SOALAN
assalamualaikum...
disini saya ada kemuskilan mengenai isu murtad, boleh tuan bantu saya mengatasi masalah ini.soalan saya:
i) boleh tuan terangkan apakah itu murtad? dan boleh tolong cerita serba sedikit tentang sejarah murtad.
ii)apakah pula kesan-kesan atau implikasi murtad.
iii)Dan apakah hukuman yang dikenakan (dari segi islam) keatas golongan murtad.terima kasih,
sekiranya tuan sudi menjawab soalan saya.
alamat e-mail saya: ejam01@hotmail.comwassalam,
JAWAPAN :
Assaamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Soalan pertama.
Murtad bolehlah diertikan dengan : Keluar seseorang yang baligh, berakal dan beragama Islam daripada agama Islam dengan menganut agama atau ajaran selain daripada Islam
Ianya berlaku apabila seseorang melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut :
I)Mengingkari hukum yang telah disepakati oleh ummah islamiah seperti mengingkari kefardhuan solat.
II)Melakukan perbuatan yang merupakan ajaran bagi orang kafir seperti menyembah berhala atau perbuatan yang menghina Islam dengan tidak dipaksa seperti mencampak Al-quran kedalam tempat-tempat najis dengan sengaja.
III)Bercakap sesuatu samaada dia beriktiqad sedemikian ataupun tidak (seperti menghina ) yang boleh membawa kepada kekafiran seperti mencela agama Islam.
Manakala sejarah berlakunya murtad, ianya secara jelas dapat dilihat selepas kewafatan Rasullullah S.A.W iaitu semasa zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-siddiq. Ini kerana sesetengah daripada mereka tidak ikhlas menganut Islam . Maka apabila wafatnya Rasullullah , ramai dikalangan orang Islam menjadi murtad. Oleh yang demikian , Khalifah Abu Bakar melancarkan peperangan terhadap orang murtad yang dinamakan 'peperangan Ar-Riddah' .
Soalan yang kedua:
Murtad merupakan satu bahaya yang besar kepada umat Islam . Ini kerana , perbuatan murtad menggalakkan orang 'mempermainkam ' ajaran Islam yang suci . Mereka bertukar dari agama Islam keagama yang lain tanpa ada rasa takut akan azab Allah. Oleh yang demikian, perlaksanaan hukuman Islam terhadap gejala murtad ini perlulah diambil. Selain itu , murtad mendatang kemudharatan kepada masyakat umat Islam dan negara . Hal ini berlaku apaabila seseorang itu murtad maka dia dianggap telah mengkhianati Islam . Maka tidak mustahillah kekhianatannya dalam agama membawa kepada kekhianatan dalam hal-hal lain seperti pecah amanah dan lain-lain lagi .
Soalan yang ketiga:
Hukuman yang dikenakan terhadap orang yang murtad amat berat sekali. Namun begitu ianya mengikut peringkat-peringkat berikut:
I)Meminta agar dia sgera bertaubat dan kembali kedalam agama Islam
II)Sekiranya dia enggan berbuat demikian , hendaklah diperingatkan akan hukuman yang akan dijatuhkan terhadap mereka iaitu 'dibunuh'.
III)Jika dia masih lagi enggan maka dia WAJIB dibunuh . Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari " sesiapa yang menukar agamanya , maka bunuhlah kamu akan dia ".
Namun begitu perlu diingat bahawa hukuman ini dilaksanakan keatas mereka yang baligh, berakal dan dipastikan kemurtadannya melalui pengakuannya sendiri atau disaksikan oleh orang lain . Hukuman ini adalah sama baik lelaki maupun perempuan .
Antara hukuman lain yang diambil terhadap mereka yang murtad ialah :
I)Dia tidak berhak untuk mewaris atau diwaris harta peninggalan -.
II)Wajib dipisahkan dia dengan isterinya sekiranya dia berkahwin-.
III)Terbatal segal urusan muamalah seperti jual beli yang dijalankan bersamanya.
IV)Dihalang daripadamelakukan sebarang urusan yang melibatkan hartanya , malah semua hartanya diletakkan dibawah jagaan pemerintah .
Kesimpulannya:
Gejala murtad ini perlu ditangani segera . Ini kerana ia adalah penyakit yang melemahkan kekuatan umah Islam . Caranya dengan kita melaksanakan hukuman yang ditetapkan oleh Allah keatas mereka . Sekiranya kita mahu melihat "Izzah"(kekuatan)- umat Islam dizaman kegemilangannya sehingga berjaya menakluk dua pertiga dunia -kembali kezaman kita .
Wallahu A'lam.
Sekian , terima kasih .
Wassalam.