From Harakahdaily http://harakahdaily.com

RINGKAS PILIHAN RAYA KECIL N26 SANGGANG - RAMAI MARAH KELAKUAN LUCAH MB PAHANG SANGGANG

Kisah MB Pahang, Adnan Yaakob menunjukkan isyarat lucah kepada himpunan puluhan ribu penyokong Barisan Alternatif pada hari penamaan calun pilihan raya kecil Dun Sanggang, cepat merebak ke seluruh Sanggang.

Paling kurang terdapat tiga perlakuan lucah yang meninggalkan kesan besar terutamanya kepada para pengundi Dun Sanggang yang tidak dapat menerima perlakuan seumpama itu. Orang ramai di sini kelihatan begitu marah sekali dengan perlakuan MB Pahang itu.

Mereka menyifatkan perlakuan ini sangat tidak wajar ditunjukkan oleh seorang pemimpin tertinggi Umno/BN. Antara perlakuan lucah itu ialah menunjukkan bahagian belakangnya (punggung), isyarat tangan yang dimengertikan sebagai hubungan seks dan teriakan 'boo'.

Orang ramai sangat kecewa dengan tindakan tidak bermoral yang dilakukan oleh seorang pemimpin tertinggi Umno Pahang yang tidak sedar bahawa dia juga adalah seorang menteri besar.

Dendam kesumat terhadap orang PAS

SANGGANG: Seorang Menteri Besar dari utara yang terkenal dengan sikap kerasnya didakwa telah berusaha mengenalpasti mana-mana rakyat negerinya yang datang memberikan sokongan kepada PAS di Sanggang. Antara percakapannya yang dapat didengar semasa hari penamaan calun 21 Mac lalu adalah: "Cuba pergi pastikan siapa yang datang sokong PAS". Inilah dendam kesumat seorang menteri besar terhadap orang PAS.

SERANGAN PAS DARI DUA PENJURU

SANGGANG: Kebijaksanaan pimpinan PAS memilih tempat untuk berhimpun telah memberikan pukulan hebat kepada penyokong Umno kerana PAS mampu melakukan serangan dari dua penjuru berbeza. Himpunan Umno bukan saja terdedah kepada panas matahari di hari penamaan calon itu, dan mereka bukan saja berhadapan dengan penyokong Barisan Alternatif tetapi juga mendapat tentangan lebih kuat dari arah padang. Semangat dan gegaran takbir dan laungan refomasi dari peluhan ribu ahli penyokong PAS serta ahli parti Barisan Alternatif yang lain yang berkumpul di padang ternyata menguasai suasana.

PENGUNDI CINA DAN INDIA BERANI

SANGGANG: Pengundi kalangan Cina dan India bukan saja berani bersama berhimpun dengan Barisan Alternatif tetapi secara terang-terangan telah memegang dan mengibarkan bendera PAS dengan berani. Ini merupakan petanda awal usaha PAS untuk mendapatkan sokongan undi kaum bukan Melayu bagi mencapai kemenangan.

KAIN BATIK DAN WANG RM10

SANGGANG: Ramai yang terkejut bila dua bendera kain batik berkibaran semasa hari penamaan calun Dun Sanggang baru-baru ini kerana menyangka mungkin terdapat sebuah parti bebas ikut menyertai pilihan raya itu. Rupa-rupanya sangkaan orang ramai ternyata silap setelah mengetahui ianya adalah salah satu usaha penyokong PAS menterjemahkan cara golongan tertentu mendapatkan undi, iaitu dengan memberikan kain batik dan wang. Orang ramai termasuk wanita Umno tersenyum dengan sindiran tepat itu.

EXCO NEGERI AKUI PAS MENANG

SANGGANG: Dalam satu pertemuan semasa minum the di Bandar Temerloh setelah penamaan calun, seorang exco kerajaan negeri di utara kemungkinan calun PAS memang. Ketika ditanya pula, berapa banyak jumlah undi yang masih perlu dicari oleh para petugas dari negerinya untuk calon BN, beliau berkata, "masih tidak tahu lagi." Beliau juga berkata, petugas dari negerinya yang dihebohkan akan datang seramai 5,000 orang hanya mampu datang sebanyak tiga bas saja di samping beberapa kereta.