MEREMEHKAN HUKUM AURAT

SOALAN

Assalamu'alaikum

1) Apakah hukumnya seseorang hamba Allah mempermainkan masalah berkaitan dengan aurat, sebagai contoh mengatakan aurat itu adalah tidak penting.

Wassalam

Siti Nurhaliza" <ctnurhaliza47@hotmail.com>

JAWAPAN

Sesungguhnya permasalahan aurat ini adalah bersangkut secara langsng dengan syariat Islam dan menjadi perkara yang ( thabit) jelas dan kekal (tidak boleh dipersoalkan) didalam syariat islam dan menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.

Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga kelutut manakala aurat wanita untuk lelaki yang bukan muhram dan juga wanita bukan islam adalah seluruh tubuh selain muka dan kedua tangan ( sehingga pegelangan tangan sahaja) .

Sesiapa yang tidak menutup aurat ini tidak kira lelaki atau perempuan adalah berdosa.

Apabila sesuatu perkara itu telah menjadi ketetapan dalam syariat Islam, maka ianya tidak boleh dipermainkan-mainkan dan diperlekehkan. Begitu juga dalam perihal menutup aurat yang telah jelas hukum wajib menutupnya didalam Quran dan Hadis

Firman Allah Taala didaam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

 "Dan janganlah mereka itu (perempuan) mendedahkan perhiasan (tubuh badan mereka / aurat ) mereka melainkan apa yang zahir daripadanya sahaja. ( muka dan dua tangan sahaja).

Rasulullah bersabda:

"Janganlah silelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah siperempuan melihat kepada aurat perempuan dan janganlah silelaki mendedahkan auratnya kepada lelaki lain didalam satu pakaian dan janganlah bagi perempuan mendedahkan auratnya kepada perempuan lain didala satu pakaian"

Apabila ada sesorang hamba Allah cuba mempermainkan masalah aurat ini dengan mengatakan aurat ini tidak penting, dibimbangi baginya dua perkaea. Jika sekiranya beliau tidak mengingkari nas-nas Al-Quraan dan As-Sunnah mengenai kewajipan menutup aurat ini kemungkinan beliau akan tergolong dalam golongan orang yang fasik.

Sekiranya beliau melakukan perkara itu disamping meningkari nas-nas Al-Quraan dan As-Sunnah yang tersebut dikhuatiri beliau akan tergolong dalam golongan orang yang kufur kepada Allah kerana mengingkari nas-nas sahih akan menyebabkan sesorang itu terkeluar batasan islam!!!

Oleh yang demikian, nasihatilah hamba Allah tersebut agar beliau sedar tindakan yang dilakukannya boleh membahayakan dirinya sendiri&ldots;mempermain-mainkan urusan agama dan syariat boleh mengakibatkan perkara yang besar ( kekufuran) .

Hanya Allah yang lebih mengetahui&ldots;wassalam..