![]()
|
|
Soalan : |
Assalamu alaikum.. Mengikut kefahaman melayu yang pernah saya dengar dan pernah juga terjadi kepada kawan saya. Bila sekali seseorang itu telah bertunang dan kemudian terputus ia akan berlaku lagi untuk kali kedua dan ketiga. Tentulah seseorang itu tidak mahu perkara sedemikian berlaku pada dirinya, tapi sekiranya sudah takdir apa lagi yang harus disalahkan. Tapi sudah tentu pandangan masyarakat sudah berlainan. Tolonglah berikan sedikit pedoman kepada saya Terima kasih Norita |
|
Jawapan : |
Berhubung dengan persoalan tersebut saya jelaskan seperti berikut: Kepercayaan adat Melayu yang mengatakan seseorang yang puuts tunang pada kali pertama akan terus berlaku demikian pada kali yang kedua, ketiga dan seterusnya adalah tidak benar. Perlu diingat adat sesuatu bangsa itu tidak boleh dijadikan i'tikad (kepercayaan) di dalam aqidah seseorang yang beragama Islam. Seperti pepatah Melayu "rezeki secupak tak akan menjadi segantang" ia hanya sekadar suatu perumpamaan biasa. Mungkin berlaku atau sebaliknya. Segala-galanya perkara yang berupa rezeki, jodoh dan mati adalah urusan Allah swt. Dia sahaja yang Maha Mengetahui. Seperti dalam hal mencari rezeki, manusia mesti sedaya upaya mungkin dan Allah yang menentukan sejauh mana rezeki kita. Firman Allah swt.yang bermaksud: "Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang diusahakan besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal". Dalam hal pertunangan saya tegaskan bahwa, tidak benar kata-kata yang mengatakan bahawa orang yang putus tunang untuk kali pertama akan mengalami hal yang demikian untu kali yang kedua, ketiga dan seterusnya. Sekiranya pernah berlaku kepada sesiapa maka ianya hanyalah secara kebetulan. Dan kita dapat melihat sendiri ramai di kalangan kita, setelah putus pertunangan pada kali pertama dengan pasangan kali kedua mereka dapat meneruskan perkahwinan dan hidup bahagia bersama anak-anak. Pertunangan atau hubungan selepas berlaku peminangan. Peminangan adalah suatu perkara yang dianggap sebagai 'muqaddimah' kepada perkahwinan dan ianya dianjurkan oleh Islam sendiri. Sebelum berlaku peminangan Islam telah menggariskan beberapa perkara yang perllu dijadikan panduan untuk bakal suami dan isteri. Sebab itulah Islam mengutamakan seseorang itu berhati-ahati dalam memilih pasangan dengan meletakkan nilai afama tempat yang pertama dalam pemilihan di samping menilai keturunan, harta dan kecantikan. Sekiranya seseorang itu memilih pasangan yang baik, insya Allah dia akan menjaga dan memelihara hubungan pertunangan sehingga menemui hari perkahwinan. Demikianlah seterusnya perkahwinan itu akan dibajai dengan kasih sayang dan kesetiaan erhadap pasangan mereka. Mereka yang taat pada agama rasanya tidak akan mengkhianati janji yang telah dibuat. Namun demikian bukanlah perkara mustahil sekiranya pertunangan itu terputus juga di atas sebab-sebab tertentu kerana kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Oleh yang demikian, saya tegaskan bahawa pertunangan adalah suatu ikatan janji setia antara bakal suami dan bakal isteri sementara menuggu hari perkahwinan (aqad nikah). Kedua-duanya saling bertanggungjawab untuk menjaga dan menghormati ikatan sementara ini. Di dalam tempoh pertunangan ini, diberi ruang untuk kedua-dua pasangan menilai diri masing-masing dan pasangan sebelum meneruskan aqad nikah (perkahwinan) denga perjanjian melalui pertunangan yang bakal didiri menjadi teguh. Namun demikian saya nasihatkan kepada sesiapa yang telah bertungan agar dapat meneruskanya kepada perkahwinana kerana di sana banyak kebaikkannya daripada hidup membujang terutama kepada yang telah berumur. Berhubung dengan pandangan masyarakat iaitu mungkin timbul rasa malu apabila seseorang yang telah bertungan akhirnya terputus di tengah jalan, Untuk mengelak perkara ini Islam telah menggariskan bahawa pertunangan/ pinangan dirahsiakan dan dibataskan pengetahuan dalam lingkungan keluarga sahaja. Tak perlu diadakan majlis perjumpaan/ pengumuman besar-besaran. Ini sebagaiman perintah Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah r.a. yang bermaksud: Umumkanlah perkahwinan dan rahsiakanlah pinangan -riwayat As-Sayuti. Merahsiakan peminangan adalah suatu kebijaksanaan bagi kebaikan wanita. Kebaikan tersebut bermaksud menjaga pihak wanita supaya kehormatan dan harga dirinya tidak diperkata-katakan orang (sehingga menjadi perbualan orang lain) agar nama baiknya tidak tercemar dan jiwanya tak terseksa sekiranya terjadi sesuatu pembatalan pertunangan. Kerana bagi wanita apabila berlaku putus tunang, kemungkinan peristiwa ini menggurus hatinya menyebabkan terasa kecewa, putus asa, malu dan sebagainya. Persoalan ini juga menyebabkan mungkin ada lelaki lain yang ingin masuk meminang merasa pelbagai persoalan mengapakah lelaki pertama yang meminang dengan wanita tersebut menarik balik (sekiranya perbuatan itu datang dari pihak lelaki) Maka di sini terdapat hakikat Islam tidak membesar dan merahsiakan peminangan seseorang sebagai yang diperintahkan oleh Rasululah supaya tidak timbul rasa malu kepada masyarakat dan kecewa bagi mana-man pihak sekiranya pertunangan ini putus ditengah jalan. Kalau pertunangan itu bertahan terus, pengumumannya dapat dibuat pada hari aqad nikah. Wallahuaklam
|