MASALAH AURAT

SOALAN

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin bertanya mengenai kenyataan As-sheikh... tantawi...mengenai aurat. Dimana beliau menyatakan bahawa aurat seseorang lelaki hanyalah punggung dan kemaluan...

Saya mengharapkan penjelasan dari saudara.

Wassalam.

From:Mohamed Khaidir Alias <diral69@yahoo.com>

JAWAPAN

Walaikumusallam wbt.

Saudara yang bertanya,

Bagi menjawab persoalan ini, Saya ingin membawa saudara menyelami permasalaan feqh islami dalam bab aurat.Khusunya aurat lelaki sesama lelaki

Hampir kesemua kitab feqah membicarakan tentang permasalaan ini. Para ulama’ meletakkannya dalam tajuk aurat lelaki ataupun hukum melihat aurat lelaki.

Secara umumnya , ulama’ fiqah telah bersepakat bahawa harus bagi sesorang lelaki ( baligh , merdeka atau hamba.) melihat tubuh lelaki lain daripada lutut hingga kebawah ( kaki ) dan dari pusat hingga ke atas ( kepala ).

Akan tetapi para ulama’ feqah berselisih pendapat dalam mengharamkan melihat tubuh antara pusat dan lutut lelaki lain.

Pendapat pertama : Jumhur ulama’ mengatakan bahawa haram kita melihat di antara pusat dan lutut sesorang lelaki, pendapat ini adalah di kalangan iman syafie, maliki hanafi dan zaidiah.dan hanbali.

Pendapat kedua : Harus bagi kita melihat semua tubuh badan lelaki lain kecuali dubur dan kemaluan sahaja., pendapat di bawa oleh mazahab Syiah Imamiah , Zohiri dan Ibn Abu Zuib.

Kesimpulannya apa yang di nyatakan oleh sheikh... tantawi...mengenai aurat lelaki hanyalah punggung dan kemaluan sahaja adalah mengikut pendapat yang kedua. Beliau berpegang denga pendapat Imamiah atau Zohiri.

Akan tetapi bagi kita lebih baik dan lebih afdhal kita berpegang dengan pendapat yang pertama iaitu aurat lelaki antara pusat dan lutut kerana ia adalah pendapat jumhur ulama’ malah ulama telah bersepakat dlam hal ini.berpandukan hadith-hadith sahih daripada rasulullah saw yang menyatakan mengenainya.

Oleh itu nasihat saya agar saudara berpegang dengan pendapat yang pertama yang mana haram kita melihat aurat lelaki antara pusat dan lutut, malah ianya adalah pendapat mazhab imama syafie yang mana ianya adalah mazhab bagi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

 Bagi Sheikh Tantawi mungkin itu adalah pendapat beliau sebagai seorang yang berpegang dengan mazahab lain daripada kita. Dan kekadang fatwa yang dikeluarkan oleh nya perlulah bertepatan dengan suasana tempat beliau tinggal iaitu Negara Mesir yang berlainan dengan Malaysia.

Saya berharap dengan penjelasan ini dapat menghilangkan kerumitan di pihak saudara.

Sekian terima kasih, Wassalam.