SOALAN
Masalah anak perempuan saya yang berumur 4 tahun. Setiap jam satu malam tiap-tiap hari anak saya akan melondehkan seluarnya ketika dia sedang nyenyak tidur. Walaupun saya memakaikan semula seluarnya dia tetap menanggalkan seluarnya tetapi dia tidak mengalami penyakit kencing malam. Saya menanamkan perasaan malu pada anak-anak saya. Saya tidak tahu samaada masalah ini berkaitan dengan agama atau saikologi.
JAWAPAN :
Berkata Dr. Muhazzibun Nufuus; Waalaukum Salam,
Puan yang dirahmati Allah,
Hikmah masalah :
1 ) Puan seharusnya bersyukur kepada Allah SWT di atas masalah ini. Setiap keburukan dan masalah ada kebaikannya. Allah Taala Maha Mengetahui perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Puan seharusnya tenang dan mengingati Allah selalu. Seorang ibu sangat sayang kepada anaknya. Kalau boleh dia sanggup tidak tidur malam agar anaknya tidak digigit nyamuk. Sebab itu Islam menjadikan perbuatanmenderhakai kedua ibu-bapa salah satu daripada dosa besar. Oleh itu, bersabarlah kerana segala masalah dan keringat yang dihadapi oleh seorang ibu dalam mendidik anak-anaknya akan diganti oleh Allah dengan pahala dan ganjaran yang paling besar di Akhirat nanti, Amin&ldots;.
2 ) Hati seorang ibu yang solehah terlalau sensitif terhadap anak-anaknya. Kalau boleh biarlah dia yang mengahadapi masalah anaknya dan bukannya anaknya, kerana pengorbanan seorang ibu tiada bandingannya. Oelh itu, Islam meningkatkandarjat seorang ibu tiga kali ganda lebih dari seorang ayah.
3 ) Puan seharusnya bersyukur kepada Allah kerana kejadian ini adalah tunjuk awaldaripada Allah agar puan mementingkan pendidikan Islam terhadapanak puan. Kalaulah seorang anak perempuan yang berumur empat tahun terdedah auratnya ketika tidur telah menyebabkan hati seorang ibu yang solehah menjadi gusar,bagaimana pula apabila dia sudah besar nanti? Sudah tentu hatinya semakin gusar. Oleh itu, latihlah anak puan memakai tudung labuh dan jubah muslimah. Barulah mata sejuke memandang dan hati tenang. Insya Allah.
Rawatan masalah anak puan.
1 ) Kemungkinan anak puan berasa rimas disebabkan cuaca panas. Oleh itu, pasangkan kipas angin atau sapukan air pada anggota wuduknya dan bacakan surah al-Fatihah. Anak puan akan sembuh dengan izin dan taufik Allah Taala. Kerana yang menyembuhkan penyakit anak puan adalah Allah Tuhan Sekalian Alam!!!
2 ) Bawa anak puan ke klinik danbuat pemeriksaan doktor. Kemungkianan anak puan mengidapi penyakit kulit yang menyebabkan dia rimas berseluar lalu melondehkan seluarnya. Apabila puan ingin menyapu krim atau ubat yang diberikan oleh doktor, jangan lupa membaca surah al-Fatihah diikuti ayat al-Kursi serta berdoa kepada Allah dengan penuh keiklasan danehambaan agar Allah menyembuhkan penyakit anak puan. Yakinlah dnegan kekuasaan Allah!!!
3 ) Jika anak puan tidak menghadapi sebarang penyakit kulit, perbuatan anak puan adalah perkara biasa dan tabiat normal yang berlaku kepada kanak-kanak. Anak perempuan berusia 4 tahun belum lagi boleh membezakan perkara yang baikdan buruk, halal dan haram. Sebagaimana kanak-kanak kecil yang selalu kencing malam di atas tilam. Perlakuan sebegini akn hilang apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa, begitu juga anak puan. Saya menyarankan pun mengikuti nasihat-nasihat ini.
i ) Apabila anak puan telah bagkit dari tidurnya, datangilah dia dan sebut : "Sayang! Awak tu orang perempuan, tutuplah aurat! Barulah Allah suka!". Ulangkan kata-kataini di telinga anak puan agar dia sentiasa ingat. Memang budak kecil tidak faham apa dia aurat dan apakah dosanya mendedahkan aurat? Tetapi Islam mengajar kita supaya mendidik anak sejak kecil lagi. Yang pentingnya puan pastikan maklumat tersebut lekat di memori anak puan.
ii - Apabila anak puan mencapai umur 7 tahun, pisahkan tempat tidur diantara anak-anak lelaki dan perempuan. Kemudian latihlah anak perempuan puan menunaikan solat, memakai pakaian yang menutup aurat bagi seorang perempuan lebih-lebih lagi apabila keluar rumah. Sesungguhnya latihandari kecil akan membuahkan hasil yang baik apabila dia besar nanti.
iii - Apabila meningkat umurnya 8 atau 9 tahun, paun ajarkan kepadanya hukum menutup aurat, kelebihan menutup aurat, keindahan pakaian Islam dan dosa orang ayng mendedahkan aurat. Peringakat umur 8 tahun adalah peringkat kanak-kanak mula memahami sesuatu perkara sedikit demi sedikit.
iv-Pastikan kaum keluarga puan menutup aurat mereka. Ini akan mewujudkan persekitaran Islam yang baik.
v - Pastiakn anak perempuan paun berkawan dengan kanak-kanak yang baik dan jauhkanlah mereka daripada anasir-anasir negatif dan keganasan. Insya Allah masalah anak puan akan selesai.
