SOALAN
Assalamualaikum,
1. Jika kita mengetahui bahawa perjalanan kita akan memakan masa lebih dari 3 hari, bolehkah sembahyang jama' & Qasar dilakukan?
2. Bagaimana bersembahyang di dalam kapalterbang jika tiada ruanguntuk berdiri maksudnya sembahyang secara duduk dan dimanakah kiblatnya?
3. Membeli rumah secara pinjaman kerajaan.... Adakah ia termasuk melibatkan diri dalam riba?
Terima kasih
Siti Munirah
JAWAPAN
walaikumussalamulaikum w.t.b
Terima kasih buat saudari yang bertanya,
Soalan 1
Jika kita mengetahui bahawa perjalanan kita akan memakan masa lebih dari tiga hari ,bolehkah sembahyang jama' & qasar dilakukan ?
Jawapan
Jawabnya boleh bagi seorang muslim itu apabila bermusafir mengerjakan
solat yang di fardhukan keatasnya secara Jama'dan qasar samada ia memakan masa sehari, tiga hari atau lebih dengan syarat - syarat yang berikut :
1. hendaklah ia berada dalam keadaan bermusafir ketika masuknya waktu dan menunaikanya juga dalam waktu musafirnya
2. hendaklah ia melepasi sempadan perkampunganya
3.jarak perjalananya mestilah melebihi 81 km
4. musafir itu bukanlah untuk perkara - perkara maksiat
5.hendaklah musafirnya itu mempunyai tujuan dan jelas destinasinya bahkan harus baginya untuk jama' dan qasar solatnya selagi ia tidak berniat untuk menetap selama 4 hari (selain daripada hari ia bertolak dan hari ia akan berlepas pulang )di tempat yang ditujuinya itu .Oleh itu sekiranya seseorang itu mempunyai urusan yang tidak diketahui bila akan berakhir urusanya itu maka di boleh baginya solat secara qasar dalam tempoh 18 hari (selain dari hari ia mula bermusafir dan hari ia akan berlepas pulang ) berdasarkan kepada hadis rasulullah yang di riwayatkan oleh umran bin husin yang bermaksud :(aku telah berperang bersama - sama rasullah s.w.a dan aku telah menyaksikan bersama-sama baginda pembukaan (kota mekah)maka telah menetaplah nabi s.w.a diMekah selama 18 hari dan tidaklah baginda solat melainkan secara qasar ,kerana pada ketika baginda sedang memerangi kaum hawazin dan tidak diketahui tempoh (berapa lama )bila akan berakhirnya peperangan itu .Begitu juga harus baginya untuk jama' dan qasar sekiranya ia berniat untuk menetap kurang dari 4 hari
6.tidak berimamkan orang yang bermukim . sekiranya ia berimamkan orang yang bermukim maka wajib keatasnya menyempurnakan solat seperti biasa dan tidak harus baginya untuk qasar .wallahu a'lam
soalan 2
Bagaimana bersembahyang di dalam kapal terbang jika tiada ruang untuk berdiri maksudnya sembahyang secara duduk dan dimanakah Qiblatnya?
Jawapan
sekiranya tiada ruang untuk solat secara berdiri maka dibolehkan kepada seseorang itu untuk solat secara duduk adapun caranya adalah spt berikut:
-disyaratkan baginya mengadap kiblat semasa takbiratulihram sahaja, dan untuk mengetahui arah kiblat itu hendaklah ia bertanya kepada pilot kapal terbang melalui pertolongan pramugara (bagi lelaki) dan pramugari (bagi perempuan ).sekiranya tak mampu ,dibolehkan baginya untuk berijtihad (iaitu mengagak arah kiblat itu mengikut keyakinan hatinya.
-adapun syarat dan rukun-rukun yang lain spt biasa sahaja melainkan waktu ruku' dan sujud ,maka hendaklah ia mengisyaratkanya mengikut kemampuanya, dengan menundukkan tubuhnya atau kepalanya dan hendaklah isyarat sujud itu lebih sedikit daripada ruku' .dan kadarnya itu adalah mengikut kemampuan seseorang kerana ia lebih arif dengan kedaan diri nya .(di sunatkan baginya solat secara qasar dan jama') wallahu a'lam
soalan 3
membeli rumah secara pinjaman kerajaan ...Adakah ia termasuk melibatkan diri dalam riba ?
Jawapan
secara amnya hendaklah dilihat kepeda bentuk pinjaman yang diambil itu .sekiranya ia mengandungi unsur unsur riba, maka ia digolongkan dalam perbuatan riba dan haram baginya untuk membuat pinjaman tersebut dan sekiranya pinjaman itu tidak mengandungi unsur - unsur riba maka harus baginya untuk membuat pinjaman tersebut .oleh itu perlulah bagi anda mengetahui terlebih dahulu bentuk dan unsur - unsur pinjaman tersebut adakah ianya bebas atau tidak daripada unsur - unsur riba dan dicadangkan kepada anda supaya merujuk perkara ini kepada majlis agama islam negeri .sekian wallahu a'lam .