|
P e n g e n a l a
n
Alamat : PSPN Melaka, d/a PKG Ayer Molek, 75460
Melaka
Telefon : 06-2683262, 06-2680408
E-mail : pspn@tm.net.my
PSPN lahir
sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk
meningkatkan mutu pendidikan melalui pembaharuan dan
perubahan khususnya dalam bidang teknologi. Penubuhan PSPN
dan rangkaian Pusat Kegiatan Guru (PKG) masing-masing serta
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk membantu sekolah
khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui penggunaan
teknologi pendidikan.
S e j a r a
h
1976
- Penerimaan oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE) Jabatan
Perdana Menteri untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia
ke-3 dan dibiayai oleh Pinjaman Bank Dunia (Loan
1329-MA)
1979
- Dasar operasi PSPN dirancang oleh Kementerian Pendidikan
dalam satu kertas kerja 'Pusat Sumber Pendidikan Negeri'
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan.
10/9/79
- Satu taklimat mengenai PSPN diadakan untuk Pengarah-
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Kelantan, Terenganu dan
Pahang serta pengarah-pengarah Bahagian Profesional
Kementerian Pendidkan.
1982-84
- Pembinaan Kompleks 4 buah PSPN di Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Pahang.
1985
- Keempat-empat PSPN tersebut mula
beroperasi.
25/1/88
- Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kali
ke-100 meluluskan pembinaan 10 buah PSPN yang
lain.
1991
- Rancangan Pembinaan 10 buah PSPN dimasukkan dalam
Rancangan Malaysia ke-6 dengan peruntukan dari pinjaman Bank
Dunia Sektor ke-3
26/10/94
- Jawatankuasa Pengurusan, Kementerian Pendidikan meluluskan
pembinaan bangunan 10 PSPN dengan menggunakan dana
tempatan.
7/6/95
- Jawatankuasa Pengurusan, Kementerian Pendidikan meluluskan
pewujudan PSPN (bangunan sementara) di negeri-negeri yang
tiada PSPN
26/6/95
- Pengumuman penubuhan PSPN (bangunan sementara) melalui
surat KP(BTP)8804/2/Jld.7(68) oleh Timbalan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia (II)
Okt.95
- Pengumuman memindahkan jawatan-jawatan di Unit Teknologi
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri kepada PSPN
(bernangunan sementara) dikeluarkan oleh Bahagian
Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan.
Nov.1995
- Jawatan-jawatan untuk PSPN (berbangunan sementara)
dinyatakan dalam Senarai Perjawatan 1996
1996
- Perjawatan PSPN dan PKG diletak di bawah Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP)
Julai
1996 - PSPN Melaka berpindah dari JPNM di Bukit Beruang
ke PKG Ayer Molek (bangunan sementara).
Mac
1997 - Kelulusan peruntukan RM 5 juta untuk pembinaan
Bangunan Kekal PSPN Melaka di Bukit Katil Lot 5217 dengan
keluasan 72863 mp. Akibat kegawatan pembinaan ditangguh
sementara.
M a t l a m a t & W a w
a s a n
Meningkatkan mutu pendidikan
di sekolah -sekolah dengan cara
- Mengadakan pelbagai
kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk
berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan
profesional.
- Menghasilkan pelbagai
bahan /alatan mengajar untuk digunakan dalam proses
pengajaran pembelajaran.
- Menyediakan tempat dan
kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam
meningkatkan profesionalisme guru.
- Mengadakan aktiviti
serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan
pembelajaran.
- Mengadakan usaha inovasi
serta kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan
dan perkembangan teknologi moden.
Memberi khidmat bantu dalam
hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan,
pengayaan dan bimbingan.
|