MELANCAP

Soalan :

Saya ada beberapa kemusykilan yg perlukan penjelasan antaranya ialah :

1) Apakah hukumnya melabur dalam ASB atau ASN dan kenapa
2) Bolehkah melabur dalam Fixed deposit di Bank Islam
3) Apakah hukumnya Melancap untuk mengelakkan dari berzina atau dah tak tahan dengan godaan dipersekitaran
4) Ada hadis yang menyuruh kita belajar sehingga ke negeri China menunjukkan kepentingan belajar. Seperti yang kita tahu, Rasullullah seorang yang buta huruf. Adakah Rasullullah belajar utk menulis/membaca lepas turunnyehadisnie.

ASSB-ENG - Ahmad Pairous (ASSB POST)" <Pairous@umwt.toyota.co.jp>


Jawapan :

SOALAN 1

Sila rujuk jawapan yang lepas

SOALAN 2

Minta maaf saya kurang jelas apa yang dinaksudkan dengan fixed deposit dan saya tidak tahu konsep muamalat yang berlaku dalam fixed deposit, Harap saudara jelaskan dahulu.

Wallahuaklam

SOALAN 3

Ulamak berselisih pendapat dalam meletakkan hukum tentang melancap kepada beberapa pandangan, antaranya:-

  1 . Pendapat pertama adalah pendapat sebahagian Maliki, sebahagian Syafie serta Mazhab Syiah Zaidah yang mengharamkan terus perbuatan melancap, Hujah mereka adalah Allah Taala menyuruh manusia didalam Al-Quraan supaya menjaga kemaluan mereka selain daripada isteri dan hamba. Sila rujuk Surah Al-Mukminun ayat 5-7.

  2 . Pendapat kedua pula adalah pendapat sebahagian ulamak Hanafi yang menyatakan haram pada keadaan tertentu dan wajib pada keadaan yang lain. Wajib melancap jika sekiranya sesorang itu takut terjebak dalam kegiatan zina jika tidak melancap. Manakala haram bagi mereka yang semata-mata ingin mencapai kenikmatan dengan melancap. Mereka juga berpendapat kalau sekiranya sesorang itu tidak dapat menyekat nafsunya, maka untuk melancap sekiranya dia masih lagi bujang dan untuk menenangkan fikiran nafsunya yang bergelora.

  3 . Bagi Hanbali pula, melancap diharamkan kecualilah takut terjebak dengan perzinaan dan masih lagi bujang serta tidak mampu untuk berkahwin.

  4 . Manakala Ibnu Hazm Az-Zohiri mengatakan melancap adalah makruh kerana perbuatan melancap bukan perbuatan mulia.

  5 . Sebahagian ulamak pula ada yang mengharuskannya seperti Ibnu Abbas, Hassan Al-Basri dan sebilangan Tabiin.

Wallahuaklam

SOALAN 4

Sebelum saya menjawab persoalan Nabi SAW samaada boleh membaca dan menulis ataupun tidak sebelum kewafatannya, saya ingin mengulas tentang hadis:

"Tuntutlah ilmu sehingga kenegeri Cina"

Ulamak hadis berselisih pandangan dalam melatakkan darjat hadis ini. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Imam Al-Khatib, Ibnu Abdul Barri serta Imam Dailami dengan perawinya yang dhoif (lemah). Tetapi banyak hadis-hadis yang menyebut tentang galakan untuk belajar serta kelebihan-kelebihan dalam menuntut ilmu yang terdapat dalam hadis-hadis yang soheh.

Tentang persoalan yang diutarakan samaada Rasulullah SAW belajar untuk menulis dan membaca selepas turunnya Al-Quraan ataupun setelah diutuskan sebagai rasul. Syiekh saya disini telah mengarang sebuah buku berkaitan perkara ini. Beliau adalah seorang Profesor di Universiti Al al-Bayt yang bernama Profesor Qahtan Ad-Duuri. Insya Allah saya kemukakan disini hasil rumusan daripada penulisannya. Ulamak telah bersepakat bahawa Nabi SAW sebelum kenabian adalah buta huruf dan ianya telah menjadi ijmak para ulamak kerana sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah keluar Kota Mekah kecuali dua kali. Itu pun atas dasar perniagaan, dan beliau tidak pernah mendampingi sesiapa untuk belajar menulis ataupun membaca. Manakala selepas zaman pengutusannya sebagai rasul. Jumhur ulamak mengatakan bahawa nabi SAW masih lagi buta huruf hinggalah kesaat kewafatannya. Ini berlandaskan beberapa dalil daipada hadis-hadis dan ayat al-Quraan. Sebahagian kecil daripada ulamak pula mengatakan bahawa Nabi SAW boleh membaca dan menulis berlandaskan kepada beberapa hadis dan ulamak mengatakan hadis tersebut adalah dhoif.

Sesungguhnya sifat Nabi Muhammad SAW yang buta huruf merupakan antara mukjizat terbesar baginya kerana baginda dapat menguasai ilmu samaada ilmu-ilmu yang berupa cerita-cerita nabi yang terdahulu ataupun perkara-perkara yang berlaku pada waktu itu tanpa baginda membaca kitab-kitab sebelumnya ataupun menulis sesuatu. Ini bermakna perkara ini adalah ilham daripada Allah kepadanya untuk mengukuhkan lagi kenabiannya. Sifat buta huruf nabi SAW jika diteliti dengan bijak ianya merupakan sifat yang positif baginya kerana tanpa perantaraan baginda memperolehi ilmu. tetapi untuk orang yang selain daripada baginda, sifat ini adalah sifat negatif bagi sesorang. Ini bermakna dengan sifat buta huruf Rasulullah SAW bukannya datang daripadanya, tetapi ianya adalah pengajaran daripada Allah. Dengan ini meyakinkan kita lagi tentang kebenaran agama islam yang tercinta.

Wallahukalam