SOALAN
Assalamualaikum....
Saya,Azuani Arshad (csi48875@putra.cs.usm.my) tinggal di desa Harapan USM. Saya nak mengemukakan satu soalan. Saya ade seorang kawan non-Muslim. Dia baik dengan saya. Suatu hari, dia datang ke..bilik saya...dan kami berbual mesra.Maklum..la dah lama tak jumpa. KEbetulan sebelum itu saya sudah ambil air sembahyang. Saya layan dia macambiasa.
Bila dah layan biasa...la..bertepuk tampar and sure la...bersentuhdengan dia. Saya nak biarkan dia seorang tak manis rasanya.MAklum...la..tetamu.
Selapas dia pulang, saya pergi sembahyang tanpa ambil semula air sembahyang. Mulanya saya tak tahu tapi roomate yang tanya saya sebabdia pun pernah mengalaminya. Saya mula rasa was-was. Memang sayabetul-betul tak tahu kalau ia haram.
Solan saya adalah air sembahyang saya batalatau tidak dan apakah hukumnya jika dia tidak tahu tentang perkara inisebelum ini? Sekian saja pertanyaan saya....
TERIMA KASIH...
JAWAPAN
Persoalan berdakwah atau bersaudara dengan golongan non-muslim ini bukanlah satu perkara baru didalam perbahasan para ulama,malahan telah banyak helaian ilmu ilmu islam yang menghurai serta membicarakan perkara ini secara serius dan meluas.Dan kita dapati segala isu dan permasalahan yang berkaitan dengan golongan ini dicernakan secara terperinci samada yang berhubung dengan aspek dakwah,hubungan persaudaraan ,mualaf,pergaulan ,hukum berjiran,perkahwinan maupun yang berkaitan dengan pentadbiran dan penegakan negara islam.
Sebelum menjawab persoalan yang ditanya oleh sahabat kita ini,eloklah rasanya penulis menjelaskan tentang betapa agungnya ganjaran yang diperuntukkan kepada sesiapa yang menjalankan tugasan dakwah dan berjaya menjinakkan mereka dengan islam ataupun seterusynya berjaya menarik mereka menerima islam dengan hati yang terbuka.Kerana itu,rasulullah saw pernah bersabda Yang mafhumnya :
-Barangsiapa yang dapat berdakwah dan memberi kesedaran kepada orang lain walaupun seorang adalah lebih baik (hakikat ganjaranya) daripada seekor unta merah.(yaitu harta yang paling berharga pada masyarakat arab pada ketika itu )
Namun ,terdapat satu perkara yang biasanya diabai dan dilupai oleh kebayakan para daie ataupun mereka yang mempunyai rakan dari golongan ini.Ini menyebabakn mereka kekadang tersasar dan terlanggar batasa n syariat yang ditetapkan dalam bab hubungan debgan bukan islam ini walaupun niat mereka ikhlas dalam menyampaikan dakwah/Perkara yang dimaksudkan itu adalah persoaln aurat yang diharuskan diantara orang muslim dan juga yang bukan muslim.
Islam telah menggariskan perkara ini secara detail dalam menjaga hubungan antara muslim dan non-muslim terjaga dengan jalinan dakwah yang direstui oleh allah swt dan diberi ganjaran yang sempurna.Juga untuk mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini berlaku dan cukuplah beberapa siri peristiwa murtad yang tersebar sekarang ini menjadi bukti tentang peri pentingnya permasalahan ini.
Aurat yang ditetapkan sesama lelaki adalah antara pusat hingga kelutut-tak kira samada muslim ataupun yang bukan islam.Manakal aurat sesama perempuan pula berbeza antara orang islam dengan yang bukan islam,Sesama muslimat auratnya adalah antara lutut hingga kepusat,akan tetapi aurat merekadengan non-muslim adalah
Umpama auurat mereka dengan para lelaki asing yaitu semua tubuh mereka kecuali muka dan dua pergelangan tangan mengikut pandangan kebanyakan para ulama.
- Adapun yang berkaitan denagn wuduk dan sembahyang saudari adalah sah dan tidak batal.Ini kerana para non muslim adalah insan umpama kita dan tidak dikira najis pada kacamata islam.Sesungguhnya allah swt telah menganugerahkan manusia dengan nikmat kemuliaan yang tidak dikecapi oleh makhluk makhlukyang lain-yaitu jasad mereka tidak akan dikira najis walaupun apabila sudah menjadi mayat.
Namun , mungkin saudari terkeliru dengan ayat al-quran yang menyatakan
(( Sesungguhnya orang kafir musyrik itu adalah najis ))-dan diharamkan mereka memijak bumi rasulullah saw di dua tanah haram yang muliaitu yaitu makkah dan madinah.Sebenarnya persoalan ini telah menimbulkan beberapa perselisihan pandangan berhubung dengan keharusan bagi orang kafir masuk ke masjid atua tidak.Namun dalam masa yang sama juga para ulama telah bersewpakat bahawa yang "najis" itu adalah akidah dan kepercayaan mereka.Kerana itulah Allah swt telah mengambarkan kepada kita tentang syirik dan pegangan yang batil ini adalah umpam najis yang perlu dijauhi dan dibersihkan.
Justeru bersentuhan dengan yang bukan muslim adalah tidak membatalkan solat dan wudhuk. Wallahualam.