Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

Fokus September 2000

Soalan Ramalan SPM 2000 (II)

rock.gif (997 bytes) Fokus September ini mempaparkan 3 soalan esei ramalan SPM tahun 2000. 4 soalan struktur akan dipapar pada fokus bulan depan.

~ Mr. Ooi ~

Soalan 1
a)    Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas redoks dari segi pemindahan elektron. [3]

b)      Ion ferum (III) boleh diturunkan kepada ion ferum (II) dengan menggunakan agen penurunan yang sesuai. Huraikan bagaimana anda dapat menjalankan eksperimen di atas. Dalam huraian anda sertakan juga pemerhatian yang dapat dibuat dan cara mengesahkan proses penurunan ion ferum(III) sudah berjaya. [7]

c)     Anda dibekalkan dengan larutan kalium bromida, larutan kalium klorida, air klorin, air bromin, pelarut tetraklorometana dan alat radas yang diperlukan.
Huraikan satu eksperimen untuk membandingkan kekuatan bromin dan klorin sebagai agen pengoksidaan. Dalam huraian anda tuliskan persamaan ion bagi tindak balas yang terlibat. [10]


Soalan 2
a)      Apabila larutan kuprum(II) sulfat dimasukkan ke dalam bikar yang diisi dengan larutan natrium karbonat, satu tindak balas berlaku.

Namakan tindak balas  di atas.
Nyatakan pemerhatian bagi tindak balas itu dan tuliskan persamaan kimia, persamaan ion bagi setengah tindak balas dalam tindak balas itu.  [5]

b)     Suzana dan Harun ingin menyediakan garam zink klorida. Berikut ialah kaedah yang mereka gunakan.

Suzana

Larutan zink nitrat ditambahkan kepada larutan asid hidroklorik.

Harun

Serbuk zink oksida dimasukkan ke dalam asid hidroklorik cair yang dipanaskan.

Siapakah di atas dapat menyediakan garam yang dikehendaki ? Berikan penjelasan anda.

Huraikan bagaimana hablur zink kloroda dapat disediakan melalui kaedah yang anda pilih di atas. Dalam huraian anda tuliskan persaman bagin tindak balas yang terlibat. [15]


Soalan 3

Radas : Sebuah bikar 250 cm3, sebuah pasu berliang, wayar  elektrik, voltmeter, dan reostat.

Bahan : Larutan magnesium nitrat, larutan kuprum(II) nitrat, sekeping logam magnesium dan sekeping logam kuprum.

a) Dengan bantuan gambar rajah, bina sebuah sel kimia dengan menggunakan bahan dan radas yang diberikan di atas. Terangkan bagaimana arus elektrik dapat dihasilkan dalam sel kimia itu. Tuliskan pemerhatian dan persamaan ion –persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku.  [10]

b)   “Ion-ion yang didiscas pada anod dan katod semasa elektrolisis larutan akueus bergantung kepada kedudukan ion itu dalam Siri Elektrokimia”
Dengan menggunakan contoh yang sesuai terangkan kenyataan itu.  [10]

Disediakan oleh Mr. Ooi / Sept-2000