KEHILANGAN ANAK

Soalan :

Doktor yang saya hormati,.

Untuk pengetahuan Dr., saya baru saja kehilangan anak saya yangpertama pada 9.7.98 dan ianya begitu menyedihkan saya. Saya ingin mengetahui kehidupannya sekarang di alam barzah tetapi tak banyak buku yang adamengenai alam barzah kanak-kanak kebanyakannya mengenai oraang dewasa.

Sebagai seorang ibu yang telah melahirkannya, saya ingin nak mengetahui bagaimana keadaannya sekarang? Disebabkan dia meninggal dunia kerana sakit adakah dia sakit lagi? Bagaimanakan kehidupannya? Adakah dia makan dan minum? Adakah dia semakin membesar? Ingatkah dia pada saya ibunya?

Kalaulah ada apa-apa buku ataupun pengetahuan mengenainya boleh tak senaraikan nama buku berkenaan dengan pengarangnya?

Saya menerima qada' dan qadar yang telah tertulis untuk saya ....tinggalnya sebagai seorang ibu kesedihan itu tidak dapat saya selindungkan atau berpura-pura redha.. Bagaimanakah dapat saya memberitahunya bahawa saya sentiasa mengingatinya?

Saya sentiasa rasa sedih dan macam-macam rasa yang sukar nak saya tuliskan mungkin kerana hati yang tidak tenang, bagaimanakah untuk mengubati jiwa saya yang tidak tenang ini.

Saya sentiasa teringatkannya, apakah doa yang dapat saya baca bagi menenangkan hati ini? Di rumah saya selalu menyebutnya. Nama arwah Muhammad Aiman. Bolehkah kita menyebut nama arwah yang telah meninggal dunia?

Betulke dalam buku-buku ada bercerita mengenai roh yang balik kerumah

pada malam Jumaat iaitu hari khamis(malam)? Tiap-tiap malam Jumaat ke roh arwah balik? Satu lagi betulke pada tiap-tiap hari Jumaat roh berada diatas kuburannya menanti ahli keluarganya menziarahi kubur?

Saya menunggu jawapan dari doktor mudah-mudahn tenang hati yang sedihini.

terima kasih.

Ibu Yang Sedih


Jawapan :

Saya amat bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh ibu. Bersabarlah, kerana kerana sabar itu separuh daripada iman. Kadangkala ujian Allah untuk menguji iman hambanya adalah terlalu berat. Namun sekiranya kita menerima ketentuan qadak dan wadr dengan tenang disamping taat menjalankan perintah Allah, maka Allah akan mengangkat darjat sesorang disisinya. Kemungkinana Allah akan menggangtikan yang lebih baik lagi daripada apa yang kita perolehi sekarang. Pesana saya, perbanyakkan bersabar, kuatkan tawakkal kepada yang maha Esa serta berusaha. Insya Allah saya doakan ibu akan memperolehi yang terbaik lagi . Amiin.

 

Kehidupan di alam barxakh adalah satu kehidupan alam ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan apa yang dinyatakan didalam AL-Quraan dan Sunnah Rasulullah. Kehidupan alam ini juga berbeza denga kehidupan duniawi. Sebagai contoh,mereka yang bertakwa, walaupun didunia nampak susah dan sebagainya namun diakhirat sana ianya akan berubah denga kehidupan yang penuh nikmat.

 

Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh tidaklah di hisab sepertimana orang dewasa. Ini kerana mereka belum lagi ditaklifkan, malah dikatakann mereka yang meninggala ketika kecil dianggap syahid kecil dan dapat memberi syafaat kepada ahli kelaurganya.

 

Tentang kesedihan, memang tidak dapat lari dari fitrah manusia. Cuma kurangkan sedikit demi sedikit disamping tingkatkan penerimaan wadak dan qadar Allah.

 

Menyebut nama mereka yang telah mati bukanlah satu kesalahan.

 

Persoalan roh balik kerrumah pada tiap-tiap malam jumaat, ulamak ada dua pendapat.satu pendapat tidak mengatakan demikian dengan dalil-dalinnya, dan satu pendapat lagi tidak menyatakan demikian. Namun saya memohon maaf kerana tidak sempat memastikan kebenaran pendapat tersebut.

 

Wallahukalam.