SIAPAKAH KERABAT ANDA???
Saidina Umar Ibni Al-Khattab menamakan anak-anak cucu syaitan dan tugas-tugas mereka:
1 ) Zalitun
Syaitan ini tugasnya menjaga pasar dan tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti sesuatu majlis keramaian. Ia akan mengelirukan manusia yang berada di situ untuk mengelirukan pandangan manusia.
2 ) Wasin
Orang yang suka menyumpah-nyumpah apabila terkena musibah/kecelakaan telah didampingi oleh syaitan tersebut. Sepatutnya apabila kita diduga oleh Allah, seharusnya perkataan 'Alhamdulillah' lahir dari hati kita kerana dugaan itu Allah izinkan supaya iman kita semakin mantap dan makin disayangi Allah.
3 ) Lakus
Lakus ini bertugas untuk mengganggu fikiran manusia. Syaitan ini akan sentiasa mencari jalan untuk mengganggu fikiran manusia agar hati dan jiwa manusia itu tidak tenteram dan sentiasa membuat keputusan terburu-buru tanpa berfikir. Berzikirlah kepada Allah, nescaya hati kita akan tenteram.
4 ) A'wan
Ia suka mengganggu para pemimpin. Ia akan mengggalakkan pemimpin itu berbuat serong terhadap apa yang diperintahnya seperti pecah amanah, zalim, rasuah, gila kuasa, sombong, takabbur dan sebagainya. Pemimpin yang soleh/solehah akan dihormati rakyatnya malah mereka adalah antara kumpulan manusia yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak.
5 ) Hafaf
Orang yang suka meminum arak, mereka ini menjadi sahabat karib kepada syaitan ini. Allah telah mengharamkan arak, judi, bertenung nasib dan menyembah berhala tetapi orang yang engkar dengan perintah Allah ini akan didampingi Hafaf dan sedarilah bahawa setiap titik arak yang masuk ke dalam perut kita, 40 hari amalan kita tidak akan ditolak oleh Allah dan setiap daging yang tumbuh dari punca yang haram, nerakalah tempat yang sesuai untuknya (maksud Hadis Nabi S.A.W.)
6 ) Murrah
Syaitan yang bernama ini suka mendampingi orang yang bermain alat muzik. Islam tidak menghalang bermain alat-alat bunyi-bunyian tetapi biarlah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah S.A.W. Islam juga ada kebudayaannya dan ikutlah garis panduannya.
7 ) Masud
Orang yang suka mengumpat atau mengadu-domba atau melakukan fitnah dan menyebarkan berita-berita yang buruk terhadp seseorang, syaitan ini akan lekat dalam hatinya . Ini akan menyebabkan kita lebih jauh dari Allah dan di akhirat kelak semua anggota badan ini akan menjawab setiap soalan dan bukannya mulut. Setiap anggota badan akan menjadi saksi yang benar.
Ketahuilah bahawa mengumpat, mengadu-domba dan fitnah adalah perkara-perkara yang amat dikutuk oleh Islam kerana ia akan memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan fitnah adalah lebih buruk dari membunuh. Dosa kita tidak akan diampunkan Allah selagi orang yang kita umpat, adu-domba atau fitnah tidak kita memohon kemaafannya.
8 ) Dasim
Dasim akan bertindak untuk menjaga rumah orang supaya para penghuninya tidak bercampur dengan masyarakat dan pergerakan Islam. Syaitan ini akan memberatkan hatinya untuk hidup berjemaah dan tolong menolong ke arah kebaikan.
9 ) Wilhan
Orang yang bertaqarrub kepada Allah yakni yang ingin mendekatkan diri kepada Allah akan diganggu oleh syaitan ini . Ia akan membuatkan seseorang itu malas untuk mengerjakan amal perbuatan yang disuruh oleh Allah.
Semoga kita mendapat keredhaan Allah serta dijauhkan dari gangguan syaitan yang dikutuk. Insya-Allah.
Wassalam.
Hompej