PERATURAN
KATEGORI SEKOLAH-SEKOLAH
Semua jenis sekolah termasuk sekolah kerajaan dan swasta dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini melalui peringkat sekolah mengikut daerah masing-masing.
Kategori sekolah terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
Kumpulan terbaik di setiap daerah akan dipilih untuk menyertai peringkat akhir dalam kategori sekolah-sekolah.
Pertandingan peringkat sekolah hanya terbuka untuk sekolah-sekolah di negeri Johor sahaja.

KATEGORI TERBUKA NEGERI JOHOR
Penyertaan terbuka kepada kumpulan belia, persatuan-persatuan, kelab-kelab swasta, dan kilang-kilang yang ahlinya berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan atau yang telah meninggalkan persekolahan untuk bertanding mengikut daerah masing-masing.
Kumpulan terbaik dalam kategori terbuka di peringkat daerah akan menyertai pertandingan peringkat akhir.
Kumpulan Kesenian Yayasan Warisan Johor tidak dibenarkan menyartai pertandingan ini.

KATEGORI JABATAN KERAJAAN
Penyertaan terbuka kepada pegawai atau anggota Jabatan Kerajaan untuk bertanding bagi mewakili jabatan masing-masing.

KATEGORI MUKIM-MUKIM
Penyertaan terbuka kepada Kumpulan Mukim-mukim mengikut mukim daerah masing-masing.
Kumpulan terbaik dalam kategori Mukim-mukim di peringkat daerah akan menyertai pertandingan peringkat akhir.
Penyertaan dalam kategori ini hanyalah peserta yang bermastautin dalam mukim-mukim tersebut sahaja.

PERATURAN UMUM
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah, penduduk mukim-mukim, pagawai atau anggota kerajaan yang dipilih untuk mewakili kategori-kategori yang dipertandingkan.
Setiap kumpulan tidak boleh melebihi 20 orang termasuk pegawai dan peserta tetapi tidak kurang dari lapan orang peserta.
Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kumpulan sesuatu kategori sahaja.

PEMARKAHAN
Tarian:60%, Muzik:20% dan Busana & Tatarias:20%.