- posted 10/29/03
RATU-ZIANA ZAIN SATU PENGHARGAAN 1992-2001 
Ziana ZainGadis hitam manis, anak kepada pegawai polis ini dilahirkan di Merlimau, Melaka 35 tahun dahulu. Dari pekerja kilang, gadis ini bertukar karier menjadi seorang pramugari. Namun minatnya dalam bidang seni mula membuak-buak ketika bertugas di syarikat penerbangan itu, lantas gadis yang dikenali sebagai Ziana Zain ini mula menyertai pelbagai pertandingan nyanyian yang diadakan di tanah air.
     Ziana Zain pernah memenangi pertandingan nyanyian
Bintang Selangor pada tahun 1984. Ketika itu tiada siapa yang mengetahui dia adalah kakak kepada penyanyi cilik, Anuar Zain yang sebelum itu amat dikenali dengan nyanyian lagu Kain Pelikat.
Ziana ZainZiana juga pernah merakamkan album bersama Kombo Polis iaitu Ibarat Lilin pada tahun 1989 di mana album tersebut mencapai jualan platinum. Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang nyanyian, akhirnya penyanyi bersuara lantang Ziana Zain yang mula dikesan bakatnya menerusi beberapa pertandingan nyanyian terus dilamar oleh syarikat rakaman antarabangsa BMG Asia Pasific (kini BMG Malaysia)
Bermula kariernya sebagai anak seni, Ziana yang mendapat sokongan keluarga dan begitu komited terhadap tugasnya bertekad untuk menjadi penyanyi terbaik suatu hari nanti. Lagu
Madah Berhelah yang dimuatkan di dalam album sulungnya yang dipasarkan pada tahun 1991 benar-benar memperkenalkannya sebagai penyanyi berbakat yang mampu membawa lagu-lagu bernada tinggi dengan baik.
Ziana ZainBiarpun kemunculan awalnya dikritik, namun Ziana tidak pernah melenting dan menganggap itu sebagai ujian baginya memperbaiki kelemahan yang ada. Dari situ, dia belajar dan terus belajar, mendaki dan terus mendaki, akhirnya kemunculannya diterima peminat. Sikapnya yang berani mencuba dikagumi, malah dia terus diminati dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.
     Anak sulung dari 5 beradik ini mula dikenali dan dilihat bakal menjadi diva suatu hari nanti. Telahan itu, semakin menjadi realiti apabila album kedua Ziana Zain yang dikeluarkan pada tahun 1993 berjudul
Ziana Zain menghasilkan jualan menghampiri 100 ribu unit.
     Mania Ziana Zain bermula selepas itu. Sana sini orang memperkatakan tentang dirinya selepas era diva seperti Rohana Jalil, Ramlah Ram, Francesca Peter, Aishah dan Fauziah Latiff. Kejayaan terus berada di pihaknya apabila Ziana Zain menjadi juara dalam pertandingan
Voice Of Asia di Kazakhtan pada tahun 1995.
Pada tahun yang sama juga, Ziana Zain muncul lagi dengan album baru berjudul
Setia Ku Di Sini di mana melalui album ini juga Ziana Zain telah diiktiraf sebagai Persembahan Vokal Wanita terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996. Album ini benar-benar menakjubkan dan mengejutkan sendiri syarikat rakamannya. Jualan album ini menghampiri 200 ribu unit dan membuatkan Ziana menjadi Artis Wanita Paling Popular di era awal 90an hingga kini.
     Lantas dia juga telah dipikat oleh producer filem terkenal yang turut digelar 'The Six Million Dollar Man', Datuk Yusuf Haslam untuk membintangi filem terbitan beliau. 
    
