ENGLISH MALAY (translated by Ali Zulfakar)
Group of Western Christians apologize for Crusades


May 2, 1999 

(source: http://cnn.com/WORLD/meast/9905/02/BC-Israel-Crusades.ap/)

 
JERUSALEM (AP) -- Nine centuries after Christian Europe sought to redeem the Holy Land, a group of Western Christians is seeking forgiveness for the slaughter and destruction left in the Crusaders' wake. 

Bearing printed apologies in Arabic, Hebrew and English, the participants in the "Reconciliation March" said Sunday they planned to hand the neatly bound plastic folders to Jews, Muslims, and Eastern Christians whose forefathers were killed during the invasion. 

About 50 members of the interdenominational project from the United States, Europe, Australia, and New Zealand are meeting Israelis and Palestinians in cities throughout the region. 

"Exactly 900 years ago Christians visited this land with a sword and a spirit of vengeance in a manner contrary to teachings and character of Jesus," said Mike Niebur, the group's Israel coordinator. 

Group members, who pay their own expenses, have visited Jewish communities along the Rhine Valley and towns in Lebanon and Turkey in their search for forgiveness. 

Crusaders marching through the Rhine Valley slaughtered Jews who refused to convert to Christianity and left a similar wake of destruction in Eastern Orthodox and Muslim centers along the way to their goal of liberating the region where Jesus lived from non-Christian rulers. 

The Crusaders were urged forward by Roman Catholic leaders longing for the jewel of Jerusalem -- and seeking to consolidate recent political gains in Europe. 

Organizers at the press conference displayed T-shirts depicting the march of the original crusaders as a jagged red line cutting through the heart of Europe and the Middle East. 

The group's trip will culminate on July 15 when up to 1,500 participants travel by foot from a Crusader fortress in northern Israel to Jerusalem to apologize to religious leaders on the 900th anniversary of the fall of the city to the Crusaders. 

Niebur said that the imprint of distrust and violence perpetuated by the memory of the Crusades can be traced through the Spanish Inquisition and even the Holocaust. 

"We hope we will start to end that legacy and start on a new track," said Niebur, a native of San Francisco. 

Members of the group said they see a direct link between the Crusades and the relationship between the East and West today. 

Niebur cited apocalyptic Christian groups who have unsettled Jews and Arabs in the region, and said such apocalyptic outlooks mirror those of the Crusaders. 

"We have a similar situation developing today with the turn of the millennium," he said. "We want to say that that was not really what Jesus' message was about." 

In January, Israel expelled a group of U.S. millennialists authorities believed were planning violent acts in Jerusalem to hasten the Second Coming. 

The project began in Cologne, Germany, in 1996. 

Niebur said the reception has been positive. He recalled a phone call to a Jewish community in the Rhine Valley. An organizer told the community leaders that the marchers were running a little late. 

"The Jewish community responded, 'We've waited 900 years, we can wait one more hour,"' he said.

Sekumpulan Penganut Kristian Barat Meminta Maaf atas Perbuatan Pejuang Perang Salib

2 Mei 1999


sumber:
http://cnn.com/WORLD/meast/9905/02/BC-Israel-Crusades.ap/


JERUSALEM(AP)—Sembilan abad selepas orang Kristian Eropah melaksanakan keputusan mereka untuk mendapatkan kembali “Tanah Suci” , sekumpulan penganut Kristian Barat sedang memohon kemaafan di atas segala penyembelihan dan kemusnahan yang disebabkan pejuang Perang Salib.

Permohonan maaf itu dicetak di dalam bahasa Arab , Hebrew  dan Inggeris.Pada hari Ahad, peserta-peserta “Perbarisan Perdamaian” berkata bahawa mereka merancang untuk menyerahkan permohonan maaf itu (yang ditutup kemas dengan penutup plastik) kepada orang Yahudi, orang Islam dan penganut Kristian di sebelah Timur di mana nenek moyang mereka telah terbunuh semasa penakhlukan itu.

Kira-kira 50 ahli dari projek yang melibatkan beberapa negara itu( Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealend ) sedang berjumpa dengan orang Palestin dan Israel di bandar-bandar di seluruh rantau itu.

