SOALAN
Assalamualikum,
Sesiapa yang arif tentang perfumes atau cologne yang mengandungi alcohol.Apakah boleh dibawa sembahyang. Saya keliru kerana terlalu banyak fatwa yang berkaitan dengan nya. Saya amat berharap ada sahabat yang mempunyai pengetahuan muktamad berkaitan masalah ini, boleh meberikan pandanganatau komen. Sekarang terlalu banyak pendpat kerana ada antara alcohol yang diperbuat daripada bunga-bungaan dan tuhbuh-tumbuhan.
wassalam
Adenan Sayan, Jepun
JAWAPAN
Para ulama sejak dahulu lagi telah berselisih pendapat tentang arak , adakah ianya najis yang menyebabkan sembahyang seseorang itu tidak sah , ataupun najis secara maknawi . Bagi yang berpegang dengan pendapat yang kedua , sekiranya arak terkena tubuh atau anggota pakaian ia tidak perlu dibasuh .
Walaupun begitu pendapat yang diamalkan di Malaysia ialah pendapat kedua . Berbalik kepada masalah alkohol , ia adalah berbeza daripada arak . Ini adalah kerana alkohol ialah sejenis unsur yang bukan sahaja terdapat di dalam arak tetapi ia juga terdapat di dalam bahan-bahan lain seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan . Alkohol yang digunakan di dalam pembuatan arak , seperti di dalam bacaan saya hanyalah daripada jenis etanol .
Sebagai contoh etanol yang terdapat di dalam arak hanyalah 13 % , sedangkan etanol yang terdapat di dalam dalam tapai ( sejenis makanan yang dibuat daripada nasi yang diperam ) ialah lebih daripada 30%. Kita dapati tapai , tidak diharamkan walaupun ia mengandungi alkohol . Ini adalah kerana ia tidak memabukkan .
Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama-ulama Al-Azhar ialah alkohol lebih umum daripada arak , oleh itu ia boleh digunakan .