Sembilu, filem pertama lakonan Ziana Zain pada tahun 1993 di samping Awie dan Erra Fazira di mana filem ini mencapai tahap jualan box office iaitu 4.2 juta. Melalui filem ini, Ziana Zain juga menerima Anugerah Pelakon Pembantu Popular di Anugerah Bintang Popular 1993.     
Ziana Zain
Dia bukan sahaja cantik, berbakat dalam nyanyian tetapi dia juga mampu menjadi pelakon yang hebat. Dengan kejayaan dan mutu lakonan Ziana, menyerlahkan lagi kehebatan penyanyi ini untuk bergelar sebagai anak seni yang serba boleh.
     Pada tahun yang sama juga dia membintangi filem
Sembilu 2 di mana filem ini mencatat sejarah sebagai filem yang menerima kutipan tiket tertinggi iaitu 6 juta ringgit. Ziana Zain juga turut membintangi filem Maria Mariana di mana dia telah menerima anugerah sebagai Artis Paling Popular, Penghibur TV Paling Popular, Pelakon Pembantu Wanita Popular dan Artis Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1995.
     Pada tahun 1996, Ziana Zain telah dipilih sebagai
Pelakon Pembantu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular. Atas kejayaan dan pencapaiannya, Ziana Zain muncul dengan Konsert Unplugged di Life Centre, Kuala Lumpur pada tahun 1996. Ziana Zain juga diiktiraf sebagai Penghibur Terbaik (solo) di Juara Pujaan 10 Nescafe/RTM.
Ziana ZainPada 28 Mei 1997, Ziana Zain muncul dengan album Puncak Kasih di mana album ini telah terjual lebih daripada 200,000 ribu unit dan mencapai tahap platinum berkembar.
     Selepas hampir 7 tahun mencipta nama di persada seni, Zana akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Perkahwinan Ziana Zain dianggap majlis perkahwinan paling gemilang (artis tempatan) pada alaf lalu apabila ia dihadiri oleh puluhan ribu peminatnya walaupun tanpa diundang. 
Ramai berkata, status perkahwinan bakal melenyapkan populariti seterusnya karier artis terbabit tetapi Ziana membuktikan tanggapan itu salah. Ziana membuktikan bakat, imej dan kesungguhan yang ada pada diri artis mampu untuk individu artis itu meneruskan kariernya. Bersama suami tersayang, Armin Zaharin dan anaknya Mohd Aiman, Ziana terus gah berdiri sama tinggi dengan artis-artis yang sedia ada. Album
Best Of Ziana Zain telah dikeluarkan pada 19 Januari 1998 di mana album ini terjual lebih daripada 100,000 ribu unit.
     Pada tahun yang sama lagu
Puncak Kasih telah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dalam Kategori Balada di Juara Lagu 1998. Album Puncak Kasih juga telah dinobatkan sebagai Album Pop Terbaik AIM 1998.
     Pada tahun yang sama Ziana Zain turut menerima anugerah sebagai
Pelakon Popular di Anugerah Skrin 1998.
     Pada tahun 1999, album berjudul
Ziana Zain memuatkan lagu-lagu hits seperti Syurga Di Hati Kita, Kesuma Hati dan Penawar Semalu dikeluarkan. Album ini mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat setianya yang rindukan suaranya setelah Ziana Zain menyepi sementara setelah berkahwin.
Ziana ZainAlbum berjudul Aku Cintakan Mu yang memuatkan lagu hits Menadah Gerimis, Terkenang Jua, Lara, Fatalistik, Cintamani dan banyak lagi telah dileuarkan pada tahun 2001. Lagu Menadah Gerimis juga telah diiktiraf sebagai Juara Kategori Balada dalam Juara Lagu 2002. Album ini merupakan album studio terakhir Ziana Zain bersama BMG.
     Dengan himpunan lagu-lagu terbaik yang pernah dihasilkan bersama syarikat rakaman BMG seperti
Madah Berhelah, Puncak Kasih, Setia Ke Akhir Hayat, Anggapanmu, Tiada Jodoh Antara Kita, Setia Ku Di Sini, Di Akhir Garisan (duet bersama Ning Baizura, Nora dan Dessy Fitri) dan Menadah Gerimis pastinya album akan dikenang sepanjang masa oleh peminat Ziana Zain sampai bila-bila. Nama Ziana Zain akan terus dikenang dan Ziana Zain akan terus menjadi ratu di hati peminatnya sejak sekian lama.

PETUNJUK:
Ziana Zain
Track Record Ziana Zain
Tahun.Album.Jualan (Ribu Unit)
1991 MADAH BERHELAH (45000)
1993 ZIANA ZAIN (95000)
1995 SETIA KU DI SINI (175000)
1997 PUNCAK KASIH (130000)
1999 ZIANA ZAIN (127000)
2001 AKU CINTAKAN MU (20000)

sumber: RATU (September 2003)
1