. utama

Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar

Tingkat 2, Bangunan Hal Ehwal Pelajar

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor DT.

Tel : 07-453 6922 | Fax : 07-453 6052

e-mel : mpp_kuittho05 at yahoo dot com

. melayu   .english
.organisasi .penajaan .tentatif .ucapan .hebahan

 

Perutusan Khas
Y. Bhg. Rektor ::
Yg. Bhg. Timb. Rektor (HEP) ::
Timbalan Pendaftar HEP ::
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar ::

  b e r i t a

        & i n f o

 

. pesta konvokesyen 2005 @ CONVAIR'05?

2 5  -  3 1   O g o s   2 0 0 5

Menjelang Ogos 2005, pastinya seluruh warga kampus menanti-nanti akan kehadiran Majlis Konvokesyen Universiti yang kini masuk kali yang ke-Empat. Majlis penuh bersejarah itu yang bukan sahaja akan dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai, turut menyertakan warga sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Konvokesyen yang dinamakan bermula tahun ini; CONVAIR '05.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meraikan dan menyambut graduan-graduan dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk pelajar. graduan dan keluarga yang menyaksikan majlis konvokesyen.
  • Membuka peluang untuk para pelajar yang berminat dengan aspek keusahawanan bagi membina karakter bisnes dalam diri mereka.
  • Menyemai semangat patriotik dan kebangsaan Malaysia, seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai puncak program
  • Sebagai alternatif santai kepada warga siswa untuk hiburan, pengisian rohani dan sebagainya setelah menelaah pelajaran.
  • Menggalak dan menyemai semangat integrasi kaum dan budaya di kalangan warga KUiTTHO serta masyarakat luar.
  • Memperkenalkan universiti (Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn) sebagai sebuah IPTA Malaysia yang menjadi pilihan.

JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM

  • Mengambil peluang Majlis Konvokesyen Keempat Universiti yang akan diadakan pada 27-29 Ogos 2005
  • Mengambil peluang melaksanakan sambutan Kemerdekaan bersempena dengan tarikh keramat 31 Ogos.
  • Sebagai latihan kepimpinan dan penugasan secara luar kelas bagi membina soft skills siswa KUiTTHO, sempena dengan musim cuti pertengahan semester.
  • Difikirkan sebagai waktu yang sesuai untuk mempromosikan Universiti sebagai salah satu IPTA ulung di Malaysia.

www.al-jundu.tkİMPP | Best only in IEv5 and above with 1024x768