SOALAN
Assalamualaikum,
Nama saya Ahmad Abid Bin Abdul Wahid, tinggal di Kuala Lumpur, bekerja
sendiri dan berkahwin.Soalan saya,
1. Adakah terhapus hutang seseorang yang Shahid? Ataukah dia (atau waris) perlu membayarnya?
2. Adakah terhapus dosa besar yang pernah dilakukan oleh seorang syuhada' seperti dosa zina?
JAWAPAN
Di dalam mazhab imam As-Syafi'e, syahid terbahagi kepada tiga:
1.Syahid Dunia dan Akhirat: iaitu mereka yang terbunuh ketika berperang dengan golongan kuffar, dan berniat semata2 untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Bukan kerana riak dan tidak mengambil harta rampasan perang sebelum pembahagiannya.
2. Syahid Dunia: iaitu mereka yang terbunuh ketika berperang dengan tujuan untuk mendapatkan harta rampasan perang,walaupun disertai dengan niat untuk meninggikan kalimah Allah.Begitu juga mereka yang berperang kerana riak.
3. Syahid Akhirat: iaitu mereka yang mati akibat runtuhan, kebakaran, lemas,taun, ibu yang mati ketika melahirkan anak dan mereka yang dibunuh secara kejam.
Perlu dijelaskan bahawa perbahasan kita selepas ini adalah hanya untuk Syahid dari jenis yang pertama, iaitu Syahid Dunia dan Akhirat.
1.Hutang orang yang syahid.Adakah perlu waris membayarnya?
berkenaan dengan soalan ini,terdapat di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang maksudnya:
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'ash, sesungguhnya rasululaalah SAW bersabda:Diampunkan oleh Allah bagi orang yang syahid setiap perkara(dosa dan kesalahannya) kecuali hutang.
dan di dalam satu riwayat lagi:
'Sesiapa yang mati di jalan Allah diampunkan baginya setiap sesuatu kecuali hutang'.
Hadis ini menjelaskan bahawa setiap dosa dan kesalahan sama ada kecil atau besar akan diampukan oleh Allah bagi syuhada',kecuali hutang yang ditanggungnya.Imam An- Nawawi di dalam Syarh Soheh Muslim berpendapat bahawa lafaz 'kecuali hutang'(illa ad-dain) di sini membawa maksud setiap kesalahan yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia(huquq al-adamin). Manakala setiap kesalahan yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah maka akan diampunkan.
Maka wajiblah bagi waris si syahid untuk membayar hutang yang ditanggungnya.
2.Ya, akan terhapus semua dosa besar termasuklah dosa zina.