DARI AS-SABEEL
OLEH: YUSUF AL-AZM Ketika era 60an, saya adalah merupakan salah seorang anggota di Seminar antarabangsa pemuda islam di Riyadh, Saudi. Seminar ini dianjur oleh bekas pelajar -pelajar Saudi lepasan dari pelbagai universiti di Amerika Syarikat. Saya adalah merupakan wakil pemuda Islam untuk dunia arab manakala Anuar Ibrahim telah mewakili pemuda Islam Asia Tenggara dan ramai lagi peserta yang mewakili pemuda Islam Afrika, Amerika, Eropah dan lain-lain. Anuar Ibrahim ketika itu adalah merupakan ketua kumpulan pemuda islam di Malaysia yang lebih dikenali sebagai ABIM yang telah disertai oleh puluhan ribu rakyat malaysia terutama sekali dikawasan ibu negara Kuala Lumpur. Beliau telah membimbing pemuda-pemuda tersebut dan membawa mereka kearah kebaikan kepada bangsa dan juga kemakmuran negara. Saya telah berjumpa dengan Anuar beberapa kali. Sekali di Riyadh dan sekali di Malaysia yang mana beliau telah menjemput kami makan malam dirumahnya yang cantik tapi sederhana. Selepas makan malam kami telah berbincang tentang hal ehwal Seminar Antarabangsa yang berkaitan dengan kawasan-kawasan yang diwakili oleh peserta. Hari demi hari bertambahlah aktiviti Anuar dan pengikutnya yang menyokong teguh dibelakangnya. Ketika itu, sistem pemerintahan di Malaysia yang menghadapi cabaran kekuatan Islam dari beberapa parti pembangkang yang mempunyai pengaruh dan mungkin akan dapat merampas teraju kerajaan telah meyebabkan kebimbangan perdana menteri ketika itu. Perdana Menteri ketika itu ialah Mahadhir Muhammad adalah seorang ahli politik yang bijak. Beliau telah memujuk Anuar Ibrahim yang menjadi presiden ABIM yang merupakan antara gerakan Islam yang berpengaruh ketika itu agar menyertai kerajaan dan diberi padanya kedudukan sebagai timbalan perdana menteri.. Anuar telah menerima tawaran tersebut dan telah jatuh kedalam perangkap dimana beliau telah menyertai kerajaan dan telah memecah belahkan saf-saf islam yang selama ini bersatu teguh. Kemudiannya beliau telah diberi jawatan Menteri kewangan sehinggalah timbulnya krisis ekonomi yang melanda Malaysia dimana Mahathir telah menuduh menteri kewangan sebagai tidak pandai mengurus hal ehwal ekonomi sehingga membawa kepada krisis ekonomi yang meruncing didalam negara yang telah melumpuhkan banyak agensi perniagaan. Perdana Menteri tidak berhenti setakat itu sahaja, malah telah memecat Anuar dari kementerian dan telah memasukkannya didalam penjara agar perkara ini menjadi buah mulut rakyat dan menjadi bahan media massa antarabangsa. Tidak cukup dengan itu, perdana menteri telah cuba mencemar nama baik Anuar dari segi peribadi dan akhlak. Persoalan sekarang ditujukan kepada perdana Menteri Mahadhir muhammad: Mengapakah kamu tidak jumpai di Malaysia orang yang rosak akhlak dan kotor selain lelaki ini, kalaulah kamu dari pihak yang benar sebagaimana yang kamu dakwa ???? Beginilah gemerlapnya bintang Anuar semenjak beberapa tahun yang kemudiannya semakin pudar setelah berkompromi dengan kerajaan yang mana beliau telah ditipu dan dipermainkan oleh mereka yang ingin menjatuhkannya.. Pada pandangan saya, masalah di Malaysia ini tidak ajan terhenti begitu sahaja kerana Anuar mempunyai pengikut yang ramai yang tidak akan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja bahkan mereka akan berusaha untuk mengembalikan beliau kepada sinar-sinar yang dapat memainkan peranan dalam menetukan masa depan Malaysia. Dipetik dari majalah As-Sabeel (Majalah Mingguan Ikhwan Muslimin Jordan) |