Terima kasih kerana sudi singgah di halaman 
sejarah  sekolah kami
 
Ke halaman utama
Pengenalan 
Matlamat 
Objektif 
Falsafah 
Zon Kbsr 
 
 
Sejarah Sekolah 
 Main Building 
2.1 Januari 1939 - Penduduk kampung telah bergotong-royong membina bangsal berukuran 20' x 40' di Kampung Sagil Parit1 
.Apabila Perang Dunia Kedua meletus, sekolah ini terpaksa ditutup.   

2.2 15 April 1951- Penolong Pegawai Daerah Tangkak dengan sokongan orang-orang kampung telah berusaha membangunkan sebuah sekolah berukuran 20' x 70' di atas tanah Lot seluas 5A. 3r. 5p. di Kampung Sagil Parit 3. Kategori sekolah adalah Sekolah Rakyat dengan 70 orang murid dan 3 orang guru. Guru Besar yang pertama ialah En. Mustapha bin Hj. Meon.   

2.3 Tahun 1960 - Bangunan lama telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru berukuran 20' x 100'. Muridnya seramai 300 orang dengan 7 orang guru dan 2 orang tukang kebun.   

2.4 Tahun 1964 - Kerajaan telah membina sebuah rumah guru dan sebuah bangunan mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat Guru besar dan sebuah setor. Luas bangunan ialah 30' x 200'. Upacara perasmian bangunan ini telah dilakukan oleh YB En. Mohd. Khir bin Johari (Menteri Pelajaran) pada masa itu.   

2.5 Tahun 1975 - Kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan berukuran 30' x 80' yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Tahun ini juga sebuah kantin berukuran 40'x80' dibina 

2.6 November 1981- Bangunan lama yang dibina dalam tahun 1960 telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru 2 tingkat yang berukuran 30' x 180' yang mengandungi 6 bilik darjah, pejabat bilik Guru Besar, bilik guru dan sebuah bilik perpustakaan.   



Matlamat Sekolah 
Berusaha ke arah mengembangkan potensi anak didik secara menyeluruh bagi membolehkan mereka menjadi insan beriman, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berdisiplin, bersatu padu selaras dengan prinsip Rukun Negara.  

Objektif Sekolah 
 

  • -Berjaya dalam PENTADBIRAN dan PENGURUSAN sekolah serta menjalin hubungan rapat dengan masyarakat setempat.
  • KECEMERLANGAN AKADEMIK dalam semua mata pelajaran dan peningkatan dari semasa ke semasa.

  • KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM demi mewujudkan insan yang sempurna dan seimbang dari segi mental, fizikal dan sosial. 

    ke halaman utama