'INTERNATIONAL SHIP AND PORT FACILITY SECURITY CODE' (ISPS CODE)

1. PENGENALAN

'International Maritime Organisation'(IMO) dalam bulan November 2001 telah memutuskan Resolusi A.924 (22) iaitu 'Review of Measures and Procedures To Prevent Acts of Terrorism Which Threatened the Security of Passengers and Crew and the Safety of Ships'. Resolusi ini menentukan supaya kajian perlu dibuat kepada undang-undang antarabangsa dan langkah-langkah keselamatan perlu dipertingkatkan bagi menangani keganasan dan ancaman kepada kapal, penumpanng, anak kapal, kargo dan juga kelengkapan-kelengkapan di pelabuhan-pelabuhan di dunia.

Lanjutan daripada itu satu 'Diplomatic Conference' telah diadakan di London dan telah memutuskan supaya keselamatan perkapalan antarabangsa dipertingkatkan dengan menambah di dalam 'International Convention For The Safety of Life At Sea ('SOLAS Convention) satu kod yang baru iaitu 'International Ship and Port Facility Security Code' (ISPS Code).

Penekanan yang diberikan kepada 'Port Facility' bagi melaksanakan kawalan keselamatan di pelabuhan telah ditetapkan dalam 'ISPS Code' bagi perkara-perkara berikut:-

i) Kawalan Keluar Masuk ke 'Port Facility'.

ii) Menentukan Kawasan Larangan dalam kawasan 'Port Facility'.

iii) Pengendalian Kargo.

iv) Penghantaran/Pergerakan 'Ship Stores'.

v) Penghantaran/Pengendalian 'Unaccompanied Baggage'

vi) Kawalan Keselamatan kepada 'Port Facility'

2. OBJEKTIF 'ISPS CODE'

2.1 Menjalinkan perhubungan antarabangsa di antara 'Contracting Government'. Agensi-agensi Kerajaan, Kerajaan Tempatan, Pentadbiran dan Pemilik perkapalan antarabangsa dan industri pelabuhan supaya mengambil langkah-langkah bagi menangani sebarang insiden dan ancaman keselamatan di kapal dan juga kelengkapan di pelabuhan.

2.2 Menetapkan tanggungjawab dan tindakan yang lebih jelas bagi 'Contracting Government'. Agensi-agensi Kerajaan, Kerajaan Tempatan, Pentadbiran/Pemilik Perkapalan Antarabangsa dan Pelabuhan-Pelabuhan menentukan keselamatan perkapalan terjamin di peringkat negara dan antarabangsa.

2.3 Menentukan pertukaran dan pengumpulan maklumat-maklumat mengenai keselamatan perkapalan dibuat dengan cepat dan efisyen.

2.4 Menetapkan kaedah dan prosidur bagi menilai dan merancang supaya dapat bertindak dengan teratur dan efisyen jika berlaku sebarang insiden samada di kapal mahupun di pelabuhan.

2.5 Menentukan langkah-langkah dan tindakan keselamatan maritime disediakan dengan sempurna dan dapat dijadikan panduan semasa berlaku insiden sebenar.

3.0 PERLAKSANAAN

3.1 ISPS Code ini akan hanya berkuatkuasa kepada (Part A.3.1):-

i) 'Ship engage on international voyage including passenger ships'

ii) 'Cargo ships 500 gross tonnage and above'.

iii) 'Mobile Offshore Drilling Units (MODU)'.

iv) 'Port Facility serving ships engage on international voyages'.

v) 'Any port facilities within its territory that the Contracting Government decides to comply with the code'.

'ISPS Code' akan mula berkuatkuasa pada 1hb Julai 2004.

Pada tarikh tersebut, setiap pihak yang terlibat perlulah memenuhi dan mematuhi prosidur dan panduan yang tercatat dalam 'ISPS Code'. Pihak-pihak yang terlibat adalah:-

3.1.1 'Administration'/'Contracting Government'/'Designated Authority'

- Melantik/meluluskan 'Recognized Security Organizations'(RSO) (jika perlu)

- Menentukan pelabuhan-pelabuhan yang perlu mematuhi keperluan 'ISPS Code'

- Menjalankan 'Port Facility Security Assessment'(PFSA) dan menentukan 'Security Level'. v - Menentukan mana-mana pelabuhan yang memerlukan 'Port Facility Security Officer' (PFSO) dan menentukan pelabuhan mendapatkan 'Statement of Compliance of a Port Facility' (SoCPF) .

- Menyediakan borang 'Declaration of Security'(DoS)

- Tersebut telah menyediakan 'Port Facility Security Plan'(PFSP) dan memaklumkan kepada 'International Maritime Organisation' (IMO).

- Menentukan setiap 'Shipping Company' telah melantik 'Company Security Officer' (CSO) dan setiap kapal di bawah naungan mereka mempunyai 'Ship Security Officer'(SSO) dan 'Ship Security Plan'(SSP) di atas kapal.

3.1.2 'Shipping Company'

- Melantik 'Company Security Officier'

- Menyediakan 'Ship Security Assessment' dan 'Ship Security Plan' bagi setiap kapal mereka

- Tentukan setiap kapal mereka mempunyai 'Ship Security Officer'(SSO) dan 'Ship Security Plan'(SSP)

- Mendapatkan sijil 'International Ship Security Certificate'(ISSC) kepada kapal mereka.

- Sediakan borang 'Declaration of Security'(DoS) (jika berkenaan).

3.1.3 'Port Facility'

- Melantik 'Port Area Security Officer'(PASO) / 'Port Facility Security Officer(PFSO)

- Menjalankan 'Port Facility Security Assessment'(PFSA) dan 'Port Facility Security Plan'(PFSP)

- Mendapatkan 'Statement of Compliance of a Port Facility' (SoCPF).

- Menyediakan borang 'Declaration of Security'(DoS).

4.0 IMPLIKASI JIKA TIDAK MEMATUHI ISPS CODE

4.1 'Administration'/'Contracting Government'/'Designated Authority' akan memaklumkan kepada 'International Maritime Organization'(IMO) mengenai pelabuhan-pelabuhan yang telah/belum mematuhi perlaksanaan 'ISPS Code' selepas 1 Julai 2004.

4.2 'International Maritime Organization'(IMO) akan menghebahkan pelabuhan-pelabuhan yang telah mematuhi dan tidak mematuhi kod ini dalam satu 'Senarai Putih'. Kapal yang tergolong dalam tidak mematuhi 'ISPS Code' jika hendak memasuki pelabuhan yang telah memathi 'ISPS Code' akan dikenakan kawalan yang lebih ketat supaya keperluaan keselamatan kapal mengikut 'ISPS Code' dipatuhi sehingga boleh menyebabkan kapal tersebut tidak dibenarkan memasuki pelabuhan.

4.3 Begitu juga pelabuhan yang disenaraikan tidak mematuhi 'ISPS Code' akan menghadapi masalah bagi menerima kapal-kapal yang telah mematuhi 'ISPS Code', berkemungkinan besar kapal-kapal tersebut cuba menggunakan pelabuhan-pelabuhan lain yang telah mematuhi 'ISPS Code' kerana tidak yakin ke atas keselamatan kapal-kapal, anak kapal, kargo atau penumpang mereka semasa berada di pelabuhan tersebut.

5.0 RUMUSAN

Pada dasarnya, dalam menentukan keselamatan kapal, pelabuhan, kargo, anak kapal dan penumpang dan juga bagi kemudahan perdagangan maritim maka pematuhan kepada 'ISPS Code' adalah satu keperluan dan wajib dipatuhi.