ZIHAR

SOALAN

Assalamualaikum

1.Ustaz . Apakah hukum seseorang suami menyamakan isterinya dengan emak saudaranya atau adik kandungnya? Adakah ia dikira ZIHAR atau Tidak.

2.Seperti yang saya tahu ketika ketiadaan air, kita boleh mengambilWuduk dengan Tayamum beserta dengan syarat-syaratnya.Persoalannya bagaimanakah cara menyuci najis mughalazah (berat) ketika tiada air.Sekian,

Wassalam.

Mohamad Zaidi, Malaysia

JAWAPAN

  1 ) Zihar bermaksud menyamakan isteri dengan salah seorang perempuan yang haram dikahwininya samada ibu , adik atupun ibu saudara .

  Lafaz zihar terbahagi kepada dua :

  Sarih ( terus terang ) : iaitu lafaz yang menunjukkan kepada zihar secara jelas seperti kamu seperti belakang ibuku . ( maksud belakang menunjukkan bahawa si isteri seolah-olah tunggangan bagi suami ) . Jadi inilah makna asal zihar yang digunakan di zaman Jahiliyyah apabila hendak menceraikan isteri mereka . Apabila lafaz ini diunggapkan maka ia dianggap sebagai zihar walaupun bersama niat ataupun tidak .

  Kinayah ( sindiran ) : iaitu lafaz yang mempunyai kemungkinan makna zihar ataupun tidak seperti berkata : kamu padaku seperti ibuku ataupun kakakku .

  Apabila lafaz ini diungkapkan , sekiranya ia berniat zihar maka ia menjadi zihar . Tetapi sekiranya ia hanya sekadar untuk menunjukkan kepada kekaguman maka ia tidak dianggap zihar .

  2 ) Najis mugallazah mengikut mazhab Shafie , tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan air dan tanah sahaja . Sekiranya najis tersebut terkena kepada pakaian seseorang dan tidak terdapat air untuk menyucinya , maka sebahagian ulama berpendapat bahawa boleh bersembahyang dengan memakai pakaian tersebut sekiranya tidak terdapat pakaian yang lain .

Wallahua'lam bissowab