topik di tentukan terlebih dahulu bagi memastikan halatuju keseluruhan modul dapat dicapai. Di antara objektif topik ini seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan ( 1994 ) iaitu:
Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian merupakan perkara yang tidak asing lagi di kalangan guru kerana penilaian merupakan sebahagian daripada aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru. Setiap masa guru perlu membuat keputusan dan secara sedar atau pun tidak penilaian ada dijalankan. Menurut Abu Bakar (1986) penilaian boleh dilakukan secara terkawal seperti menerusi ujian, peperiksaan dan penilaian juga selalu di buat secara tidak terkawal dan berterusan seperti aktiviti soal jawab, perbincangan, sumbangsaran semasa pengajaran guru.
Rashidi Azizan & Abdul Razak (1995) menjelaskan bahawa tujuan utama penilaian adalah bagi memastikan tercapainya semua objektif pengajaran yang dirancang. Proses penilaian ini melibatkan dua pihak iaitu:
Dalam konteks penilaian semasa mengajar, guru sering mengemukakan soalan samada secara lisan berkenaan bahagian-bahagian tertentu pengajaran atau latihan bertulis di akhir sesi pengajaran bagi membantu guru menilai sejauh mana konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran yang disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Memilih jenis soalan, mengguna kaedah menyoal dan mengendalikan jawapan pelajar dengan betul merupakan faktor yang amat penting dalam teknik penyoalan (Sulaiman 1997). Oleh itu guru perlu mengemukakan soalan samada secara lisan atau bertulis mengikut teknik-teknik yang sesuai dan boleh bertindak balas terhadap jawapan yang diberikan dengan baik.
Dalam pembinaan modul ini aspek penilaian akan dijalankan
semasa proses pengajaran dan juga di akhir pengajaran. Penilaian ini di buat
untuk mempastikan objektif pengajaran tercapai dan menentukan kesesuaian kaedah
pengajaran. Teknik penyoalan yang di kemukakan dalam modul ini di pastikan
bersesuaian dengan tajuk pelajaran dan pengetahuan pelajar.
Objektif Modul
Modul ini dibina untuk membantu dan memudahkan guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan. Di antara objektif modul yang dibina ini ialah:
Kandungan Modul
Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat dijalankan secara sistematik, topik Pengenalan Kepada Komputer ini di bahagikan kepada beberapa sub topik mengikut keutamaannya iaitu:
Setiap sub topik ini akan diperincikan lagi isi pelajarannya supaya memudahkan pengajaran dan pembelajaran dan objektif modul dapat dicapai.
_______________________________________________________________
Modul Pengajaran 1
Tajuk : Sistem Komputer.
Masa: 2 waktu (80 minit)
Objektif Pembelajaran :
Isi Pelajaran:
i. Pentakrifan komputer dalam konteks teknologi moden.
ii. Sejarah perkembangan teknologi komputer.
iii. Jenis atau kategori komputer - Kerangka Utama, Komputer Mini dan
Komputer Mikro.
Aktiviti yang dicadangkan:
Contoh soalan: Apakah jenis komputer yang sesuai digunakan
oleh
seorang Guru. Mengapa ?
KBKK:
i. Membincangkan konsep/fakta
ii. Membanding dan membezakan.
Penerapan Nilai Murni:
i. Yakin diri.
ii. Bekerjasama.
Penilaian:
i. Pemerhatian terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti
perbincangan
kelas.
ii. Semakan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.
_______________________________________________________________
Modul Pengajaran 2
Tajuk: Organisasi dan Fungsi Sistem Komputer.
Masa: 4 waktu (160 minit)
Objektif Pembelajaran:
i. Memahami organisasi atau struktur asas sesuatu sistem komputer.
ii. Memahami perbezaan di antara perkakasan dan perisian.
iii. Mengenali kategori perkakasan komputer dan fungsinya.
Isi Pelajaran:
i. Organisasi asas sesuatu sistem
komputer-komponen-komponen
asas/utama.
ii. Pentakrifan perkakasan dan perisian serta perbezaannya.
iii. Kategori perkakasan komputer dan contoh peranti-perantinya.
Aktiviti yang dicadangkan:
Contoh tugasan: Dapatkan iklan mengenai komputer. Apakah
kriteria
KBKK:
i. Menafsir dan menghubungkaitkan.
ii. Mengkelas dan mengumpulkan.
Penerapan Nilai Murni:
i. Teliti dan rasional.Penilaian:
i. Pemerhatian terhadap perbincangan dan penglibatan pelajar.
ii. Semakan terhadap latihan yang diberi.
_______________________________________________________________
Modul Pengajaran 3
Tajuk: Pemasangan Perkakasan Komputer Mikro
Masa: 4 waktu (160 minit)
Objektif Pembelajaran:
i. Mengenal perkakasan komputer mikro.
ii. Menyambung peranti kepada unit sistem.
