TAUBAT

Soalan :

assalamualaikum,

Sebenarnya saya nak minta nasihat daripada ustaz tentang masalah saya serta nasihat dan pandangan yang boleh ustaz berikan.

Begini kisahnya.. saya seorang wanita yang berumur bawah 20 tahun tetapi sudah pun berumahtangga dan kini sedang hamil 2 bulan.Saya beerkahwin atas dasar cinta dan keluarga pula merestuinya.Saya selamat bernikah pada 12 september yang lalu.Sekarang ini saya hidup bahagia bersama suami saya walaupun pendapatan kami tak seberapa.Masalah saya sekarang,dulu saya tak memakai tudung, dan tak pernah mengerjakan sembahyang... tapi setelah berkahwin saya ingin berubah kerana tak mahu suami saya membebankan suami saya dengan dosa saya.

Suami saya tak pernh jemu menasihatkan saya untuk bertaubat dan insaf.Jadi atas kesedaran saya pun memakai tudung untuk melindungi dari pandagan orang lain yang bukan muhrim.Masalah saya sekarang ini, saya berasa mata besar untuk mengerjakan sembahyang walaupun saya sedar akan dosa-dosanya, serta balasan diakhirat kelak.

Saya juga sering membaca kisah-kisah teladan untuk saya insaf dan sedar tapi masih tak berkesan juga. Sehingga sekarang saya masih seperti dahulu.Sembahyang tak pernah lengkap.Tolonglah saya ustaz....Adakah pintu taubat sudah tertutup untuk saya atau pintu hati sudah tertutup.atas kesilapan atau dosa-dosa besar yang pernah saya lakukan.Atau saya masih belum mendapat petunjuk atau

hidayah dari Allah.......

Ustaz bantulah saya dalam masalah ini.


Jawapan :

 

Terlebih dahulu diucapkan tahniah atas perkahwinan saudari , semoga bertambah bahagia . saudari adalah seorang yang beruntung kerana mendapat suami yang beriman .

Sembahyang adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam mukallaf (baligh) . Setiap sembahyang yang ditinggalkan samada dengan keuzuran atau dengan sengaja adalah wajib di qadha .

Berhubung dengan persoalan yang saudari hadapi , ingin dinyatakan bahawa sesuatu perkara itu tidak boleh , bahkan tidak mungkin dibuat perubahan sekaligus . Buat masa yang awal ini , saudari perlu cuba untuk bersembahyang lima waktu itu dengan lengkap dahulu , kalau ada yang tertinggal , teruskan qadhanya.

Adapun sembahyang-sembahyang yang sudari telah tinggalkan terdahulu , saudari perlu berazam untuk mengqadhanya nanti bila ada kemampuan dan kelapangan . Apa yang paling penting sekarang , saudari perlu bertaubat untuk tidak meninggalkan sembahyang dari sekarang dan akan datang .

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk setiap hamba walau sebesar mana dosanya selagi nyawa belum sampai ke halkum (nazak) . Jadi perlulah disegerakan taubat itu kerana kita tidak mengetahui jangka hayat kita itu . Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah Taala.