SOALAN
Assalamualaikum
Apakah hukumnya mengundi ? Adakah berdosa mengundi pemimpin yang tidak mengamalkan hukum Allah ? Nyatakan ciri-ciri pemimpin Islam yangsebenar.
IT BASE, MALAYSIA
JAWAPAN
1.Apakah hukumnya mengundi?
2.Apakah berdosa mengundi pemimpin yang tidak mahu melaksanakan Islam?
Assalamualaikum wbth.
Saudara yang bertanya,
1.Sebelum saya menjawab soalan 1,terlebih dahulu hendaklah dijelaskan tentang kewajipan menegakkan kerajaan atau khilafah Islam.
a)Para ulama Ahlul assunnah wal jamaah telah bersatu pendapat bahawa menegakkan kerajaan Islam adalah wajib, iaitu pemerintahan yang melaksanakan seluruh tuntutan syariat Islam dalam pelbagai bidang meliputi undang-undang,ekonomi,pentadbiran,kemasyarakatan dan sebagainya.Kewajipan ini disebut oleh ulama dalam prbahasan mereka seperti Al Mawardi,Ibnu Khaldun,Al Imam Juwairi dan lain-lain lagi.
b)Kewajipan menegakkan negara Islam adalah bergantung kepada sokongan rakyat,maka seluruh umat Islam adlah berkewajipan memberi ketaatan kepada pemimpin yang adil ,iaitu yang melaksanakan hukum-hukum Allah dan syariat Allah .
Ulama telah menyatakan kewajipan menegakkan pemerintahan Islamadalh berdasarkan kepada dalil naqli (Al quran ,hadis dan ijma)dan dalil aqli(akal).Dalil al quran surah An-Nisa' ayat 59
mafhunya: Wahai orang yang beriman taatila Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah dikalangan kamu
Ayat ini mewajibkan kepda kita mentaati Allah ,rasul dan ulil amri(pemimpin)yang memerintah kita .(selam mana mereka mentaati Allah dan Rasulnya).
Selain daripada dalil Al quran dan as- sunnah ,para sahabat r.a dan tabien telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan Islam.Dalil akal ialah,manusia tidak boleh hidup tanpa suatu organisasi yang mentadbir urusan mereka kerana kerana seorang manusia tidak mampu melakukansemua kerja mereka kecuali di medan tertentu sahaja.Oleh yang demikian kuasa mentadbir negara adalah dibawah bidang kuasa pemerintah.Yang berkuasa dalam negara Islam ialah pemerintah yang menggantikan pemerintahan Rasulullah. Berdasarkan kepada penggantian ini,maka Al Imam Al-Mawardi telah memberi kan tarif kepimpinan (imamah)ialah menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya.
Dalil akli yang lain ialah bersandarkan kepada sabda nabi SAW maksudnya :jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua.
Hadis ini menunjukkan bahawa nabi menyuruh melantik seorang ketua dalam kumpulan yang kecil,maka lebih utama dalam hal pemerintan negara.
c)Berdasarkan penjelasan tadi ,maka kita melihat kepada sistem pilihanraya yang dijalankan di Msia sebagai cara memilih pemimpin,maka hukum mengundi adalah wajib ke atas umat Islamkerana pilihanraya adalah satu-satunya cara memilih dan melantik pemimpin.Sedangkan mereka yang tidak mengundi adalah mereka yang cuai dan meninggalkan salah satu tanggungjawab yang penting dalam menentukan urusan perlantikan pemimpin mereka.
Mengundi boleh dianggap sebagai persaksian (syahadah) seseorang terhadapperlantikan seseorang pemimpin sebagai mana persaksian para sahabatdalam perlantikan Saidina Abu Bakardi Saqifah Bani Saidah.Belia telah dicalonkan oleh Saidina Umar r.a kemudian dibaiah oleh semua umat Islam di Masjid Nabawi.
