MIMPI JUMPA RASUL

 

SAYA BERMIMPI RASULLULAH DALAM MIMPI TERSEBUT SAYA BERJALAN DI PADANG PASIR SAYA NAMPAK SEKUMPULAN ORANG SAYA MENDENGAR MEREKA BERKATA YA RASULLULAH DAN SAYA PERGI KE RASULLULAH, BAGINDA MEMELUK SAYA DAN MENCIUM SAYA.

SOID BIN ABDUL RAZAK DARI TAIPING.

 

Soalan tentang mimpi Rasullullah s.a.w.

Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka sesungguhnya dia telah melihat daku kerana syaitan tidak menyerupai aku ."

Jadi mimpi bertemu dengan Rasullullah s.a.w. adalah satu busyra ( berita gembira ) buat orang-orang yang terpilih . Para ulama berkata bahawa sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Rasullullah s.a.w. di dalam tidurnya maka mimpi tersebut adalah benar.

Di dalam satu riwayat yang lain Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka ia akan melihat daku di dalam jaga ( keadaan sedar ) ."

Ulama telah berselisih pendapat tentang maksud " akan melihat daku di dalam keadaan sedar ."

Pendapat pertama : Ini adalah ditujukan kepada golongan yang hidup di zaman Rasullullah , dan dia tidak berhijrah ke Madinah , maka Allah akan memudahkannya berhijrah dan dia akan melihat Rasullullah s.a.w.

Pendapat kedua :Ia akan melihat baginda Rasullullah s.a.w. di akhirat .

Pendapat ketiga : Ia akan melihat dengan penglihatan yang dikhususkan kepadanya secara dekat dan mendapat syafaat daripada baginda .

Oleh itu sebahagian daripada para ulama berkata bahawa sesiapa yang melihat Rasullullah s.a.w. di dalam tidurnya maka , Åä ÔÇÁ Çááå , ia akan mendapat husnul Khatimah .( mati di dalam keadaan mulia)

 Mengenai syarat untuk melihat Rsullullah s.a.w. , Syeikh kami , Yusuf Ali As-Sudani berkata bahawa orang yang biasa melihat Rasullullah s.a.w. adalah orang-orang yang saleh serta menyintai Rasullullah s.a.w. Satu golongan yang dinyatakan tidak melihat Rasullullah s.a.w. adalah golongan bid'ah .

Wallahuaklam