![]()
|
|
Soalan : |
ASSALAMMUALAIKUMSoalan: 1.mengenai lambat kering air mazi selepas mengada hubungan dengan isteri, ini menjadi masalah bagi saya untuk mandi wajib dan mengerjakansolat. 2.saya ada terbaca dalam sebuah buku mengenai sepotong ayat berbunyi MANUSIA ADALAH RAHSIA KU DAN AKU ADALAH RAHSIANYA. apakah kesimpulanayat ini. "m-cycles" <m-cycles@tm.net.my>
|
|
Jawapan : |
Soalan pertama Berhubung dengan air mani yang lambat kering, sebenarnya diwajibkan bagi sesesorang lelaki itu mandi wajib disebabkan oleh dua perkara. Pertama: Keluar mani, Kedua: memasukkan zakar kedalam faraj melebihi tahap kepala zakar. Berkenaan dengan air mazi pula, ianya tidak ada kaitan dengan mandi wajib sekiranya kita terkeluar air mazi. Noktah persamaan diantara air mazi dan air mani ialah batal wuduk apabila terkeluar kedua-duanya. Dari sudut kenajisan pula, air mani adalah suci. Ini bermakna kita boleh bersembahyang dengan pakaian yang terkena mani, bertentangan dengan air mazi yang mana ianya adalah najis dan terpaksa dibasuh pakaian tersebut jika terkenanya. Berkaitan dengan persoalan saudara, saudara boleh saja bermandi wajib dan air mazi tidak memberi kesan kepada saudara, cuma apabila ia masih lagi keluar setelah saudara mandi, saudara perlu membasuh bahagian zakar sahaja kerana seperti yang saya sebut diatas, mazi bukan penyebab kepada wajibnya mandi. SOALAN KEDUA Sepotong ayat yang saudara tanyakan tersebut, sebenarnya saya sendiri pun kali pertama mendengarnya. Cuba saudara teliti balik adakah ianya adalahh sepotong hadis ata kata-kata ahli sufi atau sebagainya. Terlebih baik kalau suadara dapat berikan teks asal dalam bahasa arab supaya senang saya rujuk disini. Tetapi kalau nak dikatakan ianya adalah sepotong hadis, setakat ini saya masih belum terjuma ataupun terdengar pengertian seumpama itu. Biasanya ayat-ayat ini masyhur di kalangan ahli-ahli sufi. Wallahuaklam |