![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum Soalan
1 Soalan 2 Saya mahu mendapatkan nasihat. Keluarga angkat saya (yang memelihara saya dari umur saya enam tahun) telah menggesa saya untuk menuntut fasakh dari suami saya yang tidak memberi saya nafkah zahir semenjak kami mendirikan rumahtangga sehingga sekarang (sudah hampir dua tahun) dan juga diatas sebab-sebab yang lain. Tetapi saya masih lagi menyayanginya. Soalan 3 Pernah dibulan puasa disiang hari kami sama sama berpuasa, hampir berbuat seks. tapi ia masih belum berlaku persetubuhan. Zakar hanya dibibir kemaluan sahaja. jika perlu berapa lama? Terima kasih |
|
Jawapan : |
1. Zakat harta / wang simpanan adalah 1/40 atau 2.5 peratus dari harta kita. 2. Zakat harta menjadi wajib apabila cukup nisab, (iaitu kadar yang paling rendah untuk menentukan seorang itu kaya). Sila rujuk pejabat agama atau pusat islam untuk mengtahui Nisab yang tepat pada masa sekarang ini. & cukup masa setahun ( Haul) tahun hijrah. 3. Pada pendapat saya dalam masaalah ini adalah tidak seharusnya saudari meminta pasakh dan bercerai dengannya. Terlebih dahulu saudari mesti mencari seorang yang disegani oleh suami seperti keluarga suami supaya dpat memberi nasihat kepadanya. Jika dia masih berdegil atau tidak makan nasihat barulah berjumpa Kadhi tempatan supaya Khadi memberi nasihat, jika dia berdegil juga tidak mahu bekerja atau memukul saudari barulah Khadi akan membuat keputusan yang terbaik untuk saudari & masa depan saudari. 4. Puasa saudari tidak perlu diqada' kerana saudari masih belum bersetubuh atau masih belum sampai had yang melanggar syarak iaitu bersetubuh pada siang siang hari bulan Ramadhan. Syarat yang dikatakan bersetubuh itu ialah zakar memasuki faraj sekadar kepala zakar. Jika berlaku demikian, maka saudari mesti membayar kafarah puasa serta pada hari yang ditinggalkan itu. Kafarah puasa menurut urutan. 1. membebaskan hamba ( tidak wujud sekarang) 2. Jika tidak mampu maka puasa dua bulan berturut turut tanpa senggang, kalau tersenggang kena mulakan balik bilangan hari puasa. 3. Jika tidak mampu juga maka beri makan kepada 60 orang miskin. Jika tidak mampu semuanya maka mesti dibayar apabiala menipu dan menjadi hutang dengan Allah s.w.t. Wallahukalam
|