Berdasarkan kepada ini,menjadi kewajipan kepada umat Islam yang aqil baligh memberikan persaksian,pengundian tentang perlantikan atas nama baiahsebagai sabda nabi SAW :
Sesiapa yang mati tanpa memberia bai'ah ( sokongan ) maka ia mati sebaimana orang jahiliah
Islam juga menjadikan pelaksanaan hukum Islam itu sebagai tujuan yang paling utama adapun mengundi adalah satu cara untuk mendapatkan pemerintahan dan seterusnya mengubah dan mengembalikan segala-galanya mengikut hukum Allah SWT.
Jika kita tinjau dengan mata hati yang insaf terhadap Islam yang sebenarnya,kit akan mendapati tidak ada satu nas syarie pun yang mengharamkan pengundian.Malahan cara cara pemelihan mengundi telah diperaktikkan oleh Rasullulah dan juga para sahabat dalam beberapa situasi penting dalam sejarah umat Islam.
Cukup untuk penulis bawakan beberapa contoh&ldots;.. antaranya keputusan untuk berperang diluar kota Madinah dalam peperangan Uhud telah diputuskan oleh pihak undi majoriti yang kebanyakannya daripada undi para pemuda Islam yang bersemangat.
Kedua,Rasulullah mennggalkan cadangan berdamai dalam peperangan Ahzab dengan gadaian 1/3 tamar madinah ekoran bangkangan majoriti daripada sahabat baginda.
Bahkan cara ini juga tidak bercanggah daripada protokol baiah yang dikehendaki dalam Islam.Ini adalah umpama yang berlaku kepda pemilihan yang dibuat setelah kewafatan Saidina Umar ra ,Beliau telah memilih enam orang calon yang layak untuk memegang tampok pemerintahan umat Islam dan meninggalkan keputusan memilih khalifah kepada umat Islam.Begitu juga yang berlaku dalam peperangan Mutah Rasulullah telah melantik 3 orang pimpinan yang akhirnya menemui syahadah terlebih dahulu.Lantas tampuk kepimpinan tentera itu diserahkan kepada umat Islam(segerombolan tentera)itu untuk memilihnya.Lantas ditabalkan S.Khalid Al Walid untuk tugasan itu dan ini telah diperkenankan oleh nabi SAW .
Jadi kita seolah-olah berdepan dengan calon yang telah dipilih oleh Majlis Syura atau Ahlul Halli Wal Aqdi yang dikira layak untuk mengemudi pemerintahan .Kemudiannya sesiapa yang mendapat suara majoriti dari rakyat akan dilantik menjadi Imam dan layak diberi baiah&ldots;Ini adalah umpama pilihanraya yang berlaku sekarang ini,cuma yang berbezanya addalah calon-calon yang terlantik pada zaman yang terdahulusudah ditapis dari segi agama dan akhlaknyadan sememangnya mampu untuk memegang amanah dalam melaksanakan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Soalan: Nyatakan ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar?
Kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapatb disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah allah yang melata diatas muka bumi allah ini.Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.
Maka tidak hairanlah ,islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama allah daripada terus dicemari.Sabda rasulullah dalam hadisnya:
Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan allah kelak ialah para imam yang adil. Riwayat Tarmizi.
Justeru, islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:
1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.
2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam ,ekoran peri pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnyaitu.Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum allah atau tidak dimuka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam&ldots;
3 . Ilmu&ldots; Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimilika ipula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4 . Melaksanakan hukum allah.
5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.
Oleh itu, diakhir jawapan kami, sukalah penulis bawakan sepotnog kata-kata jawapan yang telah dinyatyakan oleh Al-imam hasan al basri kepada Amirul mukminin Umar bin abd aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya&ldots;." Sesungguhnya allah telah menjadikanpara imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan,pembetul kepada penyelewengan ,pemusnah kepada kezaliman,dan pembela kepada yang lemah,pembantu kepada yang dizalimi&ldots;dialah yang melaksanakan hak-hak allah kepada hambanya,mendengar ayat-ayatallah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya,melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka,berjalan diatas tali allah dan mengajak manusia bersamanya,&ldots;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah danmengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim ,tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustadafin ,dialah penjaga anak yatim ,pembantu kepada orang orang miskin,mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Beginilah syakhsiah yang kita cari,dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh islam dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan &ldots;ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum allah diatas bumi ini.