MAKAN MASAKAN ORANG KAFIR

SOALAN

Assalamualaikum wrt Disini saya ada beberapa soalan : a) Apakah hukumnya seseorang yg memakan makanan yg dimasak oleh orang yg bukan Islam, walaupun makanan itu adalah yg halal dimakan spt ikan/udang dll.Malahan pula cara penyediaannya (cara memasak) dan bahan2 nya tidak diketahui halal atau tidak,cthnya minyak apa dan sebagainya.Dan adakah dalam keadaan tertentu yg dibolehkan memakannya. b) Boleh tak Ustaz terangkan dengan terperinci aurat seorang wanita? Dan adakah buku lali juga dikira sebagai aurat dan perlukah wanita menggunakan sarung kaki utk menutupnya? c) Apakah hukumnya seorang suami yg tidak menegur isterinya tentang menutup aurat? Dan adakah dia akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti ? d) Apakah telah jatuh murtad seorang suami yg bila isterinya mendedahkan aurat tetapi ia hanya mengatakan itu satu dari trend wanita sekarang? Sedangkan menutup aurat itu adalah perintah Allah swt. e) Bolehkah ustaz tuliskan ayat seribu dinar dan fadhilat dan kelebihan ayat ini. Sekian. Wassalam Terimakasih Hamba Allah Jepun

 

JAWAPAN

soalan pertama :

Imam Bukhari ada meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan bahawa para sahabat berjumpa dengan Rasullullah dan bertanya : " Wahai Rasullullah , sesungguhnnya kami berada di negeri Ahli Kitab , adakah boleh kami memakan di dalam bekas makanan mereka ? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jangan kamu makan di dalamnya , melainkan sekiranya kamu tidak mendapat selain daripadanya , maka basuhlah ia dan makanlah padanya .

Jadi di dalam hadis ini kita madapati bahawa Rasullullah melarang daripada memakan di dalam bekas Ahli Kitab . Ulama berpendapat ini adalah kerana orang-orang bukan biasanya menggunakan bekas masakan mereka untuk memasak makanan yang yang diharamkan seperti daging babi dan sebgainya .Oleh itu kita perlulah mangelakkan diri daripada memakan yang dimasak oleh mereka agar makanan yang bakal menjadi darah daging kita tidak bercampur dengan haram . Ia juga termasuk di dalam perkara shubahat yang dinisihatkan oleh Nabi s.a.w. agar kita menjauhinya dengan sabdanya yang bermaksud : " Sesiapa yang terlibat dengan perkara shubahat sesungguhnya ia terjerumus di dalam perkara haram ."

Walaupun begitu jika sekiranya keadaan membawa kepada darurat ( iaitu sekiranya kita tidak memakan ia akan membawa kecelakan kepada nyawa kita ) maka ia adalah diharuskan .

Soalan kedua

Aurat seorang wanita yang baligh ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangannya .Ini adalah berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w. kepada Asma’ yang bermaksud : " Wahai Asma’ , apabila seseorang wanita mencapai peringkat haid , maka tidak halal untuk dilihat daripadanya melainkan ini dan ini .( sambil mengisyratkan kepada muka dan tapak tangan .) Jadi kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tapak kaki juga termasuk di dalam aurat dan ia wajib ditutup .

Soalan ketiga

Suami tersebut juga berdosa kerana tidak mengendahkan perbuatan isterinya sedangkan isterinya berada di bawah tanggujawabnya .

Soalan keempat

Mengenai masalah murtad , ulama telah mengariskan beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu menjadi murtad .

  1 ) murtad dengan hati seperti beriktikad bahawa hari akhirat tidak wujud dan menginkari hukum yang telah ditetapakn oleh Islam .

  2 ) murtad dengan lidah seperti mengucapkan sesuatu yang boleh mengeluarkan dirinya daripada Islam seperti berkata semua agama adalah betul , cara hidup yang digartiskan oleh Islam ketinggalan zaman dan begitu juga mempersenda-sendakan hukum hudud dengan menyifatkannya sebagai hukum kuno .

  3 ) murtad dengan perbuatan seperti memakai palang salib dan sujud kepada berhala .

 Walaupun begitu itu menghukum seseorang sebagai keluar daripada Islam ia memerlukan kajian yang teliti kerana di sana terdapat banyak faktor yang perlu di ambil kira seperti , jahil , takwil dan sebagainya . Begitu kesan yang akan timbul selepas seseorang itu diistiharkan sabagai murtad seperti :

  1 ) di hukum bunuh
  2 ) dipisahkan daripada isterinya
  3 ) dibekukan segala hartanya
  4 ) tidak dikebumikan di perkuburan Islam
  5 ) tidak mewarisi dan diwarisi

Oleh itu ulama terlalu berhati-hati di dalam menghukum seseorang dengan tuduhan murtad sehinggakan Imam Malik pernah diriwayatkan sebagai berkata : " Sekiranya kamu mempunyai sembilan puluh sembilan sebab untuk mengafirkan seseorang dan satu sebab untuk tidak mengkafirkan maka pilihlah yang satu ."

Oleh kerana kita tidak mengatahui apa maksudnya dengan berkata perkataan seperti itu , jadi kita tidak dapat menghukum melainkan setelah mendapat penjelasan daripadanya .Walaupun begitu nasihatilah dia agar bertaubat dan tidak lagi mengulangi lagi perkataan tersebut .

Soalan kelima

Mengenai Ayat seribu dinar, saya tidak pasti adakah asal nama dan fadilat dan ayat ini ada disebut didalam hadis atau tidak, sebagaimana yang saya ingat bahawa diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari mala petaka, didalam perjalanan pulang kapalnya telah dipukul ombak dan beliau membaca ayat ini, dan dengan takdir Allah hanya beliau seorang sajalah yang terselamat dari bencana itu. Ayat ini adalah petikan dari surah At-Talaaq ayat dua dan tiga:

Mafhumnya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberinya jalan keluar ( dari kesulitan). Dan Allah akan memberi rezeki yang tidak terkira. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan memeliharanya . Sesungguhnya Allah menyampaikan ( melaksanakan) urusanNya. Sesungguhnya Allah lah yang mengadakan kadar ( aturan yang tertentu bagi setiap sesuatu.

Diantara fadhilat Ayat ini ialah:

  1 . Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

  2 . Menghilangkan keresahan bila dibaca diwaktu resah.

  3 . Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan.

  4 . Dan ketika dirasakan perlu