Masalah kutipan tiket Raihan untuk tabung P.I.B.G.

 

SOALAN

Assalamualaikum Dr. 1. Apa hukumnya, bahawa saya telah memasuki Amanah Saham Bumiputra (ASB) melalui pinjaman selama 10 tahun iaitu potongan bulanan. Bagaimanakah harus saya hendak memberhentikannya dan dividen tersebut diperolehi, bagaimana digunakan atau harus disalurkan melalui baitulmal bukannya dibuat untuk tujuan makan (menjadi darah daging)? Harap saya dapat penjelasan dari Dr.

JAWAPAN

 Masalah kutipan tiket Raihan untuk tabung P.I.B.G.

Untuk menjawab soalan ini kita perlu melihat kepada dua aspek :

  1 ) Apakah hukum mengambil upah daripada sesuatu yang menghiburkan ?

  2 ) Apakah hukum nasyid yang disertai dengan muzik ?

Untuk soalan pertama , ulama berpendapat bahawa mengambil upah daripada sesuatu yang menghiburkan adalah dibolehkan . Ini adalah kerana ia termasuk di dalam sesuatu yang memberi manfaat . Rasullullah s.a.w.sendiri pernah memberi burdahnya kepada seorang penyair yang bernama Kaab bin Zuhair .

Tiket yang dikenakan terhadap penonton adalah bayaran yang boleh dianggap sebagai upah kepada hiburan yang dipersembahkan .

Yang menjadi masalah ialah persoalan kedua iaitu persoalan nasyid yang disertai dengan alat-alat muzik . Kebanyakkan ulama-ulama silam daripada mazhab Shafie , Hambali , Maliki , Hanafi berpendapat bahawa alat-alat muzik adalah haram kecuali beberapa jenis seperti kompang dan sebagainya . Tetapi Imam Ibnu Hazam Az-Zahiri perpendapat bahawa alat-alat muzik adalah diharuskan . Pendapat ini disokong oleh beberapa ulama-ulama di zaman ini diantara mereka ialah Dr.Yusuf Al-Qardawi .

Jadi apabila kita berpegang dengan pendapat Dr.Yusuf Al-Qardawi ini , maka mengadakan konsep untuk tujuan tersebut adalah tidak mengapa .

Wallahuaklam