SOALAN
SAYA INGIN BERTANYA APAKAH RAUDAH YANG TERDAPAT DI MASJID NABAWI MADINAH? SIAPA YANG MENAMAKANNYA DAN DIZAMAN SIAPA. TEMPAT APAKAH RAUDAH ITU, ADAKAH TEMPAT MUSTAJAB BERDOA?
Soid Abdul Razaq. Malaysia
JAWAPAN:
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih atas soalan yang di kemukakan
-"Raudah" yang terdapat di Masjid Nabawi adalah satu kawasan yang terletak di antara rumah Rasulullah sekarang kubur baginda- dengan mimbar baginda . Ini berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud " Adalah diantara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman daripada taman-taman syurga" riwayat Imam bukhari ( dalam bab : kelebihan Madinah dan kelebihan solat) dan imam Musliim (dalam bab haji) ***( Raudah : adalah perkataan dalam bahasa Arab yang membawa maksud : Taman )
-Dalam menhadkan raudah yang sebenarnya , para ulama telahpun bercanggah pendapat. Ada yang menyatakan ia adalah Masjid yang wujud pada zaman Nabi dengan keluasan yang tertentu. Namun yang penting ialah ianya terletak diantara Rumah Nabi dengan Mimbar baginda .
Dalam manafsirkan " satu taman-raudah daripada taman syurga ", ulama sekali lagi berselisih pendapat . Ada di antara mereka yang menyatakan "Raudah" tersebut adalah hakikat . Dengan kata lain ia adalah taman daripada syurga yang sebenar dan akan dipindahkan keSyurga. Ini berdasarkan pada zahir hadis. Pendapat yang kedua menyatakan bahawa ia bermakna majazi bukan hakikat yang sebenar- Dengan kata lain jika kita beribadat disitu akan membawa kita kepada syurga . Ini kerana ,turunnya rahmat dan memperolehi kebahgiaan jika kia sentiasa beribadat disitu.
Tempat ini dinamakan "raudah" oleh baginda Rasulullah sendiri .
-Mengenai kelebihan tempat ini :-
1)Ia adalah tempat yang terbaik untuk beribadat didalam masjid Nabawi (sepertimana kata Ibn Hajar Al-Asqalani). Disamping ganjaran yang besar sekiranya kita dapat beribadat di Masjid Nabawi itu sendiri.Ada pula ulama yang menyatakan bahawa: ia adalah tempat yang terbaik untuk melakukan solat sunat , akan tetapi bagi solat fardhu , yang terbaik adalah saf yang paling hadapan.
2)Para ulama setakat pencarian saya- menggalakkan agar diperbanyakkan berdoa disitu. Ini termasuk Imam Nawawi sendiri. Namun mereka tidak meyatakan dengan jelas bahawa ia adalah tempat yang mustajab untuk berdoa . Ini mungkin kerana mereka tidak menjumpai hadis yang menjelaskan hal demikian . Akan tetapi saya tidak menolak bahawa ia adalah satu tempat yang mustajab untuk berdoa . Cuma saya berharap agar saya berjumpa dengan kata-kata ulama atau hadis yang menjelaskan demikian pada masa yang akan datang.
Wallahu A'lam
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.