Millennium Planting:
Suatu Tindakan Hangat-Hangat Tahi Ayam
Pemantau Danga Bay atau Danga Bay Watch (DBW) berasa kesal terhadap
keikhlasan Kerajaan Malaysia, khasnya kerajaan Negeri Johor dalam usaha
pemeliharaan alam sekitar selama ini. Kempen penanaman pokok atau "Millennium
Planting" yang dilancarkan baru-baru ini semata-mata suatu taktik yang simbolik.
Kempen tersebut juga dilaporkan berjaya memperbaharui rekod Malaysia
menerusi penanaman 100,000 pohon pokok dalam masa seminit manakala 11,500
pohon pokok di negeri Johor.
Kerajaan Negeri Johor selama ini tidak pernah
bersungguh-sungguh dalam usaha pemeliharaan hutan
tetapi lebih berminat untuk menghapuskan hutan atas
nama pembangunan. Program ini sepatutnya dijalankan
berdasarkan kesungguhan kerajaan dalam usaha
menekankan kepentingan pembangunan yang berterusan
(Sustainable Development). Namun, memang jelas
bahawa kerajaan negeri Johor telah gagal menunjukkan
keikhlasan tersebut tetapi semata-mata untuk memecah
rekod penanaman pokok terpantas dalam negeri.
DBW berpendapat bahawa tindakan kerajaan negeri Johor
hanyalah untuk tujuan propaganda politik tanpa apa-apa
komitmen yang konkrit dalam usaha pemuliharaan alam semula jadi. Sesungguhnya tindakan
kerajaan negeri selama ini menerbang hutan-hutan yang luas di sekitar negeri Johor telah
melumpuhkan keyakinan kami terhadap keikhlasan kerajaan negeri Johor dalam pemeliharaan
hutan.
Di antara kawasan-kawasan yang telah menjadi mangsa akibat
"keghirahan pembangunan" kerajaan negeri Johor termasuk
kawasan hutan paya bakau di sekitar kawasan Projek Danga Bay
serta kawasan hutan simpan tropikal di Hutan Sedenak dan Hutan
Air Hitam.
Projek peluasan lebuhraya Senai-Johor Bahru baru-baru ini juga
membabitkan penerbangan pokok dalam bilangan yang besar.
Padahal pihak kerajaan negeri boleh menggunakan teknologi
pemidahan pokok yang lebih "environmental friendly" dan kos
efektif.
DBW berasa bimbang terhadap sikap dan semangat cinta alam yang
begitu rendah di kalangan pentadbir kerajaan negeri Johor dan
justeru itu berpendapat bahawa kesedaran ini perlu dipertingkatkan
lagi. Sebenarnya alam semulajadi lebih memerlukan pemeliharaan
dan penjagaan yang rapi oleh pihak yang berkuasa daripada
melancarkan kempen penanaman semula selepas proses penerbangan pokok yang berleluasa, bak
pepatah Melayu "kesal dahulu berpendapat, kesal kemudian tidak berguna".
Usaha pemeliharaan alam semula jadi hanya akan membawa kesan
dengan adanya usaha yang berterusan dan terancang. Anggapan
bahawa tindakan penanamam pokok kali ini dapat memulihkan
pemusnahan sebelum ini adalah tidak diterima akal langsung
kerana bilangan pokok-pokok yang ditanam dalam masa seminit ini
tidak sepadan dengan keluasan hutan semula jadi yang sudah
termusnah sebelum ini.
Kerajaan negeri Johor bukan sahaja mengabaikan pemeliharaan
hutan semula jadi yang sedia ada malahan telah memusnahkan
secara besar-besaran untuk tujuan pembangunan yang mewah
seperti Projek Mega Danga Bay. Ini diikuti pula dengan
perbelanjaan yang besar untuk kempen penanaman pokok semula.
Tindakan seperti ini bukan sahaja kurang bijak malah juga
membazir wang seluruh rakyat Johor sebagai pembayar cukai.
Selain itu, DBW juga mendapati Kempen Penanaman Pokok Alaf
Baru ini juga tidak disertakan rancangan jangka panjang yang rapi
dan berterusan. Ini akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar akibat tiada rancangan
penjagaan pokok yang lebih menyeluruh. Tindakan hangat-hangat tahi ayam ini bukan sahaja
tidak dapat mencapai matlamatnya tetapi dijangka akan memboros wang pembayar cukai.
Sekiranya kerajaan negeri Johor benar-benar mengambil berat tentang pemeliharaan alam
sekitar, maka suatu dasar yang sistematik haruslah dikemukakan dan dibahas secara terbuka
sebelum dilaksanakan.
Akhirnya, pihak DBW mencadangkan kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan satu jawatan
kuasa untuk mengkaji dasar-dasar kerajaan negeri dalam usaha memelihara alam sekitar dan
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya memandangkan Jabatan Alam Sekitar yang sedia
ada tidak dapat berfungsi. Selain itu, DBW juga mendesak kerajaan negeri Johor supaya segera
memberhentikan tindakan penebangan hutan paya bakau di sekitar kawasan Danga Bay bagi
membuktikan keikhlasan dan keberkesanan kerajaan negeri Johor dalam usaha pemeliharaan alam
sekitar.
Pemantau Danga Bay terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
pertubuhan pelajar yang mengambilan berat tentang pemeliharaan alam sekitar dan
menggalakkan pembangunan secara berterusan(Sustainable Development). Tujuan utama
penubuhan DBW adalah untuk membantah pelaksanaan projek mewah Danga Bay kerana projek
ini menyebabkan pemusnahan yang teruk terhadap hutan simpanan jenis paya bakau dan
pengusiran masyarakat setempat yang terdiri peneroka bandar dan Orang Seletar (Orang Laut).
DBW bukanlah suatu pertubuhan yang anti-pembangunan tetapi menekankan pembangunan yang
seimbang dan berterusan demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Johor.
Disediakan oleh,
EUGENE TAN
Sekretariat DBW (607-5211951)