MAYAT MENJADI BABI

Assalamualaikum

Soalan 1

ana rasa anta sudah tahu cerita yg disampaikan oleh Ust Kamal mengenai mayat bertukar menjadi khinzir.. ada org yg percaya (termasuk ana) dan ada juga org yg tak percaya.... itu terpulang kpd mereka masing2.. Soalan ana ialah dapatkah anta menghuraikan ayat yg terdapat didlm Al-Quran ul-karim : Surah Al-Maaidah ayat : 59 dan 60.

Soalan 2

Minta huraikan ayat Al-Maaidah : 35 , Muhammad : 7 , An-Nisa' : 76 yg berkaitan dgn jihad..... adakah Parti Islam SeMalaysia (PAS) atau apa2 Parti ataupun Pertubuhan pun diMalaysia ini yg sebenarnya2 yg berjihad di jln ALLAH...Sila huraikan....

JAWAPAN

Soalan mayat bertukar menjadi babi

 Mengenai ayat 60 daripada surah Al-Maidah , sebenarnya ulama telah berselisih pendapat mengenai maksud Allah mengubah mereka menjadi babi dan kera , kepada dua pendapat :

Pendapat pertama : mereka diubah dengan menjadi babi dan kera kemudian mereka dihapuskan daripada muka bumi . Inilah pendapat kebanyakkan ahli tafsir .

Imam Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya :

" Apabila turunnya ayat ini , orang Islam berkata kepada orang-orang Yahudi : " Wahai saudara-saudara kera-kera dan babi-babi , maka mereka menundukkan kepala di dalam keadaan aib .

Seorang penyair berkata kepada mereka ( orang Yahudi ):

Laknat Allah ke atas orang Yahudi ,

Sesungguhnya orang Yahudi adalah saudara kera

Pendapat kedua : pengunaan kata tersebut adalah satu kiasan yang menunjukkan mereka berperangai seperti kera dan babi . Di antara yang mentafsirkan begitu ialah Imam Mujahid .

Apabila kita meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w. , kita akan mendapati satu amaran daripada Rasullullah s.a.w. tentang perkara ini . Ibnu Majah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : " Akan muncul satu golongan daripada umatku yang meminum arak , mereka menamakannya dengan nama selain daripada namanya dan dimainkan di atas kepala mereka dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi perempuan , Allah akan melenyapkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan daripada mereka kera-kera dan babi-babi .

Jadi daripada apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan hadis , mengapa kita sebagai orang Islam merasa perkara seperti itu mustahil ? Apabila kita mengkaji lagi Al-Quran kita akan mendapati di sana banyak lagi contoh-contoh azab yang ditimpakan oleh Allah kepada mereka yang durhaka kepadanya . Lihatlah contoh azab ke atas kaum Nabi Lut yang kita boleh lihat sampai sekarang . Bagaimana bumi yang Allah terbalikkan dan menyebabkan lautnya ( laut mati ) tidak menerima sebarang hidupan sehingga sekarang . Cuma manusia yang degil dan keras kepala sahaja tidak mahu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku .

Berbalik kepada dakwaan Ustaz Kamal , saya hanya berkata perkara tersebut tidak mustahil berlaku , sekiranya beliau benar di dalam dakwaanya moga-moga Allah memberi ganjaran kepadanya , kerana mungkin apa yang boleh memberi pengajaran kepada manusia yang mula angkuh kepada Tuhan yang menjadikannya . Sekiranya beliau hanya mengada-ngadakan cerita , dosanya adalah dengan Allah .

Mengenai perjuangan PAS

Secara ringkasnya ayat-ayat tersebut menyentuh tentang berjihad di dalam menegakkan agama Allah s.w.t. Jadi eloklah saya ringaskan jawapan kepada pertanyaan saudara seperti berikut :

Jihad dari segi bahasa adalah bermaksud berusaha secara bersungguh .

Sementara itu daripada segi istilah ialah satu usaha untuk ataupun perjuangan untuk mengujudkan masyarakat Islam yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah serta menjadikan syariah Islamiyyah tersebar di alam ini .

Hukumnya : ia merupakan satu kewajipan ke atas umat Islam .

 Perjuangan PAS .

Daripada hasil pembacaan dan dialog saya dengan beberapa pemimpin PAS yang pernah berkunjung ke sini , dapatlah saya membuat kesipulan seperti berikut :

1) Pas adalah sebuah harakah Islamiyyah yang berhasrat untuk mengembalikan masyarakat Malaysia kepada Al-Quran dan As-Sunnah .

2) Pas sama sekali menolak undang-undang sekular yang menjadi tunjang politik Malaysia . Ini adalah kerana undang-undang tersebut jelas sekali bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah .

3) Walaupun Pas adalah sebuah parti politik , tetapi saya mendapati bahawa matlamat dan perjuangan mereka bukan sahaja kepada politik , tetapi juga kepada ekonomi dengan penubuhan institut kewangan Islam seperti KOHILAL , begitu juga dengan kegiatan sosial terhadap pembinaan jiwa anak muda untuk memastikan mereka tidak terjerumus dengan arus tidak sihat seperti Persatuan Unit Amal .

Walaupun di sana terdapat beberapa terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati di dalam pertubuhan ini , tetapi perjuangan dan kesungguhan yang mereka telah tunjukkan demi menyelamatkan masyarakat Malaysia kepada Islam merupakan satu JIHAD yang mesti disokong oleh setiap jiwa yang inginkan tertegaknya kedamaian di Malaysia di bawah lindungan cahaya Al-Quran .

Mengenai pertubuhan lain seperti PERKIM dan sebagainya ,mereka juga berjihad kerana mereka berusaha untuk membawa masyarakat yang bukan Islam kepada Islam .

Wallahua'lam