“900 tahun dahulu, orang Kristian ‘melawat’ ke sini dengan bersenjatakan pedang  dan dengan semangat untuk membalas dendam dalam keadaan yang bertentangan dengan ajaran dan perwatakan Nabi Isa,” kata Mike Niebur, penyelaras Israel kumpulan itu.

Ahli kumpulan yang membayar sendiri segala perbelanjaan mereka itu telah melawat komuniti orang Yahudi , di sepanjang Lembah Rhine. Mereka juga telah melawat pekan-pekan di Lebanon dan Turki dalam usaha mereka untuk mendapatkan kemaafan.

Pejuang Perang Salib telah berarak menuju Lembah Rhine telah menyembelih orang Yahudi yang tidak tunduk kepada paksaan mereka untuk menukar agama kepada agama Kristian.Keadaan yang serupa juga telah berlaku di kawasan orang Islam dan orang Kristian Ortodoks Timur.Ini dilakukan agar ianya selaras dengan matlamat mereka untuk untuk membebaskan rantau di mana Nabi Isa hidup di kalangan pemerintah yang tidak beragama Kristian.

 Pejuang Perang Salib telah didorong dengan kuat oleh pemimpin-pemimpin Roman Katolik yang telah lama mengidamkan Jerusalem—dan seterusnya melengkapkan kejayaan mereka yang telah mendapatkan keuntungan politik di 
Eropah.

Semasa sidang akhbar, penganjur telah mempamerkan kemeja T yang menggambarkan perarakan pejuang Perang Salib yang asal sebagai garis merah terputus-putus. Garis itu memotong pertengahan Eropah dan Asia Barat.

Perjalanan kumpulan itu akan sampai ke kemuncaknya pada pada 15 Julai apabila 1500 peserta akan berjalan kaki dari sebuah kubu pejuang Perang Salib di utara Israel ke Jerusalem untuk meminta maaf kepada pemimpin-pemimpin agama pada ulangtahun ke-900 kejatuhan bandar itu ke tangan pejuang Perang Salib.

Niebur berkata mendalamnya perasaan syak wasangka dan  kezaliman yang telah dilakukan oleh pejuang Perang Salib boleh dikesan melalui Penyelidikan Sepanyol dan juga Holocaust.

“Kita berharap agar kita dapat memulakan usaha untuk menamatkan kesinambungan itu dan memulakan perhubungan yang baru ,” kata Niebur, seorang penduduk asal San Francisco.

Ahli-ahli perkumpulan itu berkata bahawa mereka dapat melihat perkaitan langsung di antara pejuang Salib dengan perhubungan Timur-Barat pada masa kini.

Niebur memberi contoh penganut Kristian yang mengamalkan ajaran di dalam New Testament (apocalyptic) yang hidup bersama orang Arab dan Yahudi di rantau mereka.Sifat ini sememangnya berlainan dengan sifat pejuang Perang Salib.

“Situasi yang sama juga sedang berkembang apakala kita semakin hampir untuk melangkah ke milenia seterusnya ,” ujar beliau. “ Kita ingin menyampaikan bahwa yang demikian (perbuatan pejuang Perang Salib) bertentangan dengan ajaran Nabi Isa.”

Pada Januari lepas, kerajaan Israel telah menghalau sekumpulan autoriti milenia dari Amerika Syarikat.Mereka percaya kumpulan itu sedang merancang untuk melakukan kezaliman di Jerusalem demi mempercepatkan Kedatangan Kedua(Second Coming).

Projek berkenaan bermula di Cologne,Jerman pada 1996.

Niebur berkata bahwa setakat ini, sambutan terhadap projek mereka adalah positif.Dia teringat kepada panggilan telefon kepada sebuah komuniti  Yahudi di Lembah Rhine. Seorang penganjur memberitahu pemimpin-pemimpin komuniti tersebut bahwa peserta-peserta perarakan tersebut mungkin akan lewat sedikit.

“Kami telah menunggu selama 900 tahun.Maka, apa bezanya menunggu lagi selama 1 jam,” ujar komuniti Yahudi tesebut.