MAKANAN ORANG BUKAN ISLAM

SOALAN

Assalamualaikum wrbh.

Saya inginkan penjelasan lanjut berhubung dengan makanan yangdisediakan oleh orang kafir. Walaupun persoalan ini pernah dikemukakan namun saya ada beberapa pertambahan soalan.

Di dalam kantin di kilang tempat saya bekerja terdapat sebuah gerai makanan yang disediakan oleh orang kafir di samping gerai-gerai yang makanannya disediakan oleh orang Islam.

Untuk pengetahuan segala perkakasan dapur termasuk pinggan mangkuk bagi gerai-gerai tersebut disediakan oleh pihak kilang. Pihak pengusahahanya perlu menyediakan bahan mentah. Ada jaminan pula dari pihak jawatankuasa kantin bahawa semua bekalan yang dibawa masuk adalah halal.

Walaupun tujuan gerai itu adalah untuk memenuhi keperluan orang-orang Cina tetapi terdapat ramai orang Islam sendiri turut membeli makanan daripadanya(disebabkan adanya jaminan dari jawatankuasa kantin ianya halal walaupun bagi diri saya sendiri tetap meragui atau was-was).Soalan:

1) Apakah hukum memakan makanan yang disediakan oleh orang kafir sekiranya jelas makanan yang disediakan tidak bercampur dengan benda-benda haram sedangkan pada masa yang sama kita boleh memilih makanan yang disediakan oleh orang Islam?

2) Bagaimana pula sekiranya alasan yang diberikan membeli makanan daripada orang kafir itu semata-mata hanya kerana mahu mengubah selera makanan(Chinese food)?

3) Ada di kalangan rakan-rakan saya pula mengaitkan tentang diri orang kafir itu yang tidak suci(berjunub) ada hubungkait dengan makanan yang disediakannya. Mohon penjelasan.

Semoga persoalan saya mendapat penjelasan yang sewajarnya.Wassalam.

Nama : Mohd. Fazal
E-mail : Mofazaz@hotmail.com
 Pulau Pinang
Status : Juruteknik

JAWAPAN

Soalan 1:

Berdasarkan kepada keterangan saudara bahawa makanan yang disediakan adalah halal, maka hukum memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan islam adalah halal dengan syarat: perkakas yang digunakan untuk memasak adalah suci daripada najis ( kebiasaan mereka menggunakan perkakas dapur untuk memasak babi dan cawan-cawan mereka digunakan untuk minum arak). Saudara juga ada menyatakan bahawa segala peralatan disediakan oleh pihak kilang yang ditanggung ianya adalah suci oleh pihak kilang. Jadi pada pandangan saya, selagi mereka tidak menggunakan perkakas tersebut untuk tujuan memasak babi dan meminum arak atau memasak bangkai ( binatang yang tidak disembelih dengan cara yang halal) maka kita boleh memakannya.

Perkara kedua, saudara ada menyebut jika terdapat disana dua pilihan samaada kedai bukan islam dan islam, maka yang terbaik untuk menjaga perkara agama kita ialah melanggani kedai orang islam. Disamping kita menguatkan lagi ekonomi orang islam.

Saya sarankan untuk mengelakkan daripada was-was. Kita elakkan diri kita daripada memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan islam dan juga dalam kita membeli baragn keperluan harian kita. Sebolehnya kita cuba dapatkan daripada kedai-kedai orang Islam. Setiap orang bukan islam memang mempunyai niat tidak baik terhadap orang islam.

Satu perkara lagi, kalau kita memanga yakin mereka menggunakan perkakas dapur mereka untuk benda-benda najis, kita bleh menggunakan perkakas tersebut setelah membasuhnya.

Soalan 2:

Sebagaimana saya jelaskan diatas, kalau sekiranya bahan mentah dan perkakas semunya bersih dari sudut hukum islam, kita boleh memakannya tatapi saya tidak galakkan dan kalau boleh tak payah makan mnakanan meraka dan yang lebih baik kita belajat cara masakan mereka dan masak sendiri. Seperkara lagi, sebenarnya tanpa kita sedari kita sebenarnya banyak terdedah kepada kepada barangan keluaran orang bukan islam seperti Maggi, makanan ringan dan banyak lagi yang memang kita tidak ketahui cara masakan serta bahan-bahan yang sebenar yang dicampur adukkan. Tetapi didalan islam ada satu kaedah iaitu: TIDAK WAJIB KITA PERSOALKAN secara terperinci kecuaili apabila telah jelas haramnya. Tetapi bagi mereka yang benar-benar saleh dan warak yang menjaga perkara-perkara agamanya mereka mengambil jalan meninggakalkan terus perkara yang sedemikian.

Soalan 3:

Sebenarnya tidak ada kaitan antara ( berjunub) denga hukum memakan makanan orang bukan islam. Kalaupun mereka mandi junub, mandi tersebut tidak sah kerana mereka bukan islam. Mereka perlu terbih dahulu melafazkan kalimah Syahadah. Mungkin yang menjadi persoalan, ada disebut didalam Al-Quran bahawa orang musyrikin adalah najis. Disini bukannya najis zahir tetapi ianya bermaksid najis ma’nawi iaitu aqidah yang terpesong.

Begitu juga orang islam yang berjunub ( yang belum mandi wajib) masakannya adalah halal dan kita boleh makan masakannya tanpa was-was. Tidak ada kaitan antara berjunub dan hukum makanan yang disediakan.

Wallahuklam.