![]()
|
PERANAN SUAMI TERHADAP ISTERI YANG BERPENDIDIKAN AGAMA |
Soalan : |
Saya mempunyai kemusykilan menenai tanggungjawab suami dalam mendidik isteri. Saya bakal seorang suami, mempunyai pasangan yang telah memperolehi ijazah dalam pengajian islam dan saya hanya ijazah dalam komputer sahaja. Masalahnya ialah, bagaimana saya seorang yang mungkin kurang arif tentang agama jika dibandingkan dengan pasangan saya untuk mendidiknya yang menjadi tanggungjawab kepada suami. Apakah dengan isteri yang telah mempunyai ilmu agama, tanggungjawab kepada suami dalam konteks mendidik isteri menjadi kurang. Tolong terangkan pada saya ... terima kasih. Meor Shukri Zainal Abidin, Penang |
|
Jawapan : |
Alam perkahwinan adalah satu alam yang akan ditempohi semua manusia. Ianya merupakan fitrah para nabi dan wasilah bagi manusia menjaga agamanya sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabial sesorang itu berkahwin, maka dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka dia hendaklah menjaga agamanya pada sebahagian yang lain" Saya mengucap kepada sudara kerana Allah Taala mempertemukan saudara dengan seorang yang berpendidikan agama walaupun disana banyak kedapatan mereka yang berpendidiakn agama tetapi akhlak mereka tidak menggambarkan status agama yang dipelajari. Namun saya percaya dan doakan agar teman abadi saudara adakah antara mereka yang disebut oleh Rasulullah: "Dunia adalah satu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah perempuan yang solehah" Celik agama adalah merupakan satu faktor untuk mengukur sesorang itu adalah solehah walaupun ianya tidak semestinya, kerana mereka yang celik agama banyak mengetahui persoalan haram dan halal begitu juga dalam konteks rumah tangga, isteri yang celik agama mengetahui tanggungjawab yang harus dipikul oleh siisteri terhadap suami serta konsep ketaatan kepada suami. Oleh itu saya nasihatkan tak usah bimbang dengan tanggungjawab saudara. Disamping itu juga, dalam rumahtangga islam yang bahagia, Suami dan isteri sebenarnya masing-masing berperanan dalam soal nasihat menasihati. Mungkin dalam persolan agama saudara boleh mengambil menafaat dari pada isteri saudara kerana dia lebih mengtahui sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Maka hendaklah kamu bertanyakan orang yang mengtahui sekiranya kamu tidak mengtahui" Begitu juga saudara bertanggungjawab untuk melindungi dan memimpin isteri saudara kerana perempuan memang sifat semulajadinya memerlukan kepada orang yang memimpinnya walaupun dia memperolehi darjat Phd. sekalipun. Sifatnya lembut dan biasanya perempuan banyak menggunakan perasaan dalam bertindak yang kadang-kadang tidak bertepatan dengan kehendak syariat. Berlainan dengan kaum adam yang di anugerahkan oleh Allah Taala yang bertindak banyakmenggunakan akal. Begitu juga fitrah lelaki adalah memimpin bukan untuk dipimpin. Saudara jangan keliru dengan masalah tanggungjawab suami terhadap isterinya yang berpendidikan agama dan isteri yang tidak berpendidikan agama. Dari sudut tanggungjawab adalah sama, cuma saudara beruntung kerana bakal isteri saudara telah mempunyai pengetahuan agama. Menjadi tugas saudara sekarang ialah mewujudkan suasana islam dalam kelaurga yang bakal dibina, kerana asasnya telah ada cuma memerlukan kepada penggeraknya sahaja. Berbanding denga isteri yang tidak ada asas agama mungkin memerlikan kepada dua peringkat. Pertama : Membina agama Kedua: Mewujudkan asas tersebut dalam suasana keluarga. Sebenarnya saya tidak begitu berani untuk mengatakan bahawa tanggungjawab dalam mendidik isteri bekurangan atau lebih, cuma perlu dingatkan bahawa tanggungjawab mendidik serta melindungi isteri adalah wajib keatas suami hingga keakhir hayat. Percayalah, seorang isteri yang solehah dan ditambah dengan nilai-nilai agama boleh mambantu kita dalam mendekatkan diri kepada Allah Taala sebagaimana sabda Rasulullah: "Pilihlah perempuan yang mempunyi agama, nescayakamu akan beruntung" Wallahuaklam |