![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum. saya ucapkan terima kasih pada ruangan ini.Lantaran melalui ruangan ini saya pastinya dapat banyak mempelajari selok belok agama .soalan saya. 1. saya mempunyai bapa tiri.Semasa dia menjadi suami ibu saya ,aurat dan air sembahyang saya halal jika bersentuhan dengan nya. Tapi bagaimana pula aurat dan air sembahyang saya dengan nya setelahdia bercerai dengan ibu saya...? 2. Apakah hukumnya seoerang suami menjilat kemaluan isterinya ketika menjalani persetubuhan.....?Adakah haram atau halal......dan sebabnya sekali . terima kasih wassalam HASNAH, Selangor |
|
Jawapan : |
SOALAN 1 Sewaktu bapa tiri saudari masih lagi suami kepada ibu saudari, memamg syariat telah memberi kelonggaran kepada saudari untuk mendedahkan aurat yang ringan. Ulamak menyebut bahawa anak tiri hanya boleh mendedahkan rambutnya sahaja ( selain itu muka dan dua tangan) . Selain daripada itu dilarang untuk mendedahkan dihadapan bapa tiri. Kelonggaran ini adalah satu kemudahan yang diberikan oleh syariat memandangkan kepada berlakunya pergaulan antara bapa tiri dan anak tiri dirumah dan juga anak tiri dianggap seperti anak sendiri ( diharamkan berkahwin) setelah bapa tiri bersetubuh denan ibu saudari.. Perli dingatkan, jukalau bapa tiri saudari belum bersetubuh dengan ibu saudari, maka dari sudut hukum, bapa tiri saudari berhak untuk berkahwin dengan saudari jika dia bercerai ( sebelum hubungan kelamin) dengan ibu saudari. Begitu juga juga wudhuk tidak batal jika bersentuhan kalau bapa saudari telah bersetubuh dengan ibu saudari. Jika bapa tiri saudari bercerai dengan ibu saudari, hukum tersebut masih kekal dan bapa tiri saudari adalah haram bagi saudari hingga keakhir hayat. Ini bermaksud saudari diharamkan untuk berkahwin dengannya hingga ke akhir hayat begitu juga air sembahyang tidak batal kalau bersentuhan. Manakala aurat pula hanya rambut saja boleh didedah. Tapi nasihat saya, kalau bapa tiri saudari telah bercerai denga ibu saudari agar saudari menutup aurat kalau berjumpa dengannya untuk menjaga maslahat. Wallahuaklam.. SOALAN 2 Perkahwinan adalah satu cara yang ditunjukkan oleh islam untuk menghalalkan hubungan suami isteri. Suami isteri bebas untuk melakukan apa saja terhadap isteri sewaktu berasmara atau bersetubuh termasuklah menjilat kemaluan isterinya. Disana juga, ada beberapa perlakuan yang diharamkan oleh islam semasa bersetubuh dengan isteri.
1 . mendatangi mereka melalui dubur. Selain daripada tiga perkara ini suami bebas untuk memuaskan fitrah nafsunya terhadap isterinya. Namun disana dari sudut adab, kita disunatkan untuk tidak melihat faraj isteri walaupun ia sebenarnya dibolehkan sebagaimana Rasulullah tidak pernah melihat faraj aishah dan Aishah pun tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah. Hal ini kerana Allah taala telah menyebut didalam Al-Quran yang bermaksud: "Isteri-isteri kamu adalah taman bagi kamu, maka datangilah mereka sebagaimana kamu suka" Albaqarah ayat 223. Imam Ibnu Arabi menyebut dalam kitabnya "AHKAAMUL QURAAN" : "Semua bahagian badan isteri dibolehkan bagi suami untuk menikmatinya ataupun melihatnya" Wallahuaklam&ldots; Rujukan: |