![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum..... saya ada masalah...masalah saya ialah muka saya tidak hensem, sesetengah kawan saya cakap buruk!!!dan saya ade tahi lalat yang agak menonjol di tengah dahi dan gigi saya tidak rata.. namun begitu,saye bersyukur dengan ape yang saye ade....cuma kekurangan ini menyebabkan saye tidak disukai oleh orang lain..maksud saye mereka menjauhi saye......kadang-kadang saya mengalami tekanan jiwa dan tidak yakin pade diri sendiri.... ape perlu saye buat???bantulah saye dalam menghadapi kehidupan ini...... terimakasih.. Hamba Allah |
|
Jawapan : |
Saidina Ali, pernah berkata: Sesungguhnya apa yang telah belaku itu adalah satu kebaikan'. Dan Allah Ta'ala mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian sebagaimana firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya kami mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian -surah al-Jin ayat: 4. Walau apa keadaan sekalipun, kita selaku hamba Nya haruslah mensyukuri di atas nikmat yang telah dilimpahkan ke atas kita. Allah Ta'ala di dalam Al Quran mencabar manusia bahawa manusia pada hakikatnya tidak termampu untuk menghitung nikamat yang telah dicurahkan olleh Allah kepada hambanya. Sebenarnya rupa paras bukannya ukuran di sisi Allah Ta'ala. Dan ianya lebih berupa ujian kepada seseorang marilah sama-sama kita merenung kisah Nabi Yusuf a.s. yang disebut oleh Allah dalam Al Quran. Digambarkan bahwa Nabi Yusuf merupakan seorang yang kacak dan tidak ada tolak bandingnya di ketika itu. Rupanya yang kacak telah menjadi fitnah baginya di mana baginda digoda oleh isteri menteri yang juga ibu angkatnya. Tetapi Allah Ta'ala menjaganya daripada sebarang fitnah. Manusia pada hakikatnya bukan milik dirinya. Malah semua makhluk adalah milikAllah. Kita telah diamanahkan oleh Allah dengan menjadikan manusia dari dua unsur iaitu roh dan jasad. Atas dasar apa kita nak berbangga dengan fizikal kita sedangkan ianya adalah barang pinjaman yang harus dipulangkan pada akhirnya. Sebagai contoh yang mudah si A meminjam motosikal Harley Davidson denga si B. Adakah patut si A berbangga dengan motosikal tersebut dan mengaku bahawa motosikal tersebut adalah miliknya? Begitu juga dengan manusia, jasadnya adalah pinjaman yang Allah berikan kepada hambaNya supaya hamba-hambaNya memanipulasikan tubuh badannya ke arah pengabdian kepadaNya. sebagaimana firman Allah yang bermaksud : Allah tidak mencipta manusia kecuali untuk pengabdian kepada Ku.- surah al-Zariyat: 56. Apa yang dillihat oleh Allah adalah rohnya. Apabila seseorang telah meniggal dunia , maka jasadnya akan dikebumikan dan lama kelamaan akan reput bersama-sama tanah . Roh inilah yang akan dihisab oleh Allah Ta'ala. Sebab itulah seorang tokoh sufi yang bernama Fudhail bin I'yad berkata: Apabila kamu melihat manusia berlumba-lumba menghiasi diri mereka dengan perhiasan zahir badan mereka maka kamu bersegera menghiaskan diri kamu dengan perhiasan dalaman(hati). Islam tidak membezakan di antara manusia kecuali dengan ketakwaan. Sebagaiman firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Ku adalah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. Masalah rupa paras bukan agenda utama dalam dairi seorang muslim. Seorang muslim yang sejati seharusnya meletakkan agenda utama dalam dirinya untuk mencari keredhaan Allah dengan mengisi waktunya dengan pencarian ilmu dan pembudayaan ilmu dalam diri agar kita menjadi muslim yang sejati. Kita di akhir zaman ini telah tertipu dengan kehidupan duniawi yang bersifat sementara sehingga kita menjadikan perkara yang remeh suatu yang perlu kepada perbincangan dan penelitian. Sedangkan umat Islam sejagat telah dihina dan dimaki, sepatutnya isu ini yang diperbincangkan. Masyarakat barat telah mempelopori kehidupan sekular yang hanya mementingkan keduniaan. Oleh itu agenda hidup mereka tertumpu kepada kesenangan hidup, kemewahan, kejelitaan, kekacakan dan keseronokan. Janganlah kita tertipu dengan gaya hidup mereka yang kononya canggih. Biarlah kita hidup dengan budaya Islam yang bukan berorentasikan aspek luaran sahaja bahkan yang paling utama aspek dalaman(rohani). Di sana Rasulallah telah bersabda yang mafhumnya: Sesungguhnyadalam tubuh manusia ada seketul daging sekiranya ianya elok maka seluruh tubuhnya berada dalam keadaan elok dan sekiranya iananya rosak, rosaklah seluruh tubuhnya, ia adalah hati. Kalau hati seorang hamba sentiasa dihiasi dengan mengingati Allah, membaca Al Quran, berzikir, nescaya kesan daripadanya akan terpancar cahaya menambahkan lagi seri muka. Cuba kita tengok kepada tok-tok guru di Malaysia walaupun kadang-kadang usia mereka telah lanjut dan kekadang juga mereka bukan tergolong daripada mereka yang kacak tetapi seri wajah mereka bercahaya sehinggakan ulama menyebut bahawa pandangan mata kita terhadap ulama merupakan satu ibadat. Perkara ini mengingatkan saya kepad kisah Islamnya seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Salam. Beliau berketurunan Yahudi Madinah, sahabat tadi telah ternampak Rasulullah seraya berkata: Apabila aku melihat wajahnya untuk pertama kali aku yakin daripada wajahnya, baginda bukan seorang yang pembohong. Begitu juga sahabat Bilal bin Rabah merupakan seorang yang berketurunan Habasyi, berkulit hitam dan disiksa oleh kafir Quraisy, beliau dipandang tinggi kerana pengaruhnya yang kuat dengan Islam. Manakala Saidina Ali dicerikan bahawa beliau mempunyai tubuh yang pendek dan berkepala besar sehinggakan Fatimah pada mulanya enggan berkahwin dengan Saidina Ali tetapi akhirnya mereka berkahwin atas arahan Rasulullah. Walaupun berkeadaan demikian tetapi mereka adalah tokoh pejuang Islam dan nama mereka sentiasa dijulang higga ke hari kiamat. Kalau kita dengan Allah Ta'ala dengan ertikata yang sebenar, pastinya Allah Ta'ala akan membuka hati-hati penghuni bumi dan penghuni langit agar menyukai kita sebagaimana mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari. Nasihat saya, saudara jangan ambil hal sangat tentang persoalan ini, sesungguhnya percayalah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah lebih mengetahui daripada kita. Setiap apa yang diciptakanNya terselit di sana hikmah yang tidak dapat kita selami dengan mata kasar. Dan Allah Ta'ala menghendaki dan mencipta saudara sepertimana saudara sekarang merupakan yang terbaik buat saudara. Cuba bayangkan, kalau ditaqdirkan saudara dilahirkan dengan rupa paras yang kacak tetapi saudara lahir dalam keluarga yang beragama Kristian, apa ertinya rupa paras yang kacak. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang ada lebih-lebih lagi nikmat Iman dan Islam. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: Sekiranya kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan lagi nikmat ke atas kamu. Wallahua'lam. |