HUKUM MEMBELI BARANG CETAK ROMPAK

Soalan :

Apakah hukum membeli perisian cetak rompak. Sama ada games atau installer.

Mat Hamdan Mat Abbas


Jawapan :

Hukum asal memberli perisian etak rompak samaada installer, games atau kaset adalah haram disisi syariat Islam kerana ia adalah mengambil atau menggunakan hak cipta orang lain tanpa keizinan dari pengeluar yang asal, mencerobohi hak orang lain serta menutup pintu rezki mereka.

Firman Allah Taala:

Dan Janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkara itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain denga cara tidak halal sedangkan kamu mengtahuinya.

Adapun hukum asal ini akan berubah bergantung kepada sebab-sebab yang lain contohnya ia menjadi harus apabila barangan cetak rompak itu adalah yang dikeluarkan oleh golongan musyrik (ahli harb) ataupun golongan musuh islam. Dan tinggal di negara kafir serta tiada sebarang perjanjian keamanan denga negara islam. Hukum ahli harb ini adalah halal darah mereka dan harta mereka selagi mana belum termeterainya perjanjian atau Hudnah diantara dua pihak.

Walaubagaimanapun , haruslah berwaspada ketika membeli sebarang perisian cetak rompak kerana ditakuti bersangkutan dengan hak-hak orang islam atau ahli zimmah ( orang kafir yang tunduk pada islam). Sekiranya tiada, saya berpendapat ianya harus lebih-lebih lagi untuk kegunaan bagi urusan-urusan penting dan untuk kepentingan agama Islam dan Ummah seluruhnya