![]()
|
|
Soalan : |
Assalaamualaikum...Saya ada beberapa kemusykilan... 1) Saya adalah seorang lelaki yang telah dilahirkan sebagai seorang lelaki "lembut". Di dalam sepanjang hidup saya, saya telah diejek oleh hampir semua orang yang saya kenal dan pernah di satu ketika dulu saya mempersoalkan tentang kehidupan saya di dunia kepada Tuhan Yang Maha Penyayang. Mengapa saya dilahirkan hanya untuk dihina oleh orang lain??? Tetapi di sepanjang hidup saya juga saya telah ditunjukkan oleh Yang Maha Esa bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang dan saya bersyukur kepada apa yang telah dikurniakannya kepada saya. Saya sedar bahawa dia telah mengurniakan nikmat yang sangat banyak kepada saya dan keluarga saya, jauh lebih banyak dari ujian yang diberikan. Walaupun kehidupan saya penuh dengan kesusahan di masa lepas (psikologi, kewangan, kemiskinan, dsb) Allah telah mengurniakan pada saya banyak Rahmat. Dengan Rahmat dan rezekinya sayatelah lulus Pengajian Masters in Engineering dan saya sedang mengajar di Universiti. Walaupun ayah saya tiada tapi dia sempat melihat saya lulus dan bekerja membantu keluarga (saya adalah anak sulung). Saya mahukan jawapan dari pihak Tuan tentang kedudukan saya dalam Islam. Saya tidak melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Cuma saya tidak boleh berkelakuan seperti lelaki lain, walaupun saya telah cuba (seperti cara berjalan, bercakap dsb). Saya bolehlah mengawal cara berpakaian sebab itu adalah pilihan. 2) Saya sekarang telah berumur 30 tahun dan belum berkahwin. Saya tidak mempunyai perasaan terhadap wanita dan saya rasa saya tidak boleh menjadi suami yang baik. Apakah saya denga itu telah mengingkari Sunah? Walaupun saya mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis, saya tidak melayan perasaan saya dan setakat ini saya belum lagi melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Saya amat benci pada orang yang mengatakan bahwa Nabi tidak akan mengaku bahawa saya adalah umatnya hanya kerana saya belum berkahwin. 3) Apakah hukuman terhadap orang yang melakukan perbuatan terkutuk Kaum Luth? Apakah nasihat yang boleh saya berikan pada kenalan saya yang sudah terjebak ke alam ini? Sekian, banyak terima kasih. Allah mengasihi semua dan mudah-mudahan Rahmatnya tidak terputus pada kita di dunia dan di akhirat... |
|
Jawapan : |
1. Islam tidak membezakan dengan seseorang lain melainkan ketaqwaan yang dapat meninggikan martabat seseorang. Setiap lelaki atau perempuan yang melakukan ketaqwaan akan dibalas ganjaran yang dijanjikan. Manusia dilahir smaada dianya lelaki atau perempuan. Namun kadang kadang takdir Allah mengatasi segala galanya, seseorang itu dilahirkan dalam keadaan asalnya lelaki tetapi mempunya beberapa sifat keperempuaan. Sifat tersebut kadang kala ianya dapat diubah walaupun ia memakan masa yang lama. Cuma kami mencadangkan jika saudara benar benar mahu berubah, elakkan daripada banyak bergaul - bukan bermusuhan - dengan mereka yang berpewatakkan seperti saudara kerana kebiasaannya mereka yang bersifat lembut ini lebih suka untuk bergaul dengan mereka yang sejenis. Tentang cara berjalan dan percakapan itu, pada pandangan kami ianya adalah merupakan satu tabiat yang dapat diubah tetapi ia memakan masa dan perlu diubah secara beransur. Yang paling penting ialah hati saudara, tanya diri saudara sejauh manakah saudara telah berusaha untuk mengubah sikap ini. Adakah hanya sekadar melepas batuk ditangga ataupun ianya telah dilakukan dengan bersungguh. Saudara janganlah berputus asa kalau sikap saudara tidak berubah dalam sehari dua kerana peubahan sikap ini memakan masa untuk dibiasakan dengan diri kita ini malah