![]()
|
|
Soalan : |
Bagaimana tingkahlaku yang terbaik bagi setiap suami dan isteri dalam memainkan peranan masing-masing mengikut ajaran islam Alamat Email: zzrubie68@yahoo.com Nama:Ziela |
|
Jawapan : |
Di dalam ajaran Islam, hubungan antara suami isteri diatur oleh sesuatu peraturan khusus, kerana hubungan suami isteri merupakan unsur pembinaan yang penting dalam masyarakat dan paling besar pengaruhnya terhadap pembangunan bangsa. Islam memberikan perhatian kepada ikatan rumahtangga ini dengan menetapkan peraturan, tingkah laku yang berlandaskan syariat sehingga ikatan perkahwinan itu dapat berdiri teguh dan kuat. Merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan mengenai tingkahlaku yang terbaik bagi setiap suami dan isteri, di sini suka saya tegaskan bahawa semua ajaran Islam yang ada hubungan dengan akhlak adalah perlu ada dalam meneruskan kehidupan berumahtangga. Tidak kiralah ajaran tersebut dikhususkan terhadap perkara-perkara yang melibatkan hati, tingkah laku ataupun percakapan. Walaubagaimanapun secara khsusnya pasangan suami isteri perlu memahami dan merealisasikan perkara-perkara berikut: a)Tugas mendididk dan membimbing isteri adalah wajib (aini), iaitu; tugas yang perlu dijalankan oleh suami secara individu. b)Suami perlu berkelakuan baik terhadap isteri dalam ertikata yang lain, suami perlu beusaha merealisasikan tiga noktah berikut: 1) 'Al-Sukun', iaitu berusaha menjinak isteri dengan cara meyakin diri dan pasangannya bahawa suaminya jujur dan ikhlas pada dirinya untuk itu suami wajib menjaga segala tutur bicara, perlakuan dan tindakan agar hubungan dengan isterinya sentiasa baik, rapat dan mesra. Segala keraguan dijelaskan dengan penuh kejujuran dan kebijaksanaaan serta mengambil kira latar belakang isteri dari sudut tabiat semula jadi kaum wanita seperti cemburu, degil, sensitif dan lain-lain. 2) 'Al-mawaddah' iaitu penguasaan jiwa isteri melalui kejayaan suami membuktikan daya cintanya terhadap diri isteri. Kejayaannya dalam hal ini menambat hati dan jiwa isteri agar mudah dan senang mematuhi suami. Ini membantu proses pendidikan dan bimbingan yang wajib dijalankan ke atas isteri. 3) 'Al-rahmah' iaitu, keupayaan suami menunjukan dengan ikhlas rasa belas kasihan, rasa simpati dan bertimbang rasa ketika isteri berkeadaan memerlukan demikian. Isteri hendaklah selalu memberi pesanan kepada suami dengan tidak menunjuk-nunjuknya yang wanita lebih tahu atau lebih pandai. Di samping mencari waktu dan cara yang terbaik dalam memberi pesanan atau nasihat. Saling maaf memaaf antara suami isteri adalah suatu yang digalak oleh Islam kerana setiap daripada kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan. |