MENGAPA BABI HARAM

Soalan :

1) Bagaimanakah cara hendak menjelaskan kepada seorang yang bukan islam bahawa makan makanan yang jelas haram (spt babi,anjing etc) dan makan makanan yang tak disembelih dgn cara islam atau pun makan bangkai boleh menjejaskan bukan saja fizikal kita tetapi juga hati kita (sepertitidak khusuk sembahyang dsbg)sekian terima kasih

Iswardy morni, dumbme@hotmail.com, Southampton UK


Jawapan :

Persoalan yang diutarakan adalah cara terbaik untuk menjelaskan kepada orang yang buka islam bhawa setengan haiwan yagn diharamkan oleh islam adalah tidak elok untuk kesihatan fizikal dan spiritual serta haiwan yang tidak di sembelih.

Terlebih dahulu seharusnya kita selaku seorang muslim yang ingin melihat kegemilangan islam mengambil berat tentang persoalan dakwah kepasa golongan bukan Islam, khususnya yang tinggal berjuran dengan kita. Adakah kita tunaikan kewajipan kita terhadap mereka ataupun mereka ini datang kepada Allah dikahirat kelak menyatakan di hadapan Allah bahawa jirannya sifulan tidak pernaah memperdengarkannya kalimah islam kepadanya. Pada waktu itu apa jawapan yang kita? Berbalik kepada soalan saya menyebut perkara diatas asalah untuk menyatakan bahawa didalam berdakwah &ldots;ada pendekatan yang berhikmah dan mengikut keutamaan yang perlu di fokudkan terlebih dahulu. Adalah kesilapan kita mengutamakan persoalan yang remeh dahulu dalam usaha dakwah kita seperti persolan makan minum, persoalan berkhatan dan sebagainya walaupun tidak dinafikan kepentingannya. Seharusnya langkah utama mrmberi gambaran sebenar tentang agama islam dari segenap sudut supaya mereka menyedari hakikat sebenar agama islam dan barulah kita perjelaskan persolan haram dan halal didalam islam serta adab-adab Islam.

Walauapa pun kembali kepada solan saudara, agama islam adalah agama fitrah yang bersesuian dengan tabiat semulajadi alam. Seorang Arab Badwi ketika ditanya kenapa kamu memeluk Islam? Lalu sia menjawab: "Tidak ada apa yang dilarang oleh Islam kecuali akal manusia mengatakan perkara ini sepatutunya diharamkan dan semua yang dihalalkjan oleh Islam, maka akal berkata: sepatutnya ianya dihalalkan".

Berdasarkan kes ini, kita dapati dalam kita fikah menyebut bahawa benda-benda yang najis adalah setiap benda yang dirasakan jijik oleh orang yang sempurna deria. Oleh itu, kita dapati islam melarang semua benda yang kotor dan jijik seperti anjing, bani, arak dan lain-lain dan juga benda-benda yang boleh merosakkan akal fikiran dan tubuh badan.

Disebut oleh ulamak, anjing diharamkan kerana ianya adalah haiwan yang dilaknat serta malaikat menjauhi haiwan ini sebagaimana disebut didalam hadis malaikat tidak memasuki rumah yang dipelihara anjing didalamnya.

Anjing juga mempunyai tabiat pengotor serta keadaan yang sentiasa terjelir lidah memuatkan kita jijik dengannya. Disebut juga perangai anjing seperti perangai syaitan yang suka bermain-main, lekas marah dan lain-lain.

Manakala babi dan kera pula antara haiwan sumpahan Allah dimana Bani Israel sebelum ini telah di sumpah oleh Allah menjadi babi serta kera kerana mereka mengingkari perintah Allah. Tabiat semulajadi manusia tidak suka kepada haiwan ini kerana ianya haiwan sumpahan, begitu juga babi mempunyai tabiat yang kotor yang memakan apa saja samaada najis ataupun tidak. Juga dikatakan mereka yang memakan babi akan merasai sifat kurang cemburu. Sebab itu kita lihat orang Eropah tidak endah poersolan bertukar pasangan suami isteri dan lain-lain.

Manakala haiwan yang tidak di sembelih pula ianya boleh memudharatkan badan. Hal ini kerana haiwan yang tidak keluar darahnya adalaha najis dan kalau terkena kain sembahyang tidak sah. Adakah sanggup kita manusia normal memakan darah? Bangkai pula adalah benda kotor dan peru diingat bahawa semua jenis haiwan yang tidak disembelih dengan cara islam dianggap bangkai dan kita tidak boleh memakannya.

Pemakanan kita sebenarnya boleh mempengaruhi akhlak serta peribadi sesorang kerana pemakanan akan menghasilkan darah dan daging manusia sebagaimana kisah Mubarak yang temakan epal yang jatuh dari pohonnya lalu beliau berusaha mencari tuannya dan sebagai tebusan dosanya dia terpaksa menjaga kebun tersebut dan akhirnya dikahwinkan dengan anak perempuan tuan kebun tersebut. Hasil dari perkahwinan mereka berdua lahirlah ulamak unggul Abdullah Mubarak.

Apa yang penting setiap apa yang diharamkan oleh Allah Taala terdapat disana hikma-hikmah samaasa yang mita ketahiu ataupun hikmah-hikmah yang Allah sahaja mengetahui. Kita selaku Muslim haruslah menerima setiap perintah Allah Taala dengan tangan terbuka tanpa ragu-ragu serta beruasaha sedaya upaya termampu untuk menjelaskan nikmat iman dan islam ini kepada golongan bukan islam terutama melalui akhlak dan keperibadian islam yang ditonjolkan.

Wallahuklam...