From Tranung Kite http://tranung1.tripod.com Latarbelakang Calon BN Oleh Mamat Rimau Beberapa orang calon BN
di Pahang di kenalpasti sebelum ini mempunyai
latarbelakang yang buruk. Secara keseluruhannya
calon-calon BN di Pahang yang disenarai dalam pilihan
raya baru-baru ini bukan sahaja tidak berwibawa malahan
ada yang rendah akhlak dan moralnya di samping banyak
hutang. Calon BN Pulau Tawar
Jerantut saudara masih ingat, Dr.Ahmad Shukri, dikenali
sebagai peniaga yang gagal dan sekarang ini menanggung
hutang jutaan ringgit!!! Beliau yang merupakan Doktor
Perubatan merupakan Pengarah Urusan hospital swasta di
Shah Alam, Pusat Perubatan Mawar, yang sekarang ini
menanggung hutang dalam jumlah jutaan ringgit kerana
hospital tersebut menanggung kerugian. Malahan di
percayai beliau mempunyai hutang peribadi yang mencecah
jutaan ringgit juga. Serupa juga dengan calon
BN Benta, Raub, Sofi Tan Sri Abdul Razak. Bapanya bekas
ahli politik dan wakil rakyat yang mempunyai skandal seks
dengan budak perempuan berusia 12 tahun dan dituduh
merogol budak tersebut. Manakala Sofi sendiri juga
seorang peniaga yang sekarang ini menanggung behutang
yang banyak dengan beberapa bank dan menurut sumber dalam
proses di kenakan tindakkan kebankrapan. Manakala Rosni Zahari,
calon BN Jempul Maran, di kenali sebagai yang rendah
akhlak.Belaiu yang mempunyai latarbelakang yang sangat
tidak meyakinkan mempunyai skandal seks dengan Tan Sri
Khalil Yaakob, bekas MB Pahang di samping pernah di
tangkap khalwat. Ketua Wanita UMNO Maran ini yang di
kenali sebagai seorang yang sanggup melakukan apa sahaja
untuk mencari kekayaan dan mendapat pangkat termasuk
rasuah dan `membuka kain' adalah seorang yang sangat
rendah moralnya. Begitulah sebahagian
dari calon BN/UMNO yang diturunkan di Pahang dalam
pilihan raya lepas kebanyakkan mempunyai akhlak yang
buruk. Apakah dengan menurunkan
seorang Ustaz maka UMNO/BN merasakan boleh mengubati
busuk yang begitu ketara dalam ADUN Pahang.
"Ustaz" yang diturunkan itu pun sebenarnya
adalah seorang yang RENDAH AKLAH dan tidak tahu
menggunakan agamanya. Belajar sahaja agama tapi adalah
diantara orang yang disebut oleh Allah sebagai
"Orang yang menjual Al Quran dengan sedikit
habuan". Begitulah hina Ustaz yang disebut sebagai calon UMNO/BN pahang. Kalau pengundi masih buta... tentu sekali akan menyokong orang yang hina ini... hina di dunia dan juga diakhirat. Adakah kita mahu tergolong dengan orang-orang yang mempermainkan ayat-ayat Al Quran. |