SENJATA KIMIA DI ISRAEL

 

Kilang Pengeluar Racun Pembunuh Khalid Masy'al membekal Bahan Kimia Ke Atas Ketenteraan Israel

Sumber Ketenteraan Istrael telah membongkar berita bahawa pesawat-pesawat pejuang Israel yang dilengkapi dengan peralatan yang membolehknya membawa senjata kimia dan biologi. Pemasangan senjata kimia tersebut telah dilakukan di sebuah pusat penyelidikan yang diletakkan di bawah rahsia tertinggi (top-secret) kerajaan berhampiran dengan bandar Tel Aviv

Sumber-sumber tersebut juga melaporkan bahawa krew-krew pesawat pejuangan F-16 telah diberi latihan bagi menyesuiakan diri dengn penggunaan senjata kimia dan biologi itu sebaik sahaja menerima perintah perang.

Senjata-senjata kimia ini telah dikilangkan disebuah pusat penyelidikan biologi di sekitar Benz Zeunna, lebih kurang 12 batu dari Tel Aviv. Pusat Penyelidikan tersebut telah menjadi topik perbincangan yang kurang menyenangkan minggu lepas berikutan satu laporan yang telah di sahkan oleh pihak berkuasa Holland mengenai pembekalan 42 galen bahan kimia yang di namakan DMMP dari kilang tersebut kedalam sebuah pesawat 747-200. Pesawat tersebut walaubagaimanapun telah terhemaps dan melanggar rumah-rumah orang awam setelah ia berlepas dari Amsterdam 6 tahun lepas dimana kejadian tersebut telah membawa maut kepada 4 anak kapal dan 39 orang awam.

Bahan kimia ini digunakan untuk menghasilkan gas urat saraf (sharin) manakala penduduk tempatan yang berhampiran kejadian ngeri itu masih lagi mengadu mengenai masalah kesihatan kesan daripada kejadian itu.

Pusat penyelidikan itu tdak hanya mengeluarkan senjata biologi bagi tujuan penggunaan bahan letupan saja, malah ianya juga menghasilkan racun yang telah digunakan dalam percubaan membunuh Khalid Masyaal, salah seorang pemimpin gerakan HAMAS tahun lepas.

Percubaan membunuh tersebut dilakukan salah seorang perisik Israel dengan merenjis bahan cecair beracun kedalam telinga Khled Masy'al ketikan ketibaan beliau di pejabatnya di Amman (Jordan). Sekiranya tiada tindakan pantas dari salah seorang pengiring beliau menahan penjenayah tersebut besar kemungkinan bahan kimia tersebut akan menyebabkan kematian Khaled Masy'al.

Ekoran dari peristiwa itu, pusat penyelidikan yang berkenaan terpaksa mengahasilkan pula ubat penawar racun tersebut diatas kecaman dari kerajaan Jordan.

Negara Mesir, Libya, Syiria dan Iran telah melemparkan tuduhan keatas Israel terhadap tindakannya memperluaskan penggunaan senjata kimia dan biologi, walau bagaimanaa pun pihak Israel tetap menafikan tuduhan yang mengatakan mereka mempunyai rancangan khas bagi memperluaskan bagi penggunaan senjata pemusnah seperti ini.

Nagara Yahudi itu telah diletakkan dibawah badan kawalan yang menghalang sama sekali sesebuah negara daripada memperluaskan, mengeluar, menyimpan atau menggunakan senjata seumpama itu. Tetapi mereka telah menafikan kenyataan tersebut.

Seorang pakar ilmu Biologi yang telah banyak membuat risikan terhadap negara Israel telah melaporkan semua jenis senjata kimia yang dikenal pasti ataupun tidak, kesemuanya telah direka cipta oleh pusat penyelidikan berkenaan.

Pusat penyelidikan itu merupakan salah satu daripada tempat-tempat rahsia di Israel yang telah ditubuhkan sejak tahun 1952. Pada awalnya pusat tersebut hanya sebuah bangunan saja yang telah dibina secara tersembunyi di sebuah ladang limau. Namun kini kawasan itu telah mencapai keluasan sekitar 5 ekar dan di kelilingi oleh dinding simen bersenjata setinggi 7 kaki, serta dilengkapi diatasnya dengan alat pengesan yang boleh menentukan kawasan yang dicerobohi dengan tepat. Apa yang anehnya kawasan dan bangunan pusat penyelidikan tersebut tidak dipetakan sama sekali didalam peta tinjauan muka bumi ataupun peta udara.

Maklumat-maklumat rasmi yang diselewengkan berkaitan dengan kegiatan pusat penyelidikan yang merbahaya ini melaporkan bahawa hanyalah merupakan sebuah pusat yang dipercayai memberi perkhidmatan bagi kementerian pertahanan serta mengeluarkan bahan-bahan kimia bagi tujuan pertanian dan kegunaan penyelidikan pertubuhan-pertubuhan.

Berikutan dari berita tentang bahayanya bahan beracun keatas kawasan persekitaran , anggota-anggota majlis hubungan luar di sebuah gereja Yahudi telah memohon untuk membuat lawatan ke makmal Pusat penyelidikan berkenaan, tetapi malangnya permohonan tersebut ditolak.

Dato' bandar Benz Zeunna pula telah mendapat keputusan sementara dari pihak mahkamah minggu lepas bagi membekukan projek perluasan pusat penyelidikan tersebut kepada 14 ekar. Ini susulan dari kejadian yang telah letupan yang telah meragut nyawa 6 orang pekerja di pusat penyelidikan itu. Namun sehingga kini laporan lengkap tentang tragedi berkenaan masih menjadi satu misteri di atas sebab-sebab kawalan ketenteraan

Ar-Ra'yy akhbar harian Jordan

Terjemahan oleh: syanora@usa.net