ianya mungkin memakan masa berbulan-bulan ataupun tahun. Itu pun kalau saudara melakukannya setiap hari. Cubalah berjalan mengikut cara lelaki ataupun bercakap nada yang agak kasar dalam satu hari atau cuba praktikkan didalam bilik ketika kesorangan dan saudara sendiri boleh menilai prestasi saudara. Pastikan bahawa saudara dapat mengawal diri saudara setiap masa dan kawal perlakuan saudara setiap masa, pastikan setiap gerakan spontan saudara tidak ada unsur-unsur lembut. Satu lagi yang paling penting ialah saudara perlulah mendekatkan diri dengan Allah dengan sentiasa beribadat, solat hajat dan berdoa kepadaNya disetiap malam agar di ubah segala sikap dan sifat buruk yang ada pada saudara disamping saudara berusaha dengan sepenuh hati untuk mengubah apa yang ada pada saudara. Insyaalah sedikit demi sedikit ianya dapat diubah. Di sini kami sertakan doa untuk dibaca selepas solat hajat dua rakaat: ![]() Dan saudara boleh berdoa dengan bahasa melayu apa saja yang saudara mahu. Luahkan semua perasaan saudara pada Allah Taala selepas sembahyang. Yang paling afdhal ialah ketika saudara sembahyang tahajjud diwaktu malam dengan bersendirian. Jangan malu untuk mengadu dan menangis didepan Allah kerana dialah tuhan kita yang menciptakan kita dan berhak keatas kita segala-galanya. Nasib dan qadak-qadar kita adalah ditangannya. Hanya Dialah yang mampu mengubah segalanya. Kami di sini hanya mampu berdoa untuk saudara. Ingatlah bahawa Allah tak akan mensia-siakan permintaan hambanya yang bergantung harap padaNya. 2. Masalah perkahwinan seharusnya anda memikirkan tentang perkara tersebut. Ramai diantara mereka yang bersikap seperti saudara berjaya dalam perkahwinan mereka lebih lebih lagi saudara yang tak lagi melakukan perkara yang tak diingini- Alhamdulillah- . Ini kerana dengan perkahwinan sahaja dapat menjaga saudara daripada terjebak kedalam perkara yang tidak dingini itu. Mengenai anggapan saudara yang tak mampu menjadi suami yang baik, itu adalah sekadar anggapan saudara sahaja, Insyaalah saudara mampu dengan perasaan saudara terhadap wanita, juga Insya Allah akan dapat diwujudkan. Ini kerana fitrah kejadian manusia seprti yang difitrahkan oleh Allah. Lelaki pasti akan tertarik kepada perempuan. Tidak dinafikan bahwa perkahwinan adalah satu sunnah yang mesti diikuti. Mereka yang dapat mengikut sunnah ini dianggap melakukan suatu ibadah yang besar nilainya lebih lebih lagi dalam keadaan saudara yang sebegitu saudara mampu mengukuti sunnah ini.Oleh itu bersusaha lah untuk mengikut sunnah ini. Perkahwinan mempunyai beberapa hukum, antaranya wajib berkahwin. Ketika mana seseorang itu tak mampu menahan syahwat dan berkemampuan serta melepaskan nafsu pada perkara yang diharamkan oleh Allah. 3. Hukum mereka yang melakukan perbuatan terkutuk kaum Luth ( homoseks) telah menjadi perbalahan di kalangan Ulama'. Antara pendapat mereka : a)
dibunuh / pendapat syafie Nasihat yang kami berikan :- a)
Azab yang amat pedih diatas perbuatan mereka / seperti yang diceritakan oleh nabi " biji kemaluannya menjadi besar lebih besar daripada bukit'. b) Dia akan menyeabkan " ketagih " walaupun dia berkahiwn dia tetap akan mahu melakukannya. c) Dari segi kesihatan : C.1) Mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya contohnya AIDS C.2) Bahagian dubur mengembang sehingga kadang adang ia tidk mampu menahan daripada terbuang air besar semasa berjalan. Nasihat terakhir kami buat saudara : Percaya lah kepada kemampuan diri sendiri, hanya kita sendirilah yang berupaya mencorak diri kita. Tanamkan semangat dalam diri AKU BOLEH. Kikiskan sifat pesimis itu jauh-jauh. " Yau Are Smarter Yhan You Think" Sekian terima kasih. |