Isi Pelajaran:
i. Langkah-langkah keselamatan dan prosedur pemasangan.
ii. Jenis-jenis peranti sokongan - bekalan kuasa, pemacu
cakera,
papankekunci, tetikus dan monitor.
Aktiviti yang dicadangkan:
i. Guru memberi penerangan mengenai langkah-langkah keselamatanii. Guru membuat demonstrasi menyambung peranti sokongan kepada
unit
iii.Sumbangsaran - Guru meminta pelajar memberi pendapat terhadap
iv. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta
memasang
KBKK:
i. Menerangkan sebab.iii. Mengecam perhubungan dan cubajaya.
Penerapan Nilai Murni:
i. Bertanggungjawab.
ii. Hormat menghormati
iii. Mematuhi peraturan.
Penilaian:
i. Pemantauan terhadap kerja kumpulan yang dibuat.
ii. Semakan terhadap hasil kerja yang telah dilengkapkan.
_______________________________________________________________
Modul Pengajaran 4
Tajuk: Rangkaian Komputer
Masa: 2 waktu (80 minit)
Objektif Pembelajaran:
i. Memahami maksud rangkaian komputer.
ii. Mengenal kelas rangkaian komputer.
Isi Pelajaran:
i. Rangkaian komputer.
ii. Kelas rangkaian komputer :
Aktiviti yang dicadangkan:
KBKK:
i. Mencirikan.
ii. Membanding dan membeza.
Penerapan Nilai Murni:
i. Menghargai.
ii. Berdisiplin.
Penilaian:
i. Pemerhatian terhadap penglibatan pelajaran semasa perbincangan.
ii. Penelitian terhadap fakta yang diberikan oleh pelajar
dalam sesi
________________________________________________________________
Modul Pengajaran 5
Tajuk: Pendedahan Perisian Pemprosesan Perkataan.
Masa: 2 waktu (80 minit)
Objektif Pembelajaran:
i. Mengetahui jenis-jenis perisian penggunaan.
ii. Menggunakan perisian MS Word Versi 95.
Isi Pelajaran:
i. Jenis perisian penggunaan:
ii. Menggunakan perisian pemprosesan perkataan MS Word
Aktiviti yang dicadangkan:
KBKK:
i. Menganalisis.
ii. Menilai dan merekacipta.
Penerapan Nilai Murni:
i. Berdaya usaha.
ii. Berdikari.
Penilaian:
Bahan rujukan tambahan yang dicadangkan untuk kegunaan guru:
1. Mark Minasi. 1996. The Complete PC Upgrade And Maintenance
4. Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Modul Pengajaran disepadukan komputer
Dalam konteks pengajaran bersepadukan komputer iaitu menggunakan perisian aplikasi yang berkaitan dalam pengajaran boleh dilakukan bertujuan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan memudahkan. Berikut adalah cadangan modul pengajaran subjek Kejuruteraan yang bersepadukan komputer.
________________________________________________________________
Modul Pengajaran 6.
Tajuk: Penerus Gelombang Penuh
Masa: 2 waktu (80 minit)
Objektif Pembelajaran:
i. Memahami kendalian litar penerus gelombang penuh.
ii. Melukis gambarajah skema litar penerus gelombang penuh.
iv. Melukis arah aliran arus dan bentuk gelombang keluaran litar.
Isi Pelajaran:
i. Litar penerus gelombang penuh:
Aktiviti yang dicadangkan:
KBKK:
i. Menganalisis.
ii. Menilai dan merekacipta.
Penerapan Nilai Murni:
i. Berdaya usaha.
ii. Bekerjasama.
iii. Hormat menghormati.
Penilaian:
i. Semakan terhadap hasil aktiviti yang dijalankan.
Senarai Rujukan
Abu Bakar Nordin. (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur:
Aziz Romli. 1991. Asas Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. Sukatan
Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 dan 5. Kuala
Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rose Alinda Alias.
1996.
Pengajaran
Bantuan Komputer. Kuala Lumpur: DBP & UTM.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. 1995. Pengajaran Dalam Bilik
Darjah
Sulaiman Ngah Razali.
1997. Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tyler, R.W. 1991. Basic Principle of Curiculum and Instructions.
Chicago:University
of Chicago Press.
Tengku Zawawi Tengku Zainal. 2000. Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
Matematik. (atas talian).
http://members.tripod.com/~MUJAHID/strategi.html
Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti.
Yusoff Ismail. 1992. Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan KBSM.
Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.
Zoraini Wati Abas, Wan Fauzy Wan Ismail, Rao, G.S., Rao, A.K. 1991.
Pembelajaran
Berbantukan Komputer. Petaling Jaya: Penerbitan
FajarBakti.