SOALAN
Assalamualaikum...
ustaz, saya nak bertanya bagi pihak kawan iaitu apakah hukum lelaki merokok sehingga menyebabkan pelbagai masalah pada diri sendiri ataupun orang lain. Asap yang dikeluarkan bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang lain.Duit untuk membeli rokok tersebut jugamembazir..
.apakah saranan ustaz untuk berhenti dari merokok?
terima kasih..
fadhilah abdullah <angah_dila@yahoo.com>
JAWAPAN
HUKUM MEROKOK
Kaedah feqah mengatakan "setiap perkara memudharatkan , hukum memakannya atau meminumnya adala haram".
Kaedah ini menjelaskan kepada kita bahawa haram bagi kita makan atau minum sesuatu yang membawa kepada kemudharatan baik pada pada jangka masa yang singkat ataupun pada jangka waktu yang panjang. Bagi saya, merokok adalah satu tabiat buruk yang diketahui umum akan bahayanya. Perkara ini telah dibuktikan oleh kajian perubatan moden. Sebagai contoh: seramai 27500 penduduk Britain mati dalan setahun akibat daripada tabiat merokok dan mereka ini adalah dalam lingkungan umur 34-65 tahun. Manakala 155 ribu dikesan mati pada umur 80an kerana kesan yang disebabkan oleh merokok.
Begitu juga merokok, kita seolah-olah mengundang saat kematian, sedangkan Allah Taala berfirman didalam surah An-Nisa yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, Sesungguhnya Allah amat penyayang terhadap kamu"
Firman Allah juga yang bermaksud :
"Janganlah kamu meletakkan diri kamu pada lembah kebinasaan"
Rasullah juga bersabda yang beraksud:
" Jangan kamu mudharatkan orang lain, dan jangan kamu melampawi batas keatas orang lain"
Dari sudut lain pula, merokok merupakan satu pembaziran yang tidak disedari, walhal wang beanja roko itu , kalau di laburkan kesaham akhirat sudah tentu akan menguntungkannya di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW
" Sedekah yang dikeluarkan boleh menghapuskan dosa sebagaimana air memadam api"
Pembaziran juga adalah perbuatan syaitan. Firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan"
Berdasarkan kepada faktor-faktor diatas ( walaupun banyak lagi dalil yang tidak disebut disini ) pada pandangan saya, hkum merokok adalah haram, walaupun disana ada ulamak moden yang mengahruskan dan sebahagiannya pula mengatakan adalah makruh. Walaupun apa pun, yang nyata, dalil mereka tidak kuat untuk menolak hukum pengharaman rokok.Wallahuaklam.
SARANAN UNTUK MEMBERHENTIKAN DIRI DARI TABIAT MEROKOK
Saranan daripada saya sila ikut perkara-perkara tersebut:-
1 . Sesuatu perkara tidak akan terubah kecuali dengan kemahuan dan keazaman yang tinggi daripada kita sendiri: Sabda Nabi SAW yang bermaksud " Mujahadah yang sebenar adalah mereka yang berusaha sedaya upaya melawan hawa nafsu dan keinginan buruknya"
2 . Setelah mempunyai keazaman yang kuat, mohon pertolongan daripada Allah supaya Allah menguatkan diri kita dalam meninggalkan maksiat amnya dan kuhususnya dari tabiat merokok.
3 . Cuba fikir sejenak bahawa diri kita sebenarnya bukan milik peribadi kita. Kita adalah milik Allah, Ummah dan Islam> Seorang islam yang sejati tidak ada masa untuk melakukan perkara-perkara yang bersifat remeh, apatah lagi perkara-perkara yang diharakan oleh Allah.
4 . Cuba tinggalkan rokok secara beransur-ansur dengan keazaman yang jitu. Usah terburu-buru kalau dirasakan sukar untuk meninggalkannya secara terus dan kalau mampu meningglakan terus itu yang terbaik.
5 . Cuba gunakan kaedah denda Caranya kita mendenda diri kita sesuatu yang sukar untuk kita tunaikannya. Ianya bertujuan untuk meninggalkan sesuatu tabiatdisebabkan kita tidak mampu untuk menunaikan denda tersebut dengan syarat kita beriltizam dengan denda tersebut. Kalau kita masih lagi melakukan tabiat lama contohnya: "Kalau saya merokok lagim saya akan menderma sebanyak seribu ringgit". Jadi kalau kita merokok adakah kita mampu untuk menderma sebanyak itu??
6 . Cuba renung sejenak. Kita dalam kesenangan menggunakan nikmat bukan pada tempatnya, sefangkan berapa ramai umat islan di seluruh pelusuk dunia kebuluran dan mati kelaparan. Dimanakah sifat ukuwwah kita?? Dengan bersenang lenang dengan tabiat buruk, apasalahnya wagn rokok kita itu didermakan untuk mereka.
7 . Akhirnya, tawakkal kepada Allah dan sentiasa berdoa kepadaNya. Seorang muslim yang baik adalah mereka yang meninggalkan perkara-perkara yang remeh kerana perkara yang remeh itu boleh membawa kepada terjebak dalam melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah.
Wallahuklam.