Dilahirkan di sebuah perkampungan kecil daerah Kuala Terengganu. Membesar
sebagai anak kampung yang sederhana, tetapi diberikan perhatian
penuh oleh keluarga terutama asuhan dan pendidikan yang diperlukan
hingga ke peringkat universiti, terima kasih ibu, bapa dan keluarga,
syukur alhamdulilLah. Zulkefli bin Mohamad, namaku berdasarkan dokumen
sah. Bagaimana pun masyarakat Terengganu selalu menyingkatkan
sebutan, aku dipanggil Li, kadang Rosli, Ramli dan ada juga
yang memanggilku Ali. Walhal itu adalah nama abang sulungku.
Dia pula dipanggil Sulung, bukan pula Ali seperti yang sepatutnya.
:-) Biasa la tu....
Berlatar keluarga yang agak dihormati dalam masyarakat, kerana arwah
bapaku merupakan seorang yang menitikberatkan soal agama dan
dihormati oleh masyarakat kampung. Aku disekolahkan hingga berpeluang
ke asrama penuh mulai tingkatan empat, seterusnya ke peringkat
pra degree dan akhirnya degree. Aku mendapat pekerjaan yang
agak baik di sebuah institusi bumiputera negara, UiTM. Namun
pekerjaan kini menuntut aku berhijrah dan merantau ke Jengka,
Pahang Darul Makmur.
::::::
|
|
Walaupun lulusan universiti,
aku bukanlah pakar dalam menelah rencah kehidupan yang luas
ini. Pengalaman anak kampung, susah payah di perantauan, guru
sementara di Melaka dan Pelabuhan Klang serta liku kerjaya di
UiTM banyak mengajarku tentang kerenah manusia dan kepelbagaian
rentak dunia. Saya mula bertugas di bawah
payung ITM pada Jun 16, 1992 di Subang Jaya, Selangor. Kemudiannya
ke Seksyen 2 dan 6 serta 17 di Shah Alam. Dalam tempoh dan musim
tertentu menyertai aktiviti akademik dan tugasan di ITM induk.
Mulai Jun 2002 saya ditugaskan di cawangan Pahang, kampus Jengka.
Saya cadangkan anda Iawati
page khusus saya bagi warga UiTM, sekiranya anda
salah seorang pelajar atau kakitangan UiTM. Jika lupa "alamat"
dan "laluan" boleh hubungi saya. Jika tidak anda
dianggap pelayar TIDAK SAH, harap maaf.
Ketika bertugas di UiTM banyak
memberikan pengalaman buat diriku. Bukan sahaja berpeluang mengikuti
kursus yang berbagai bentuk termasuk kendiri, akademik, psikologi,
pengurusan dan seumpamanya malah berdepan dengan mata pelajaran,
penuntut, fakulti dan sistem yang berbeza terutama ketika berkhidmat
di Pusat Pendidikan Persediaan ( kini INTEC / International
Education Centre ), sebelum berpindah ke UiTM Pahang. Aku
juga selalu bersama pelajar dalam berbagai kursus dan aktiviti
belia seperti kursus kemantapan diri ( mental, psykologi, jasmani,
rohani ) dan aktiviti luar kampus seperti Excurtion, Camping,
Hiking, Khidmat Masyarakat dan seumpamanya.
Antara potret diri:
|