SOALAN
Seorang hamba Allah telah bertanya benarkah Allah telah membenarkan kita lelaki Islam berkahwin dengan perempuan kristian (ringkasan kepada persoalan)
JAWAPAN
Waalaikumussalam ,
Para ulama berpendapat bahawa harus seseorang lelaki muslim berkahwin dengan seorang perempuan daripada ahli Kitab ( Yahudi ataupun Kristian ) . Ini adalah berdasarkan firman Allah :surah Al-Maidah ayat 5
Maksudnya : dan perempuan-perempuan suci daripada orang-orang yang diturunkan kitab ( iaitu Ahli Kitab) sebelum kamu .
Jadi yang diharuskan berkahwin adalah perempuan daripada golongan Yahudi dan Krisitian sahaja . Sementara itu , perempuan yang beragama lain seperti Buddha , Hindu , Shinto dan sebagainya adalah diharamkan . Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t.:
Maksudnya : Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrik sehingga mereka beriman .
Begitu juga dengan perempuan-perempuan daripada golongan atheis yang tidak percaya kepada Allah , komunis yang hanya beriman dengan dengan kebendaan dan menolak agama, daripada agama Bahai dan begitu juga dengan perempuan-perempuan yang murtad daripada agama Islam kepada agama Kristian dan sebagainya .
Ada ulama yang menggariskan beberapa syarat yang perlu dijaga sewaktu berkahwin dengan perempuan-perempuan Kristian dan Yahudi .
1)Hendaklah diyakini bahawa perempuan Yahudi dan Nasrani ( Kristian ) itu , benar-benar daripada Ahli Kitab iaitu seperti bercaya kepada Allah dan hari akhirat . Ini adalah kerana banyak wanita yang dilahirkan di dalam keluarga Kristian tidak berpegang dengan akidah tersebut .
2)Hendaklah perempuan itu benar-benar suci . Ini adalah kerana di dalam ayat tersebut diletakkan perkataan (ÇáãÍÕäÇÊ ) iaitu perempuan-perempuan yang suci .Oleh itu tidak harus berkahwin dengan perempuan perempuan yang penzina , sedia ditiduri oleh mana-mana lelaki .
3) Bukan daripada kaum yang memerangi umat Islam . Oleh itu Dr.Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa tidak boleh berkahwin dengan perempuan-perempuan Yahudi di dalam keadaan sekarang
Di antara hikmah yang disebut oleh ulama di dalam keharusan berkahwin dengan perempuan ahli Kitab ialah :
1 ) Golongan ahli Kitab pada asalnya berpegang dengan kitab yang diturunkan oleh Allah . Jadi di sana banyak persamaan di Islam dan mereka seperti percaya kepada kewujudan Allah , percaya kepada kenabian secara umum ( iaitu mengakui bahawa Allah mengutuskan Rasul kepada manusia walaupun mereka menolak kenabian Muhammad s.a.w. )
2 ) Seseorang perempuan ahli Kitab apabila hidup di dalam kasih sayang seseorang suami yang benar-benar berpegang teguh dengan Islam akan dapat melihat bagaimana indahnya Islam . Dengan ini diharap ia akan ikut memeluk Islam .
Ahli Kitab tetap wujud pada zaman sekarang . Hujjah yang mengatakan ahli Kitab tidak wujud kerana kitab mereka telah diubah adalah tidak beberapa tepat . Ini adalah kerana kitab-kitab suci mereka telah diubah dan ditokok tambah semenjak sebelum kelahiran Nabi s.a.w. lagi .
Walaupun mereka tetap KAFIR , tetapi Islam membezakan mereka daripada orang-orang kafir daripada agama lain , contohnya dihalalkan untuk umat Islam memakan sembelihan mereka serta masalah perkahwinan ini .Begitu juga dengan beberapa hukum di dalam masalah JIHAD dan PEMERINTAHAN Oleh itu kita tidak berhak untuk mengharamkan seseorang muslim dengan apa yang dihalalkan oleh Allah kepadanya .
Cuma apa yang perlu dititik beratkan disini ialah kesan yang akan timbul selepas perkahwinan dan masa depan anak itu sendiri. Diantara hikmah Allah membenarkan perkahwinan ini adalah agar anak yang dihasilkan dari perkahwinan itu akan mengikut ayahnya kepada agama Islam. Tapi dalam keadaan zaman sekarang, ramai bapa yang telah mengabaikan pendidikan agama anak-anak, apatah lagi yang ibunya adalah kristian. Sudah menjadi lumrah bahawa anak akan lebih rapat dengan ibu dari bapa fdan tidak mustahil akan juga mengikut agama kristian. Adakah kita rela bahawa anak kita dari zuriat kita sendiri bukan islam yang boleh di istilahkan sebagai kafir. Dimanakah kita nak mendapatkan anak yang soleh yang boleh mendoakan kepada kita selepas kita mati kelak kerana doa anak yang soleh ini sangat penting bagi seseorang selepas matinya selain dari amalan harian sebagaimana sabda rasulullah yang bermaksud:
Apabila mati seseorang anak Adam berhentilah segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.
Syeikh Yusuf Qardhawi berpendapat bahawa fenomena berkahwin dengan non-muslim ini harus disekat dizaman ini berdasarkan kemungkinan banyak kesan yang negatif yang akan timbul yang sememangnya tidak menguntungkan islam dan keluarga itu sendiri..
Mengapakah gadis non-muslim yang dipilih untuk menjadi teman hidup?? Yang akan berkongsi kehidupan dengan kita.. Sudah habiskah gadis Islam yang solehah yang telah jelas islamnya. Kalaulah seseoarang itu mengutamakan agama dan kehidupan akhirat, nescaya dia akan memilih gadis yang beragama yang boleh membantunya mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keredaannya bukannya gadis yang menolak agama islam yang kita cintai ini..
UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT INI SECARA LEBIH JELAS LAGI SILA RUJUK:
1. FATWA-FATWA SEMASA OLEH DR. YUSOF QARDHAWI
2. KITAB AHKAAMMUL MARA'AH DAN BAYT MUSLIM OLEH DR. ABDUL KARIM ZAIDAN
Wallahuaklam..