4) Apa yang Dr. Muhazzibun Nufus bimbangkan, jika masalah anak paun ada kaitannya dengan gangguan jin dan syaitan. Ramai orang tidak tahu rawatan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi perkara ini. Di sini ada beberapa cara rawatan Islam yang puan sendiri mampu mengamalkannya. Ini kerana doa seorang ibu mudah dkabulkan Allah dengan Izinnya.
Jampi daripada al-Quran dan as-Sunnah
1 ) Ambil sebuah bekas yang sederhana besar saiznya dan isikan air ke dalam bekas tersebut. Sebaik-baiknya air yang sudah dimasak. Bacakan pada air tersebut :-
i ) Istiaazah : Auuzu Billahi Min Assyaiton Arrojiim, maksudnya : [Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam]
ii ) Bismillahi Arrahman Arrahim.
iii ) Ayat Kursi (surah al-Baqrah : ayat 255)
iv ) Surat al-Araf : ayat 117 sehingga 122
v ) Surah Yunus : ayat 79 sehingga 82
vi ) Surah Toha : ayat 65 sehinnga 70
vii ) Surah al-Kaafiruun
viii ) Surah al-Ikhlas
ix ) Surah al-Falaq
x ) Surah an-Nas
Setelah paun membaca ayat-ayat tersebut, hembuskan pada air tadi dan berikan kepada anak puan supaya diminum sebelum tidur setiap hari. Kemudian sapukan pada badannya. Boleh juga mandikan anak puan dengan saki baki air yang ada. Proses ini boleh diulang beberapa kali. Insya Allah anak puan akan sembuh. Yakinlah dengan kekuasaan Allah!!!.
[Sila rujuk Fatawa Ibnu Baaz (3/279), Fathul Majid (ms246), Assoorimul Battar; Abdul Salim Bali, Musonnaf Abdul Razzaq (11/13) dan Fathul Baary; al-Hafil Ibnu Hajar (10/233)]
2 ) Bacakan pada anak puan sebelum tidur :-
i ) Surah al-Fatihah 3 kali
ii ) Ayat Kursi 3 kali
iii ) 2 ayat terakhir dari surah al-Baqarah 3 kali
iv ) Surah al-Ikhlas 3 kali
v ) Surah al-Falaq 3 kali
vi ) Surah an-Nas 3 kali
Kemudian tiupkan pada tangan kanan puan dan sapukan pada anggota badannya.
[Rujuk Sohih Bukhari dan Fathul Baary (9/62) (10/208), Sohih Muslim (4/1723)]
1 ) Bacakan juga pada anak puan doa-doa ini :-
i ) As-alu Allaha al-Aziim Rabbal Arsyil Aziim an-Yashtiyaki (7 kali) ,
maksudnya : (Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki Arash, agar Allah menyembuhkan penyakitmu).
[at-Tarmizi dan Abu Daud (7/187), Attarmizi (2/410), Sohih al-Jamik as-Soghiir; Assheikh Muhammad Nasiruddin al-Albany (5/180,322)
ii )
Bismillahi arqiika min kulli syai-in yukziiki min hasadi haasidiin wa'aini kulli zii ainin Allahu yashfiiki. Maksudnya : (Dengan nama Allah, aku menjampi engkau dari segala perkara yang menyakitimu, dan dari hasad dengki orang lain serta ain (hasad), agar Allah menyembuhkan penyakitmu). [Sunan Ibnu Majah dariUbadah bin Soomit, Sohih sunan Ibnu Majah, Sheikh al-Albany (2/268)]
iii ) Membaca surah al-Baqarah di dalam rumah. Ia akan melindungi rumah puan dari gangguan jin dan syaitan.
Dari Abu Hurairah rd, Nabi Saw bersabda : [Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur,sesungguhnya rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan]. [Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hambal di dalam Musnadnya dan Imam Muslim didalam Sohih Muslim dan Attarmizi menyatakan bahawa hadis ini adalah Hasan Sohih]
Bersabda Nabi SAW : [Bacakan surah al-Baqarah di dalam rumah kamu, sesungguhnya syaitan tidak boleh masuk ke dalam rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah. [Hadis ini disohihkan oleh Sheikh Muhammad al-Albany di dalam Silsilah al-ahadiis as-Sohiihah no : 1521]
Puan, bacalahjampi-jampi tersebut dengan ikhlas,faham, menghayati makna-maknanya dan merasai keagunagn Allah. Allahlah yang menyembuhkan anak puan. Allah jualah yang memakbulkan doa puan. Dan Allah jualah yang menghapus segala penyakit. Kemudian bertawakkallah anda kepada Allah dan bersabarlah!.
Akhirnya saya bertawassul kepada Allah dengan Asmaaullah al-Husna dan sifat-sifat yang Tinggi agar Allah menyembuhkan penyakit dan menyelesaikan masalah puan.
Wassalam.